25 Januari 2014

Hormat atau Takut?

Assalamualaikum,

"Respect is to be earned, not a thing u can ask for".

Allah bagi kita akal untuk berfikir macamana nk mendapatkan rasa hormat  dari orang sekeliling. Tak kira bos, ketua, penghulu, menteri mahupun seorang ibu. Mesti berusaha untuk dptkan rasa hormat org lain untuk dia. Kalau mintak hormat dengan memberi arahan "sila hormat saya!" apa yg dia dapat hanyalah rasa takut dan rasa benci dari orang yang diarahnya.

Sebab itu kadang kadang kita rasa lebih hormat pada seorang tukang cuci di pejabat kita dari seorang ketua jabatan. Contoh ya. Ciri ciri orang yang dihormati bukanlah apa pada orang yang tinggi jawatannya sahaja, mahu yang terbilang keturunannya. Ia boleh apa pada sesiapa sahaja yang mengkehendakinya. Kita boleh usaha.

Usaha paling mudah - hormatlah orang lain juga.

Seorang ketua yang tidak hormatkan pekerja di bawahnya tidak akan dihormati. Sebenarnya beliau hanya ditakuti. Malah bila kita takut, rasa benci boleh juga datang. Jika beliau layak dirasa bencilah. Sebab kadang- kadang tak semestinya, kita takut harimau tapi tidak pula membenci harimau tak pasal-pasal.

Kalau perangai memang mengundang rasa benci, layaklah kita dibenci. Kemudian dijauhi. Orang tak nak kawan kita, orang tak nak dengar apa kita kata, orang tak suka perbuatan tindak tanduk kita, orang rasa selesa dan aman bila kita tiada. Sedih bukan?

Berusahalah! Agar dihormati.

Jangan terkejut, rasa hormat boleh juga timbul rasa sayang.

Nikmatinya.

3 ulasan:

MyCherita berkata...

salam ukhwah.. 1st time dtg singgah sini.. dari : http://thescreammer.blogspot.com/

Farhanah Mokthar berkata...

nice entry. respect is something u can never ask for :)

MissNadia berkata...

yurp.. betul-betul.. we need to respect others in order to be respect