05 Oktober 2012

Oh Vitamin C

Assalamualaikum,


Sejak dua menjak ni ramai juga perempuan memperkatakan tentang Vit C. Macam macam bentuk dan saiz dijual di laman sosial. Kebanyakan nya dipakej/dibungkus semula atau dijual mengikut biji. Kalau nak beli 13 bijik, ha dia bungkus la 13 biji lepas tu letak dalam bekas silinder tu. Tak pun dalam karung plastik pil.


Saya nak cerita pengalaman dengan Vit C. Dari kecik memang Mama dan Papa dah bagi makan Vit C. Jenama Champ tu ha. Eh ke Chemp. Ada gambar lion atas dia. Lepas tu kalau untuung kau dapat la pemadam gambar lion tu free. Pil tu bentuk bintang kalau tak silap. Sedap sangat. Rasa ketagih macam makan gula gula je. Mama sorok. Sebab saya ni lain sikit perangai. Dulu pernah makan sepapan panadol for kid. Yang color merah tu. Sedap. Gigih saya panjat peti ais sebab Mama simpan situ panadol tu. So sebab tu la segala benda yang sedap ni kena la sorok.
Lepas tu ada kesedaran sikit. Tak makan Vit C dah. Hari hari kena makan kismis, badam atau kurma kalau ada. Lepas tu dah besar ada lah air zam zam, air mussofa dan segala macam jenis air untuk kesihatan fizikal dan jugak mental. Bila dah besar panjang, (tak berapa nak panjang) saya dah tak mau dah benda benda ni. Supplement HPA yang mama bagi untuk senggugut saya bagi bakul sampah saya yang telan. Sebab habis tarikh. Supplement Usana yang Papa beli juga saya tahan 3 hari je. Sebab cirit birit. Mama habiskan. Tak cirit pulak. Err.


So kengkonon saya dah pandai la jaga diri. Hish. Tak makan apa pun. Makan kismis kurma waktu bulan puasa je. Sekarang alhamdulillah dah jarang sakit sakit macam dulu. Demam apatah lagi. Syukur. Tapi sekarang ni 'beauty consciousness' (eh ada ke perkataan ni,) er meningkat. Sebab jerawat saya baru nak keluar. Padahal orang lain sejak akil baligh lagi dah beduyun beranak pinak jerawatnya. Adakah saya ni lambat matang? Huhu.



Mencicit cari segala vitamin C lah, E lah, Kolagen lah, L-Gluthatione lah. Tapi cari je. Tak beli pun keh keh. Beli vit C je, itu pun yang chewable punya. Kadar serapan tak tinggi. Tak ada kandungan vitamin c with bioflavonoids pun. Kandungan 1000mg tapi yang keluar 999mg ikut air kencing. Errr rugi je. Nantilah bila ada duit baru beli yang kualiti punya pulak. Bukan yang sintetik.


Ikutkan banyak cara nak ambil Vit C ni. Ada yang pil telan, yang yang rendam dalam air dan ada yang suntik. Ikutkan cara suntik la paling tinggi daya serapannya kot. Direct terus ke dalam badan. Jenis topical (sapuan ke kulit) tak pasti pulak ada ke tidak.  Tanyalah pharmacist. EH tau tak kalau terlebih makan vitamin C boleh cirit birit. Pernah haritu suka sangat nak mengunyah vit C sampai 4 biji. Malam tu berkampung lah di tandas. Tapi bukan simptom macam keracunan makanan tau. Hanya cirit birit sahaja.


Dengar cerita yang dok jual kat Facebook tu, diorang beli secara pukal kat Shaklee. Lepas tu repackaged untuk jual kepada customer. Yela ada yang nak try seminggu dua dulu, so tak yah la beli sebotol 100 bijik tu kan. Secara jujur nya saya perasan, ramai berpusu pusu nak makan Vit C atas alasan kecantikan luaran bukan kesihatan dalaman. Tapi dua dua memang saling berkait kan. Dah makan Vit C insyaAllah dua dua pun dapat. Amin...


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

8 ulasan:

yolanda diego berkata...

betul2. sy pun mkn jgk vitamin c shaklee tu. tp xbeli utk kali kedua je lg. heeeee.......

Izwa Kamaruddin berkata...

dulu rajin mkn skrg tak..hehehe..

Unknown berkata...

ooo mcm ru ker, org lelaki ader tak yg mkn vit.C

Tanpa Nama berkata...

makanan buah2an yang bervitamin c lut tak?

Azza Azman berkata...

@Rapunzeel Cikilolo makan dari buah buahan lagi tinggi kadar serapannya. Doc la yang cakap. tapi ramai busy nak kupas buah pun tak sempat.

Azza Azman berkata...

@Harith Iskandar encik harith, mmg vit c untuk semua orang ya.. termasuklah kanak kanak..

Azza Azman berkata...

@Nn ok tak makan vit C shaklee tu? ada perubahan tak?

Namee Roslan berkata...

kena makan vit c kan..untuk jangka masa panjang ! :D