20 November 2013

Yeay Dapat Samsung Galaxy Gear!

Alhamdulillah...


Berkat niat baik, niat suci, niat hadiah... pemberian yang baik pasti ada ganjaran. Saya menantikan keluaran handphone NoteIII sekian lama. Lama sangat sampai rasa give up. Macam tak mungkin je Samsung keluarkan handphone tu.


Sampai ada orang tu suruh saya oakai je Samsung S4. Arrr tak nak! Tak besar. Orang suruh pakai Galaxy Tab. Arrr tak nak! Besar sangat.


Sampai tarikh dah nak dekat. Rasa macam mustahil. Tetiba ada orang kat fb share tebtang Lazada.com buka preorder Samsung NoteIII. Wahhh happy gila. Maknanya NoteIII memang wujud.... phewww (-_______-')


Taklama lepastu kita pun pergi kedai Samsung di The Gardens. Grab satu. Happy sangat. Siapa tak happy? Dah la free. (Eh sepanjang hayat ko memang tak pernah beli hp, Azza pls ingat sikit).


Dengar cerita ada cabutan bertuah. Best gak tu. Kita pun isi borang cabutan bertuah. Dia suruh letak nama kita. Tapi kita suruh letak nama dia. Lagipun dia yang bayar. Heheee...


Dah lama dah ni punya cerita. Hari ketiga NoteIII dikeluarkan dahulu. Dah dua bulan kot. Tup tup semalam dia dapat bungkusan tu. Adik dia kat rumah hantar whatsapp.
It's Samsung Galaxy Gear!






Best best. Saya tak reti pakai jam tapi nak jugak happy. Hihi. Hadiah dari Allah memang tak terjangka. Dia pun memang nak sangat jam ni (for free la tak ada la sampai beli).
Syukur Alhamdulillah. Harini dia terus pakai. ;) 


XOXO, Azza Azman.

2 ulasan:

Puan Ezy berkata...

untungla..
hehe

Cik Puan Rara berkata...

jam ke? pas tu cane nk guna nya?