22 Februari 2014

OMG Susahnya Cari Photography!

Assalamualaikum,


Perkara yang tidak disangka sangka, ingat senang je cari photographer. Lebih lebih lagi untuk wedding, tetapi sebenarnya tidak ya tuan tuan dan puan puan. Dengan lambakan photographer sekarang ni buat saya keliru dengan apa yang saya nak. Masing masing ada gaya saya tersendiri. Susah nak terangkan apa maksud gaya tu tapi korang mesti faham kan. Style tu. Kira air tangan photographer ni lain lain tau kalau kita perhati lama lama.


Lagipun sekarang ni ramai benar yang nak jadi photographer. DSLR dah banyak yang murah murah jadi faham faham sahajalah. Kau toleh kiri photographer kau toleh kanan photographer, sepupu sepapat, ayah saudara, malah adik kau sendiri photographer. Phewww....


Baru baru ni saya ada survey photographer di Facebook. Diulangi, di Facebook. Di Facebook sahaja saya shortlistkan 21 orang photographer. Ini pun sepintas lalu sahaja. Mana yang pernah dengar, mana yang kawan kawan suggestkan di whatsapp. Hik hik hik!


Lembayung Senja
Andaq Photography
Hafizudin Hamdan
Fadz Photography
Ministry of Moment
Hundred Picture
Lensa Chenta
Udey Mukhris Photography
LookItLove
Ubai Ismail Photography
Awantona Production
GI Photoshoot
CST
Dees Photography
Azim Puch Photography
Ikram Ismail
Faiz Ghazali
The Photolicious
Photo Aura
Photo Likers
The Klikers


Okay gila tak dah shortlistkan pun banyak ni. Mengada kan?


Saya dah pernah bekerjasama dengan Lembayung Senja dan Hafizudin Hamdan. So kita tolak awal awal lah. Gambar diorang memang superb tapi tak apa lah bagi orang lain pulak merasa air tangan diorang. Yang Hafizudin Hamdan tu classmate saya, bukan nak puji classmate sendiri tapi rm5800 untuk 2 event (solemnization & reception include outdoor) waaa nangis. Tapi ada diorang kisah nak bayar 6k sebab gambar dia marvelesssss silap silap tahun 2014 dah penuh slot. T___T


Buat masa ni dah shortlistkan jadi 4 sahaja iaitu Andaq Photography, Udey Mukhris Photography, LookItLove Photography dan Lensa Cinta. Masing masing lain cara persembahannya. Keliru nak pilih mana satu. Rate pun lebih kurang. Masih tahap mampu lagi. Hehe.


Photographed by Andaq Photography

Call / WhatsApp : +6014-5005458
Email inquiry : andaqphotography@gmail.com



Tapi tapi tapi satu lagi masalah nya, diorang ada yang buat grouping macamna tah. Saya tak tau sangat sebab tak ada background dalam perihal photography ni. Dalam Udey Ismail tu kan ada Principal, Senior, Junior. Dalam Lensa Chinta pun sama. Pengsan nak pilih. Sebab masing masing punya air tangan memang tak sama. Kalau yang Principal tu memang masyuk la kan kebabom gambarnya, tapi boleh bayangkan rate macamana. En. Udey Ismail tu tak main dah amik gambar dalam Malaysia dengar citer belasan ribu jugak rate dia. Perghhh.


Tengah pening ni tolong...


Nantikan kalau ada masa saya bagitau rate setiap dari diorang ni dah masing masing punya cerita semasa deal dengan diorang. Tapi satu je nak cakap buat masa sekarang, Udey Mukhris punya group tu terbaik PR diorang. Proud of them.


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

4 ulasan:

Ayang Noorainie berkata...

salam..

photokronix photography tam my hubby.. bole check it out ya..:D

petik nama blog mrspuex 3x utk dptkan special price gitewww..

Ayang Noorainie berkata...

photokronix photography team my hubby..bole search kt fb jugak..

sebut nama blog mrspuex 3x utk dapatkan spesel price giteewww..hihi..

all the best fren..

Tanpa Nama berkata...

salam n hi, saya silent reader ur blog :)

sy suggest jgn amik eye lens photography . lambat sangat. almost 4 month gambar hape pon xsiap :(

syakey berkata...

memang susah nak pilih photographer ni. paling penting stick to budget yg kita ada.

lepastu choose tone macam mana kita suka, sbb slalunya photographer ni dia ada tone tersendiri pd gambar as trademark diorang.

abg udey gambar cun cun kot! heh.

takpun, try umar mita (google je keluar) dia punya tone superb lawa dan ada feel! harga pun rasanya ok affordable