21 Februari 2013

Emakku Kampung

Assalamualaikum,


Ha ni mai nak habaq.... saya selalu terbaca di slot slot forum luahan hati pembaca yang Emaknya Kampung. Saya pun tak tahu Emak Kampung tu macamana tapi menurut sesi luahan hati tu, dia macam tak suka perangai ibu dia yang tidak berapa moden. Please jangan rasa offended. Saya sendiri pun orang kampung, mak saya orang kampung ayah, tok, nenek, sepupu, sedara mara sekalian orang kampung. Walau duduk depan KLCC pun lantak pi lah, depa semua mengaku orang kampung.


Hal yang nak diutarakan ni tentang "emaknya yang cara kampung" kot gitulah. Sepatutnya bersyukurlah ada Emak Kampung ni. Seronoknya. Biasanya Emak Kampung ni mesti suri rumah kan? Asal kau balik kampung mesti mak kau masak sedap sedap sampai penuh satu meja kan? Time tu tak ada pulak nak luahkan rasa tak puas hati. Tiga pinggan jugaklah lesap dalam perut. 


Ada kes tu, emaknya basuh pinggan tak pakai sabun. Komplen jugak. Pergilah kedai sat, belikan 4 5 sabun basuh pinggang tu buat stock kat rumah emak. Jangan lah harap emak pulak nak beli untuk kau anak beranak balik kampung. Kalau sorang anak ada 5 cucu, kalau 5 anak dah 25 cucu. Kau mampu nak sediakan sabun untuk pinggan anak-beranak kau berkampung kat situ sampai seminggu? Topup la...


Kalau saya dapat emak macam ni, mahu membulat badan sebab asik makan je. Kalau orang Bahang pulak, asal balik rumah je ada Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Sepat Salai Goreng, Sambal Hitam, Sambal Rong, Ikan Patin Masak Paih.... bapok sedok oh. Saya ni setakat duduk Bentong je, sekangkang kera je dengan KL nuu. Tak ada lah semua tu. Nak beli Ikan Patin Sangkar (tak hanyir)  kena tunggu hari Sabtu. Letih.


Ikan Patin Masak Tempoyak.. Slurppppp!!

Ikan Paih Tempoyak, biasa guna Ikan Patin la..


Nak resi ni pi la google, tapi kalau ada resepi yang guna bawang sampai kena tumis bagai tu, jangan percaya. Mengarut Ikan Patin Masak Tempoyak kena tumis bawang. Haha!




XOXO, Azza Azman
 peluk cium dari azza muah!

3 ulasan:

Meow Aizawa berkata...

alamak sedapnya..
haha ^_^

Yana Halim berkata...

terus lapaq pepagi tengok gulai tempoyak...

diana berkata...

ha..kan?/ada pulak mask tempoyak tumis2 bawang.akak ni orang perak,dari kecik lagi makan masak tempoyak.jadi bila menggoogle tengok orang buat masak tempoyak dok tumis2 bawang rasa ..eiii..apa ke pelik beno resepinye nih...heheh