07 Januari 2014

Oppsss.....Terberfikiran Negatif!

Assalamualaikum,


Haritu kan saya nak makan kat kedai Sup Kalut. Kat Batu Cave. Sedap sangat sup utara dia, daging dia lembut sangat. Dengan bihun kuningnya... perghhhh!!! Sebelum order, saya tanam dalam otak "tak nak sup ayam, tak nak sup ayam, tak nak sup ayam, tak nak sup ayam, tak nak sup ayam". Sebab saya tak suka sup ayam, macam tawar. Ayam goreng iya saya suka. Slurppp (>___<)


Bila waiter sampai, tak semena-mena saya jawab "Sup ayam, satu special..."Erkkk...


Bila  waiter pergi barulah teringat, eh kenapa aku order sup ayam ni????


Gagaggaaga. Ketap gigi. Tak suka ayam!


Nampak tak permainan minda kita? Sebelum ni saya tak percaya sangat. Sekarang nampak buktinya. Sekarang memang terbukti kat diri sendiri. Hishhh. Reset minta please. Jangan kata 'jangan'. Taknak kata 'taknak'. Minta yang elok elok, doa yang baik.


Sebelum ni saya doa macam macam termasuk lah,
Ya Allah janganlah banjir,
Ya Allah tak nak kahwin lagi,
Ya Allah taknak malas,
Ya Allah janganlah sakit. 

Jadi saya dah nampak Implikasinya. Memang maksudnya bagus tapi negatif. Negatif implikasinya negatif. Macam tak percaya dengan kuasa Allah pula. Macam berburuk sangka dengan Allah.


remind me of 'alam kubur'

Patut minta, Ya Allah berilah aku sikap rajin, Ya Allah selamatkanlah kami, Ya Allah kalau jodoh aku cepat sampai Kau berilah Ya Allah... Ha macam tu.


Sama juga kalau nak kaya, jangan la set dalam minda "Aku tak nak miskin" Last last sampai bila bila la miskin. Set dalam minda "Aku nak dimurahkan rezeki, nak kaya" InyaAllah....


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

3 ulasan:

Atiqah Wadiah berkata...

Betul tu...ramai yg ckp 'YA ALLAH x nak kawin dgn org tu blablabla'...last2 yg tu jgk yg dpt..hehe

:: Mrs.Eady :: berkata...

:)

Fazil Hamid berkata...

betul tu...ape yg kita kata kan doa..walaupun kita kata taknak atau jangan di hadapan nye ia tetap mempengaruhi perjalanan hidup seharian kite..