20 Oktober 2012

Hobi : Buang Duit Atau Buat Duit?

Assalamualaikum, 


Serasanya semua orang ada hobi tersendiri waima tidur sekalipun. Semasa kecil dahulu saya suka mngumpul stem dan sticker kartun. Habis duit beli sticker kartun tu, letak dalam folder banyak banyak. Rasa puas hati betul dapat tengok semua koleksi tu tatkala bosan.Selepas itu dah berhenti sebab umur semakin matang. Tidak logik pula rasanya menggedik gedik dalam kedai bebudak cari sticker kartun. Tengok Tv, main basikal, baca novel adalah hobi yang hampir wajib bagi setiap remaja perempuan yang sedang menginjak usia remaja. Sama seperti saya, Aisha Sofea, Fauziah Ashaari, Norhayati Berahim dan lain lain yang saya tak kenal pun muka mereka, tapi kenal penulisan mereka. 


Sekarang macam dah tak ada lagi hobi. Sebab saya tahu, hobi memerlukan duit. Iya, even jogging pun nak kena pakai duit sebab duit minyak nak ke taman. Jogging keliling rumah rasa segak pulak. Pffffttt.!


Bangga melihat kawan kawan yang pandai mencari peluang. Dengan hobi dia, dia menjana duit untuk menampung perbelanjaan. Suka ambil gambar? Dia ambil upah ambil gambar. Suka baking? Dia jual cupcake, pavlova segala bagai. Suka jahit baju? Dia bukak butik walau sekian lama belajar architecture. Nikmat mana yang harus kudustakan.. *ayat makcik nani model 80an hewhewhew*.


Bestkan hidup buat benda yang kita suka. Hobi dan kerja dalam satu jalan saja. Tak payah belok belok, reverse, parking kejap dan break. Sekali harung je semua.


Recently (ceh wah), i discovered a new hobby that i can spend during free time. And of course i need to spend some budget too. Jahit manik di merata-rata tempat, which is kalau boleh kat sependa pun saya nak jahit manik sedikit agar berseri. Oh my, im slowly becoming like orang tu tua tua. Sikit sikit nak berseri-seri. Duhh...




Sekali lagi hobi ini ternyata mnyesakkan duit poketku. Dan memakan masa juga. Sekali mengadap tak sedar jam sudah pukul 4 pagi. Bila mau graduate macamni... Kalau dulu butang tercabut sikit pun, saya dengan malas menghulurkan pada mama saja. Kalau nampak dia tengah menjahit, cepat cepat kuselongkarkan almari mencari mana mana baju yang perlu dibaiki. Sekarang, jari sendiri yang selalu tercucuk jarum. Nikmat mana yang harus kudustakan. Eh.


Oh ya, macamana kalau saya nak menjana pendapatan dengan hobi baru ini ye?


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

3 ulasan:

Bella Heuheu ❤ berkata...

azza, tolong jahit baju konvo, kasut konvo, tudung konvo kite! hahaha

Tanpa Nama berkata...

aku pun teringin nak blajar menjahit juge :)

yana halim berkata...

boleh je azza...nanti boleh jadi customer azza. akak pun suka manik skrg ni. tapi malangnya x suke jahit. hehe