hari ini aku tunggu bas seperti biasa. shuttle bas university yang disediakan kepada student yang tak mampu macam aku. tak mampu berkereta, tak mampu berjalan. haih patut pun gemuk.
dalam 15 minit menanti, bas tak kunjung tiba. geram. tak lama lepas tu, kelihatan dari jauh batang hidung bas. excited. aku berdiri di bahu jalan, lambai tangan. eh! bas tu tak berhenti. kecewa. aku duduk semula. tak lama lepas tu bas datang lagi. ada ramai juga dalam bas tu. aku berdiri di tepi jalan, bas tu tak berhenti lagi. eh berapa kali nak pusing da baru amik penumpang ni.
aku pikir, kalau macam ni sikap pemandu bas, boleh rugi negara ni. berapa banyak masa seorang student macam aku nak dibazirkan untuk menunggu bas sahaja. hari hujan ni. kalau aku sakit pun salah pemandu bas ni juga. betul betul merugikan.
aku penat. perut bergelodak akibat food poisoning harini semakin terasa. dari jauh aku nampak bas lain pulak berhenti lama di bus stop sana. aku yang dari tadi baca buku doa harian tetiba emo. hilang pahala menghafal doa baru. aku mengeluh.
"haih mengong betul, cepatlah bas aku penat ni"
tak pasal pasal aku emo. iya sejak akhir ni banyak masalah dalam kepala yang nak kena pikir. isu bas ni cukup berat bagi kepala otakku.
akhirnya, satu bas datang berhenti. bas itu kosong. aku tanya kenapa bas tadi semua tak berhenti, kepada pemandu bas tu. dia tiada jawapan. dan dia cuba beramah mesra dengan aku. tanya duduk mana, berapa adik beradik, mak ayah kerja apa....bla bla bla seperti biasa kita orang melayu jarang tanya nama. mustahil tanya nama di awal perbualan.
kemudia dia bercerita pula tentang kisahnya. bagi aku sedih.
"hangpa bayang lah pakcik dreba bas. hang ada 5 jah adik bradik. Pakcik ada tujuh orang anak. Tak macam mak ayah hang kerja baguih na" aku balas iya.
"pakcik kerja kat sini dari tahun 1986, hang pun dak lahir lagi kot na?" dia sambung.
aku menganguk saja walau aku tau, dia tak nampak, aku di belakangnya.
"anak sulung pakcik kerja kat Honda, kedua belajar kat IKM, ketiga dok ada kat UTP..."
terror jugak anak-anak pakcik ni. aku cakap dalam hati je.
"anak ketiga tingkatan 3, dah seminggu tido luaq sebab ada latihan bola tampar. Sok pi Sarawak untuk wakil Selangor.."
perrghh.. aku bersyukur, anak pakcik ni boleh lah dikatakan membanggakan. tumpang happy.
"hang bayang la pakcik duk sini (KL) nak tanggung seua, kos hidup tinggi. Hang untung no.. hang nak tau tahun lepaih dua bulan pakcik tak kerja. jaga anak kat spital"
"anak pakcik sakit apa" aku tanya.
"dia accident muto, tulang belakang patang. dua bulan pakcik jaga dia kat spital dengan gaji pokok jah rm400 sebulan. makcik tak kerja. susah betui la masa tu. tuhan ja tau macamna. sebelas ribu setengah untuk pasang besi kat tulang dia saja. hang tak kira lagi kos kos lain. yang pakcik kesal, pakcik ada mintak universiti tolong bayarkan dulu. pakcik boleh bayar kemudian. tapi depa kata tak ada peruntukan tu...."
"ish betul ke pakcik? pakcik dah kerja 26tahun kat sini tak kan tak ada langsung??"
aku emo lagi.
"tulah pakcik kesal sangat, apa salahnya buat kebajikan kat staff nanti pakcik bayar lah ansur2.."
cerita semakin nak habis, bas pun semakin nak sampai ke asrama aku.
"tak tau pulak saya universiti ni tak ada kebajikan untuk staff, kesian dengan keluarga pakcik, saya doakan anak-anak pakcik ye.." aku buat kesimpulan akhir.
"tak apa tadak apa.."
aku turun bas. cerita biasa je tapi sebak rasanya. menusuk hati. aku pikir masih ramai yang ada masalah kat luar sana. kalau tak diduga dengan harta, ada yang diduga dengan penyakit, ada yang diuji dengan kasih sayang, musuh dan macam macam lagi.
dan, aku berbangga dengan pengorbanan seorang ayah. ayah yang berjuang demi anak-anak dan isterinya. semoga pengorbanan pakcik tadi akan dibalas dengan dengan kebaikan dari Allah. Allah Maha Mengatahui segala kebaikan hambanya.
mulai harini, aku tak kan lupa pandang kebawah, melihat orang yang lebih susah. aku cuba berhenti mengeluh. berhenti mengharapkan sesuatu yang terbaik sahaja untuk kita. kerana Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE
12 ulasan:
bermula daripada bawah ke atas.. :)
salam, hg ni bukan org utagha kan! ...bagui2 cita nihg ni ada pengajarannya...sempoi.
azza. lumrah dunia.
entry menarik :)
BLOGGER PILIHAN [ PANDANGAN PERIBADI ]
Er..aza..Jay nak tanye ni..pakcik tu keje tahun 1986 atau 1886??
Kalau 1886 dah 126 tahun dia keje..kalau 1986 betullah 26 tahun..ce aza tgok tahun tu..hehe..dah lame tak masuk blog aza ni kan..:)
x sia2 juga azza tggu lama bas kan. dpt cerita yg beri peringatan utk kte semua :)
sedih jugak.hmm,kita rasa susah.tapi kena ingat.ada yang lebih susah.jadi,bersyukur lah selalu.
cerita kisah benar la, nasib baik penumpang tak jd marah hehe
dia kerja situ 1886?.
hantu kot pak cik tu.
larikk..
hehehe.
bila kita tengok orang di bawah, baru kita tahu, baru rasa bersyukur.
mmm betul juge,pandang kebawah memang elok & bergune utk sy sndri bile time2 susah :)
ahaha, namee baca 2 3 kali...pakcik ni panjang betul umur diaa... :O
menarik citer pasal pakcik ni...boleh dijadkan teladan..
Catat Ulasan