13 Januari 2013

Soalan Soalan

Assalamualaikum, 


Nak cerita tentang soalan. Soalan ni ada macam macam, sesiapa pun boleh bagi soalan. Tapi kau nak jawab ke tak itu yang kita tak tau. Kau mampu jawab ke, kau malas ke nak jawab meh saya bincang sikit sikit pasal soalan ni.




Kalau nak tau, saya antara orang yang selalu lurus bentul jugak sebab kadang kadang tak dapat tahan diri dari menanyakan soalan bodoh. Ada la orang tu paling rapat dengan kitewww, selalu marah kitewww sebab soalan saya selalu agak naif sampai tak tau nak jawab apa. Nasib la labu. Padan muka.


Walaupun sedemikan rupa, saya juga jenis malas nak jawab soalan tak tau la pasal apa. Kalau satu orang tanya satu jugak la kau jawab kan. Kesian kat Daniel masa kecil dulu saya selalu tukar topik kalau dia tanya satu benda tu macam melampau lampau punya tahap ulangan dia. Tapi bukankah sepatutnya kita kena terangkan jawapan sampai budak kecik faham. Ini tak saya terus marah dia sebab kau ni tak paham paham kenapa?


Tapi kan, orang yang palaing rapat dengan kitewww tu walau marah marah, dia tetap mengadap jugak soalan saya tu. Lepas marah, dia akan terangkan dengan terperinci siap dengan teori sendiri nak kasi saya paham tahap petala ke 7. Kalau saya tanya kenapa pulak tak leh minum air sambil makan nasi juta jaut kali (padahal bukan nak tanya sangat, saja nak protes sbb i suka minum sulam nasik), so dia bagi la perumpamaan kalau singki tu cuba kita tuang nasi, pastu tuang air pastu tuang nasi, pastu tuang air balik apa jadi? So dengan ini saya angkap tangan. Jawapan you memang meletop.


Alkisahnya kan saya baru buat perniagaan online di Page The Sweet Kurung. So mengadaplah saya SMS soalan sebaik celik dari bangun tidur. SMS antara yang sangat sweet dari customer customer sekalian yang berbunyi :


Baju peplum ada lagi tak?
Dengan ini saya yang blur blur dari bangun tidur membiarkan sahaja soalan itu terjeruk dalam inbox sebab kena cari kekuatan untuk menjawab soalan ini. Soalan ini bakal terjawab dengan soalan juga. Berbunyi "Sis tanya peplum yang mana satu ye?"


Boleh bayar dengan Maybank2U?
Mestilah boleh sayang, since akaun yang saya bagi tu pun akaun Maybank sobbsss... Yang penting, duit tu masuk kat akaun saya. Nak bayar pakai ATM ka, CIMB Clicks ka, Prudential ka.. eh? Boleh tak ada masalah.


Boleh tak saya bayar bulan depan?
Ada sorang ni beli bulan Nov, kata nak bayar bulan Dis sebab tunggu gaji (bonus la kot) Lepas tu dia minta tangguhkan bulan Feb sebab gaji dah habis. Sobbbssss sangat sayang. Tapi demi customer tercinta I sanggup. Lautan api sanggup kurenangi.


Itulah antara soalan soalan yang sweet dari Customer yang saya rasa bercinta time nak menjawabnya *blame on me plz* Yang penting, "Customer is always right", right? Peniaga yang baik adalah melayan setiap kehendak pelanggan. Which I failed to make it possible. Minta maaf semua.


Saya bukan tukang jahit, bukan designer *humble humble*. Jadi maaf sangat sebab tak ada masa sangat nak buat ikut kehendak pelanggan sepenuhnya. Serta menjawab SMS secepat mungkin. Perkara utama adalah habiskan studies master ni dulu. Kendian baru la pikir nak buat apa dengan THE SWEET KURUNG ni. Harap dapat majukan THE SWEET KURUNG ke peringkat 1 Malaysia. Ameennn....


XOXO, Azza Azman 
 peluk cium dari azza muah!

3 ulasan:

Unknown berkata...

AMINNNN.... :)

Muhammad Naim Abdullah berkata...

:)

bersabar ya.. :)

bersemangat!! :)


http://pemudattbc.blogspot.com/2013/01/jagalah-allah-pasti-allah-jaga-kita.html

-atiQah- berkata...

serius kadang2 soalan dari customer mmg bencinta nk jawab. hehe. tp layankan jugak, itulah punca rezeki. jangan dicop sombong oleh customer. walaupun dlm hati kdg2 geram kena la maniskan muka jgk dpn customer. hehe :)

btw suka tgk the sweet kurung semakin maju. semoga lebih-lebih-lebih maju.