09 Oktober 2012

Pendakian Kinabalu Diteruskan

Assalamualaikum, 


Kan haritu ada cakap nak sambung cerita pendakian saya ke Gunung Kinabalu. Korang lupa lewwteww... So pagi Rabu tu (7sept) baru start mendaki setelah semalaman berehat di Mesilau Resort. Kesejukan pagi itu tidak menghalangku untuk mandi pagi dan solat subuh :) Tapi solat pagi tu subuh gajah walau saya dibuat pada pukul 6 pagi. Come on, kat Sabah awal sejam kan. Pukul 6 dah terang benderang....... *sambil menguap*


Kami ikut trail Mesilau di mana ianya lebih 2km dari trail biasa (summit trail kot nama lagi satu). Saya tak buat apa apa persediaan atau study apa yang patut pun. Bersenam ke, mendaki bukit broga ke, naik tangga di Batu Cave ke.... semua tak buat. Dah tu, datang sana baru tau kami ambil pakej Mesilau. Panjang tu. Poor me.


Inilah wajah segar bugar ketika pendakian belum pun bermula. Tetapi agak kurang ikhlas sebab dalam hati bersungut menyesal semua ada. Tau tak saya tertinggal sarung tangan saya semasa upacara meminimumkan barang di Timpohon Gate. Inilah akibatnya nak ringankan sangat beg itu. Kalau dah beli kat resort tu, plastik sampah sehelai pun rm10 dia cekik. Faham-faham ajalah.

Tak silap, ini sudah 1.5 km perjalanan. Bukan ketinggian ya cuma panjang. Ada lagi 6.5 km ke Laban Rata atau lagi 8.5 km ke puncak gunung. Pemandangannya MasyaAllah sangat mengkagumkan. Kena lihat dengan mata sendiri barulah terasa. Dalam gambar nampak biasa saja. Pokoknya unik dan tak dapat lihat di bawah.

Harap maklum, Gunung Kinabalu ni dua kali ganda tingginya berbanding Genting Highland.

Mari kita gabungkan je gambar. Semua ni ambil guna handphone. DSLR sudah kusumbat ke dalam bagpack (North Pole saja). Dalam perjalanan, ada la dua tiga kali lalu kat air terjun. Cantik! Natural sangat.

Maaf la gambar kabur, tak mampu nak pakai Galaxy Note. Isk isk isk.

Ini tangga kesumat namanya. Sudah la banyak, non stop pula tu. Sampai hilang pandangan la hujung tangga tu sebab punya la tinggi. Awak bawak beg besar dekat 6-7kg, tapi terasa macam bawak 60 kg.

Hehe. Abam MIP berseluar katok.

Ini Fahrin @ Farin. Dia baru habis SPM gitu so ni kerja part time la kot. As porter. Kau tau dia bawak 4 beg sekaligus dari bawah sampai la ke atas. 1kg upahnya rm10 sahaja. Satu beg biasanya 7 - 9 kg. Saya rasa adalah dalam rm300 pendapatan dia setiap hari jika berkerja. Oh saya tak ambil porter untuk beg. Eh tapi saya bagi beberapat barang termasuk sweater/windbreaker saya yang disumbat dalam plastik beg kat porter lain, dalam 2-3 kg total. Ringan sikit beg ku. Porter tu Indra namanya. Tak  ada pula bergambar. Kecian Indra.  Nak jimat kononnya sebab tu bagi sikit je barang. Tapi pinggang rasa nak tercabut!
So itulah gambar terakhir selepas saya meneruskan perjalanan dengan ahli kumpulan saya. Lepas tu nak angkat camera pun dah tak larat. Ada Kak Farah, Masyitah, Hidayah dan Nelza dalam group tu. Tapi Kak Farah give up di km 6. Di situ Kak farah dan 4 lagi perempuan dari group lain berehat di rumah pekerja Layang-Layang Hut. Hehe. Kelakar je dengar diorang cerita pengalaman tidur di rumah guide. Kat gunung tu resource banyak tak ada, nak tau diorang terpaksa bayar berkali ganda untuk mendapatkan maggi dan nescafe 3 in 1 milik pekerja pekerja tu. Sleeping bag pun kena sewa. Nothing is free huhu.


Sepanjang perjalanan tu, trail dia cantik dan tangga kayu memang proper habis. Jambatan di sungai pun dia letak jaring. Maybe kalau kita terjatuh barang ke, tak ada lah terus jatuh ke celah celah kayu jambatan tu kan. Semakin lama beg semakin berat. Alhamdulillah, kaki masih ok kuat cergas cerdas. Tapi belakang badan, bahu dan pinggang semakin bisa dibuatnya. Benci beg itu. Urghh. 


Dalam 1 km lagi nak sampai Laban Rata, jam dah pukul 5 petang. Gelap sudah. Baju basah lencun dek hujan lebat. Dengan tshirt selapis dan keluar track nipis tu, saya berjalan perlahan-lahan. Sambil berhenti sekejap sekejap ambil nafas dan turunkan beg. Bahu ni dah tak larat betul. Semasa berehat dengan kawan kawan tu lah saya terserempak dengan seorang porter. Namanya Julius. Ahh tanpa memperdulikan keadaan poketku yang kosong, saya serahkan beg saya pada dia. Dia cakap nanti nanti lah kira. Alhamdulillah. Masa tu memang tak bawak duit banyak pun. Lepas bagi je beg kat porter, saya terus speed. Tingalkan Hidayah dan Masyitah. Haha. Tak pikir apa dah. Nak cepat sampai je. Jalan sensorang. Gelap gelita. Tak takut tapi Sejuk!


Grrr.... kalau tau awal awal dan bagi semua beg saya kat porter. Sebab rate upah dia sama je. 1kg rm10 dari bawah sampai atas, dan sampai turun semula. Saya bagi lambat. Ruginya!!!


Bertolak dalam pukul 9 pagi, tepat pukul 6.30 petang baru saya jejak di Laban Rata untuk makan dan rehat. Sat lagi pukul 2 pagi nak naik ke puncak pula, dalam 2.7 km lagi trailnya. Saya perempuan pertama yang sampai tau di Laban Rata. Menggigil kesejukan sebab sweater kan saya bagi kat porter. 7-10 Celcius kot kat situ. Stupid me.


Saya masuk ke restoran macam orang hilang akal haha. Bebudak lelaki semua tengah makan. Bebudak perempuan sorang pun tak nampak batang hidung. Yela kata saya perempuan pertama naik Laban Rata tu. Tak nampak apa dah. Nampak makanan je. Lapar sejuk penat. Termanggu-manggu dalam restoran tu. Berdengung.


Rasa macam ada orang panggil nama. Tapi rasa macam bengong-bengong. Pastu baru toleh. Oh bebudak lelaki ni panggil duduk. Diorang tengok saya menggigil agaknya. Ada sorang bagi pinjam sweater dia. Thanks!


Lepas makan, ada dugaan lain pulak. Tempat tinggal kami bukan di bangunan Laban Rata tu. Bilik kami di Gunting Ladagan Hut. Ingatkan dekat saja. Rupanya kena naik lagi. Saya bertiga dengan dua orang budak lelaki (junior) dengan ketar ketar mulut berasap meredah gelap untuk ke Gunting Ladagan Hut. Kami naik dan turun sebab tak nampak mana bagunannya. Gelap sangat. Ada di satu simpang tu kami masuk, dah jumpa bangunan, rupanya itu Pana Laban Hut. Kosong gelap tak ada penghuni. Seram pulak bila ingat. Hehe.


Dua tiga kali kami berlegar legar kat situ, akhirnya kami ambil keputusan untuk naik je ke atas, ikut trail. Masa tu risau juga kalau sampai kesudah tak jumpa Gunting Ladagan Hut tetiba dah sampai puncak cemana? Akhirnya nampak lah cahaya samar samar. Oh itu dia Gunting Ladagan Hut. Saya cepat cepat masuk bilik kecil yang ada 4 kali double decker. Yang memuatkan 8 orang.


Tapi masa tu saya sorang saja. Bebudak perempuan memang tak ada lagi. Ingat tak saya punya baju dan sweater semua dah bagi pada porter masa kat bawah lagi. Yang 2kg tu. Beg yang saya bagi pada porter masa 1km lagi nak sampai ke Laban Rata hanya ada ubat-ubatan, makanan, dan camera. Geramnya mana porter ni! Ngomel dalam hati. Padahal saya tau porter tu mesti sedang mengiringi bebudak yang tak sampai lagi.  


Baju basah tudung basah. Sejuk sangat. Tak ada baju nak salin pun. Last sekali saya buat keputusan untuk balut badan dengan segala selimut yang ada, macam pocong. Tapi still sejuk. Atas katil mengigil seorang diri. Tak boleh tidur. Memang tak boleh. Sebab sejuk sangat. Tapi bagus juga. Mana tau ada yang mati kejung beku dalam bilik sensorang semasa tidur ni karang. Nauzubillah.


Lama lepas tu, kawan kawan lain pun sampai. Riuh bunyi di luar sebab bangunan ni kan daripada kayu. Barulah saya nampak cahaya kehidupan. Saya nak baju baju saya, yeay!

Salah seorang dari kami kena Altitude Sickness. Takut dia kena hipotemia atau frostbite jadi kami memanaskan dia dengan peluk, urut, bagi air panas dan macam macam lagi. Risau tengok dia menggigil tak ingat apa dah. Termasuk muntah muntah dan pening. Kesian T___T

Beginilah keadaan bilik setelah reramai masuk hehe. Semua nak keringkan apa yang patut. Masa ni dah pukul 11.30 malam. Ada berapa jam je lagi ke pukul 2 pagi untuk sarapan dan naik ke puncak. Tapi saya ambil kesempatan untuk lena sebarang dua. Tak kira! Huhu.


Pukul dua diorang kejut saya. Saya mamai. Saya cakap tak nak naik puncak. Nak stay je. Erkk mereng sekejap time tu. Sebab ingat diorang yang perempuan pun tak pergi juga. Saya keluar pergi toilet sekejap. Air batu ke hapa diorang guna. Kulit rasa kebas macam kena bius je bila beristinjak hahahahahaha!


Masa balik dari toilet tu, lecturer saya ada tanya nak naik puncak ke tak? Saya confident je cakap tak nak naik. Nak tidur. Huhu. Tapi bila masuk dalam bilik semula,takut rasa menyesal pulak. Bila teringat bebudak lelaki semua kecoh kecoh kat luar. Baru rasa semangat nak teruskan perjalanan. Saya cecepat bersiap. Diorang pun pelik tengok ragamku yang mamai. Nasib baik sempat. Saya orang last turun ke restoran untuk sarapan.  Sarapan pukul 2 pagi. Untuk kekalkan tenaga. Meninggalkan beberapa kawan perempuan yang tidak naik ke puncak atas sebab kesihatan. Erkk gelap sangat oi. Kasut pulak basah sebab trail dia tempat air mengalir jugak.

Woi penatnya tulis entry ni. Publish dululah nanti update lagi. Tada...

Okay mari kita sambung selepas 8 bulan tinggalkan entry terbiar macam ni.

Ini la gambar yang sempat aku rakam pukul 3 pagi. Gelap sangat woh. Sunyi gila. Penat gila. Curam gila. Saya je yang tak gila lagi masa ni.


Bila penat kita rehat sekejap sambil snap picture. Tengok la camera besar mana saya bawak. Tak ada camera compact, yang ada camera DSLR ni sahaja. terpaksa la bawak juga.

Nampak tu kita buka sarung tangan selamber je. Padahal masa ni sejuk gila weng. Sebab nak setting camera tu yang bukak sarung tangan tu. Masa nak naik summit, kita geng dengan Nelza je. Yang lain tak tau kemana. Hilang dalam kelam. Hehe.

Okay ni pukul 6 pagi macam tu. Kat sana kan cepat sikit waktu dia. Hadoi. Lagi satu KM nak ke summit. Badan masih larat lagi. Tapi tour guide tak bagi pula naik lagi dia suruh berhenti sobsss...

Katanya bahaya naik sekarang. Mencikkk!!


Kau bayangkan dia tercegat situ tak bagi kami jalan. Tak best langsung la abang ni. Dia kata sekarang patut dah sampai ke puncak, mana mana yang tak sampai lagi kena stop. Sebab dia kata bahaya. Ceh ceh sebenarnya dia malas nak tunggu kann....


Layan lentok sat. Tengok pemandangan di bawah.


Curam tak? Best wo gi sini. Walau tak sampai puncak lagi tapi ni kan dah ada gaya puncak dah. Okay lah ni kan.


MasyaAllah besarnya kuasa Allah.. yang menciptakan batu secantik begini..



Kita berada di atas awan okay. Gayat tapi dah penat. Layan je.




Tapi yang bawak kita ke destinasi, masa gelap tapi gigih pegang. Rupanya bila dah cerah eleh cenggini je ke.... penat je terbongkok-bongkok tau..


Sekarang kami berlenggang sahaja. Kita turun jelah kang ramai pulak yang berjaya naik ke puncak tu turun, sesak pulak.


Ni lah mana mana yang tersadai kat batu, tak dikasiknya kita teruskan perjalanan. Kita bergambar je kengkonon macam kat puncak kan. 


Okay kita dah sampai ke Laban Rata semula. MasyaAllah tempat ni cantik sangat!! Bila dah cerah ni nampak semua cantik cantik. Abaikan kaki ku yang besar. Kita pakai semua dua lapis la.


Pemandangan dari bilik kita di Laban Rata. See cantiknya..


Okay korang kena menangis sekarang, budak ni baru 4 tahun memanjat ke Laban rata pun dah kita perghhh!! Kau ingat senang...


Sarapan lagi pukul 9 Pagi. To keep up.... our stamina.


Cafe bahagian luar. Tapi mana ada sesiapa nak makan kat luar ni. Sejuk gila hoihh. Lagi sejuk dari saya pergi kat UK dulu.


Sarapan ringkas kita. Makan tetap makan okay walaupun penat.


Inilah cafenya... kami dah ambil pakej so telan je. Mana yang t ak ambil pakej mahal jugak makanan dia. Yela diorang hangkut bebarang ni naik atas jalan kaki tau. Ingat murah?


Beberapa hari kemudian, group saya pun masuk surat khabar. Tapi saya tak masuk la. Kan saya tak dapat ke puncak, aishh!


Jelesnya :p

XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

5 ulasan:

rina mazlan berkata...

Bestnya panjang gunung! ada jumpa Aqasha tak? :P Salam kenal..

farra berkata...

sedang mencuba mendaki :)

Unknown berkata...

best! i pun pernah jugak smpai puncak gunung kinabalu!

best! :D

Unknown berkata...

best! i pun pernah jugak smpai puncak gunung kinabalu!

best! :D

AjlaA berkata...

Salam, azza pakai kasut ape eh yang sesuai. plan nk mendaki tahun ni tp praktis hapak xde. hehe