29 Disember 2012

Tak Cukup Duit Belanja

Assalamualaikum, 


Dah lama tak beli pakaian baru. Handphone saya juga tidak secanggih orang lain. Kasut raya dua tahun lepas kubawa kesana kemari. Tapaknya dari warna hitam berubah ke rona kelabu asap. Baju kurung polka dot biru diganding dengan tudung bawal ringkas, hujung tudung tidak di pin tetapi dimasukkan cincin lama untuk dikemaskan. Itulah pakaian seragam saya ke ofis saban minggu. Syukur alhamdulillah.


Remaja sekarang tidak dapat dipisahkan dengan gadget terkini, fesyen, trend, lifestyle dan macam macam lagi. Ramai yang bosan apabila melihat gobok pakaian mereka sambil mngeluh "ah, tak ada baju nak pakai!". Ramai yang berazam tahun baru nak beli gadget terkini, NOTE II misalnya yang memakan ribukan ringgit. Tapi tak apa asalkan bergaya. Setiap minggu lepak di cafe mewah, karaoke sehingga larut malam pada hujung minggu. Tetapi bila hujung bulan, pinjam sana sini untuk duit minyak kereta.


Alahai, kenapa siksa diri. Seronok pada awalnya tapi meminjam pula. Bonus hujung tahun entah kemana, apatah lagi duit claim mileage setiap bulan pada majikan. Hangus begitu sahaja. Ada membakar duit pada rokok, ada menabur duit pada panggung wayang. Ada pula yang 'mengagihkan' duit gaji pada setiap butik mewah.


Seronoknya makan burger bakar setiap malam, yang satu set sudah pun rm10. Lepas tu sibuk pula menimbang berat badan. Oh badanku naik lagi. Sibuk mencari susu diet, herbalife misalnya. Hangus lagi ratusan ringgit. Duit duit duit...


Bila duit sudah lesap, disalahkan zaman sekarang. Oh zaman sekarang ni banyak belanja. Masuk tandas pun kena bayar seringgit. Tepuk dada tanya lah selera. Salakahkan tandas? Salahkan zaman? Kesian En. Zaman muehehe..


Ada kenalan yang mahu berhenti belajar, kerana mahu bekerja. Mulanya part time sahaja, kemudian seronok pegang duit, kerja full time pula. Alasan tak cukup duit belanja bermain dibibir. Teringat kisah teman yang memborong barangan make-up dan menonton wayang sampai dua kali sehari tak lama dahulu. Oh, patutlah, sentiasa tak cukup duit belanja.

 
XOXO, AZZA AZMAN
peluk cium dari azza muah!

5 ulasan:

faten osman berkata...

setuju dengan entry ni azza
budak zaman sekarang nak bergaya je, duit berbelanja keluar mcm air. kalau student, hujung sem pinjam sana sini, kejap2 minta mak ayah =..=



Harith Iskandar berkata...

biase lahhh wit tu kt mane2 pun perlu gune...uhuk uhuk...mcm air jerk :P

Aulia Oliesa berkata...

Tu namanya addiction..kalo nak sedekah tu rase berat je..tapi kalo nak kua duit utk bende yg kita suka tu sepantas tuntas..hehe. (insaf3) (^_^)

Cik Salju berkata...

@faten osman


hi semua..
i terjumpa satu blog yang baru usianya 3 hari..
tapi komen dalam tu wow!!!
trafik dia pun i rasa membanggakan bagi blog yang baru di buka 3 hari...
elok u all pergi tengok : http://astanakandis.blogspot.com/

i buat blog sendiri kenapa tak jadi macam tu ye?
dah macam2 i buat untuk blog i..
maybe i tak ada bakat dalam penulisan..

Namee Roslan berkata...

eh tu bahaya kalau mcm tu.membazir.kita ni kalau nk membeli kena ikut kemampuan gak. namee pun skang dah jarang beli baju ke apa. lebih suka simpan duit.