17 Oktober 2012

Alahai Cik Senah

Assalamualaikum,


Sebagai perempuan yang tidak boleh berfikir terlalu banyak dalam satu masa, saya sering hilang fokus lantaran banyak memikirkan hal lain pada masa yang tidak sesuai. Kadang-kadang tengah jalan pun kaki boleh terpelecok walaupun hanya memakai sandal dan bukannya kasut tinggi. Saya tidak pasti la kenapa, tetapi ada perhatikan perempuan lain juga yang tidak fokus.


Alahai Cik Senah,
Seronok seronok tengah shopping,
Seronok shopping dengan kengkawan,
Tapi buat yang lain pening-pening,
Kuat berborak di tengah jalan.

Kalau korang perasan geng geng perempuan ni bila dah dengan kawan-kawan lupa dunia. Kadang kadang kat eskalator pun jadi sampai menghalang laluan orang ramai. Tak fokus.

...............................

Alahai Cik Senah,
Tengok penampilan ayu dan sopan,
Bila senyum bertambahlah manis,
Sesekali keluar mood meroyan,
Ketawa kuat ala ala pontianak kih kih kih....!

Saya akui, kitorang kalau dah gelak tu tak ada sopan sopan dah. Mengilai bagai nak rak lagi lagi kalau jumpa kawan yang 24jam buat lawak je manjang. Tak tahan tau... Fokus kat cerita tu je, tapi tak ingat ada yang memerhati.

...............................
 
Alahai Cik Senah,
Beli handphone canggih manggih,
Tapi sms lambat sangat nak dibalas,
Handphone canggih casing berlapis lapis,
Sudahlah beritu susah benar nak charge.

Kebanyakkan wanita yang berumur ler, handphone beli mahal mahal sebab diorang ada duit. Tapi tak jaga sangat pun, buat sambil lewa je. Charge tidak, explore tidak, alert pun tidak. Bila orang call, sempat la orang tu letak balik sebab kita tak jumpa handphone kita sampai ke sudah. Handbeg penuh!

................................

Alahai Cik Senah,
Kereta Myvi color purple,
Siapa ada teddy bear dekat seat belakang,
Signal kereta tu rosak ke?
Kalau elok tapi tak guna, boleh campak itu kereta dalam longkang.

Tetibe ^_^. Ayat bawah sekali panjang pulak. Tak kisah lah perempuan ke lelaki ke, kalau bangsa susah nak buat signal bila membelok memang nokhorommmmm. Dia ingat kalau tak ada kereta belakang dia tak payah buat signal? kami yang nak keluar simpang ni mati mati ingat kau nak terus ke depan. Kalau tau, dari tadi dah keluar simpang.

...............................

Alahai Cik Senah,
Sorong papan tarik papan,
Sorong keranji dalam perahu,
Sila lah beratur jika penuh itu jamban, 
Sesuka hati je cop tandas depan pintu.

Tak tahan nak terkucil sangat dah kot. Sila maafkan kami. Macamana nak fokus kan..

..............................

Alahai Cik Senah, 
Bukak puasa di Hotel Condorde,
Mekap berkati kalah opera cina,
Sekali masuk surau nak solat magrib kot?
Dia bantai 30 minit untuk melangok depan cermin.

Kengkadang bawak bersabar jelah dengan wanita kuat makeup ni. 2 minit solat, 20 minit dia conquer cermin untuk dia sorang. Kita nak tengok cermin jugak, kot kot rambut terkeluar ke, tak sah pulak sembahyang.


Cik Senah ni merujuk kat diri saya sendiri ye, jangan terasa...


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

2 ulasan:

Aku Anak Pahang berkata...

Salam drp kami : http://akuanakpahang.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

heheh.... kengkadang kita tak sedar kan..