26 Februari 2014

Makhluk Halus Itu....

Assalamualaikum, 



Perkongsian dari facebook


Buat sahabat-sahabat yang masih belum berkeluarga (bujang). Suatu ketika melihat orang lain seronok dan gembira dengan pasangan, pasti terselit perasaan cambest tengok kemesraan orang yang sudah menikah. Suatu ketika melihat rakan-rakan memegang anak, pasti terselit perasaan cambest tengok kemesraan ibu dan anak yang terjalin.


Sesuatu yang sering kamu lupa semasa hidup sebelum berkeluarga adalah nikmat masa bersendirian. Saat kamu punya peluang yang terbentang sangat-sangat luas untuk membaca al-Quran bila-bila masa yang kamu suka, peluang untuk kamu bertahajjud pada mana-mana waktu yang kamu selesa, peluang untuk kamu fokus semasa solat fardhu.


Tidak semestinya dengan perkahwinan sahaja kamu akan menikmati kebahagiaan, Allah beri jalan yang luas untuk merasai kebahagiaan walaupun semasa bujang. Kamu punya ruang dan peluang yang sangat luas dan lebar untuk menumpahkan kudrat kepada jalan-jalan kebajikan, ayuh! gunakan tenaga mudamu untuk ummah.



Saudariku sayang,
Ramai yang mencemburui nikmatnya waktu semasa bujang tatkala membaca al-Quran seberapa lama yang kita suka tanpa adanya makhluk-makhluk halus yang comel menarik al-Quran dari tangan kita.


Ramai yang mencemburui nikmatnya waktu semasa bujang tatkala solat tanpa adanya makhluk-makhluk halus yang comel memanjat badan semasa rukuk, duduk di atas belakang semasa sujud, menarik telekung dan tudung semasa qiyam.


Ramai yang mencemburui nikmatnya waktu semasa bujang tatkala kamu sedang membersihkan diri di kamar mandi tanpa ada ketukan demi ketukan, gendangan-gendangan yang bertalu di pintu dari makhluk-makhluk halus yang comel itu.




Anak.
Mereka tidak minta untuk hadir ke dunia, tetapi kehadiran mereka penuh dengan warna suka dan duka. Memang kamu akan merasa seronok, suka, geram nak gigit dan kunyah sampai lumat seterusnya telan sebab keletah mereka sangat comel. Tapi, tidak setiap masa dan saat kecomelan mereka kekalkan.


Ada ketikanya, langsung tak comel dan kamu akan turut sama menjadi tak comel bila mereka sedang bertantrum


Nikmatilah masa bujangmu, kelak engkau akan mencemburi masa-masamu dan engkau lebih menghargai waktu bersendirian.


Yang ikhlas,
Sahabatmu.


-copy and paste-




XOXO, Azza Azman 

 peluk cium dari azza muah!

4 ulasan:

Cik Nadz berkata...

A very3 good reminder!! Thanks for sharing..hee

me blog: http://cikerza.blogspot.com

Fazil Hamid berkata...

makin ramai anak semakin singkat masa..kadang kala tak sempat bercakap dengan salah sorg..dah tukar hari lain...

MissNadia berkata...

semuanya betul... warghhh

Azza Azman berkata...

Haha yeke... busy nya kalau dah kahwin...