05 Januari 2014

Bertandang :)

Assalamualaikum,


Hehe, lagi satu azam, *banyaknya azam* nak transformasikan blog bersawang ni menjadi blog B2B. B2B tu maksud dia adalah Bride To Be. Saya nak jadi BB2B yeay. BB2B tu Blogger Bride To Be. Haih semua nak bagitau macam la korang semua tak tahu kan.


Semua orang akan mengalami fasa yang sama termasuk saya. Excited! Saya memilih untuk mengikut sahaja flow orang Melayu iaitu merisik, meminang, bertunang dan berkahwin. Dua daripadanya dah selesai. Alhamdulillah.


Tak adalah strict sangat tapi kedua dua keluarga secara amannya mengikuti proses itu tanpa ada skip skip hehe. Okay merisik. Tidaklah diserta dengan bekas sirih kapur dan pantun. Semuanya natural sahaja sesuai dengan zaman sekarang haha.


One day, papa bagitau ayah dan ummi dia ajak berjumpa. I asked papa, oh diorang nak datang rumah ke? Papa cakap, no Papa dan Mama akan ke KL dan jumpa di mana mana. Then other day, Papa suruh saya suggest perjumpaan tu kat mana sebab nak makan makan sekali. Saya tanpa fikir 2kali cadangkan jumpa di Wangsa Walk saja. Haha. Tempat saya hangout dengan kawan kawan. Senang nak bagi direction. Tak jam. Dekat dengan Pahang. Haha gila. Tetiba dekat dengan Pahang.


Tiba harinya, saya pun ada sekali join. Pheww. Tapi Papa suruh saya jalan jalan tempat lain, dengan Daniel. So saya karaoke dengan Daniel.


Okay saya pun tak tau diorang bincang apa. Rasanya borak je banyak kot. Tak ada apa nak bincang sangat pun. Bukan zaman dulu dulu kan. Banyak rujuk kat anaknya je kot sebab kami saling kenal. Bukan jodoh atas keluarga. Novel sangat tu.


So pung pang pung pang, bulan 9 diorang datang merisik. Saya kena balik rumah, walaupun tak perlu sebenarnya. Tolong apa yang patut. Sebab adik saya Nani tak ada, tak ada sapa nak tolong Acik Wok dan Mama masak wuwuww...


Alkisahnya, lagi setengah jam family dia nak sampai baru saya mandi bersiap. Sobss. Main grab je baju kurung adik saya Anees. Tudung pun tak tau la tudung sapa. Mama kot. Mekap lagi la nan hado. Tak sempat hehe. Pas bersiap hidang makanan pulak. Hwaa!! Well what to expact. Im not a Princess though....


Atas meja ada kalendar, nak set tarikh tunang. Which I expect will be carried out in the next year 2014.


Olo bububu budak demok first time pakai cincin. Selama ni cincin pakai kat tudung. Pftffff.... Oh ya sebenarnya tak perlu disarungkan cincin pun, biasanya family belah lelaki akan serahkan pada mak dan ayah perempuan, kemudian terpulang nak pakai atau pulangkan incase tak nak terima lelaki tu. Tapi kali ni everyone getting excited, for the sake of camera, sarung jugak lah. Heheh.


Nenek dia yang sarungkan, terharu iolss. Nenek dia, Tok Mak baik sangat dengan saya. Oh I felt so blessed, everything went well. Tapi sedikit terkejut, lepas family dia balik, papa bagitu saya bertuang bulan 10 nanti. Saya tengok kalendar ada lagi dalam 3 minggu. What!??


Dupp dapp..


So itu dia cerita pertama, nanti ada masa saya cerita perihal tunang pula. Ada sedih ada happy, cerita tunang yang disertai air mata. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

Tiada ulasan: