16 Oktober 2012

Nuffnang Ke Saya Yang Pening?

Assalamualaikum, 


Sebagai part time blogger, saya tak ambil port sangat dengan pendapatan Nuffnang. Lagi lagi sejak akhir ni semakin jarang update blog tidak seperti tahun lepas. Tetapi baru baru ini saya sengaja buka akaun nuffnang nak tengok apa dah jadi kan. Sedikit keliru, layout nuffnang sudah diperbaharui dan system dia jugak saya kurang mahir.


Cuba lihat gambar di atas, dia kata saya ada rm179.81 di dalam akaun. Tetapi di dalam gambar dibawah ini, saya ada total earning rm282.54 pula. Eh mana satu yang betul ni?


Dibawah sekali pula lagi sekali dia tulis rm282.54 boleh di cash out. 


Dan yang paling memeningkan kepala, saya mendapat banyak earning dari pengiklan HEINEKEN. Eh? Ini menakutkan. Yang buat lebih ajaib, ia credited pada tahun 2009 dimana saya, jangankan akaun Blogger, akaun Twitter pun tak ada lagi. Hehe.


Sekali lagi, saya juga mendapat earning dari pengiklan TIGER HALL of STANDOUT. Terbayang pula poster poster minuman TIGER yang tertayang perempuan seksi meksi yang banyak tergantung di restaurant Cina. Muahaha!


Jadi atas sebab kekeliruan yang melampau, saya terus menghantar tiket kepada Team Nuffnang menanyakan hal yang demikian. Alhamdulillah, sekarang akaun saya kembali seperti biasa. 

Kepada kawan kawan yang ada banyak kekeliruan, pertanyaan, atau cadangan kepada pihak Nuffnang, bolehlah menghantar tiket kepada mereka. Mereka akan menjawab secepatnya pada hari bekerja.

Kalau lah Facebook ada earning, agaknay berapalah earning kita kan?


XOXO, Azza Azman
Sebarkan..........

5 ulasan:

Mieya Atiera berkata...

Perghhh. banyak betul earning dia.

Ezy Chiaki berkata...

nuffnang yg pening..

Rin Saharina berkata...

wahhh,bnyakk duit nuffnang dia :D

ku-cit berkata...

da bekerjaya skrg ehh??? tu yg jarang update blog kn..ehehehe

Anisa Anuar berkata...

bestnya...ada earning...kalau fb..perghh masyuk2

post dari saya,

http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/my-favourite-feature-on-facebook-poke.html