18 September 2013

Kembara ke Vietnam

Assalamualaikum,



Haaaa..... bajet gila kan gambar di atas ni. Siap bersalji bagai. Kat Vietnam ke? Tidak ye puan-puan. Ni gambar yang di whatsapp oleh adik saya semasa kami di Vietnam sedangkan beliau di Korea. Ceh ini budak selalu "murtad". 


Sebenarnya dah lama kami sekeluarga (kecuali adik-murtad-yang-selalu-berpaling-tadah) bercuti di Vietnam ni. Cuma tersimpan dalam draft dengan begitu lama, harini saya gagahkan diri untuk cerita serba sedikit.



Seperti rakyat Malaysia yang lain, inilah tempat feberet dimana kawasan ini banyak dijual baju baju kurung. Jadi kami menginap di sini sahaja. Ben Thanh. Hotelnya kecik kecik dan nipis nipis. Saya rasa kelebaran kedai komersial di sini adalah 3/4 dari saiz kelebaran kedai di Malaysia sahaja. Mungkin ada kena mengena dengan saiz rakyat Vietnam yang semua nya kecil molek. Tiada obesiti.


Lobi Hotel Song Anh (sila sebut dengan sengau). Selama 5 hari 4 malam kami mnginap di sini sahaja. Walaupun kecil, tapi service tip top. Bersih, wangi, kemas, dan best. Makanan halal juga diuruskan oleh agensi pelancongan. Makanan 3 kali sehari dihantar ke hotel. Serius sedap. Tak pernah lapar okay. 


Hari pertama : Kami tak biasa lagi dengan orang di sini. Kelakar. Saya tengok je dari lobi hotel adegan Papa dengan tukang lap kasut. Papa nampak macam menolak tapi akhirnya orang tu tunduk jugak nak lapkan kasut. Adoi saya gelak je dari dalam.


Patung yang macam real je. DI Muzium Perang Vietnam. Entah la berjam-jam saya di sana tak nampak pula patung ni. Mama, Anees, Daniel  pun tak nampak jugak patung dalam penjara ni. Adik lelaki saya yang ambil gambar... entah entah,ish....


Eh tetiba dah balik. Gila shortcut entry ni. Macam biasa lah kalau bercuti ni. Masa nak pergi semua pakai bagpack sahaja. Balik je memasing ada luggage tambahan haha. Kami 6 orang sekeluarga dalam satu group tiket Air Asia. Masa timbang beg kat airport berdebar je. Tapi nasib baik ada lebihan KG lagi. Siap ada group lain tumpang bahagian kami... ha tulah shopping tak ingat hehe.





Sedang mencari kekuatan untuk menulis. Nanti bila ada masa saya akan menulis dengan lebih detail tentang perjalan kami di Vietnam. InsyaAllah.


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

8 ulasan:

Penjejak Mimpi berkata...

Salam ziarah. Jangan lupa sambung entri ni ek. Nak tau gak apa yang best kat situ..

budakbandunglaici berkata...

wah salji..best betol pergi vietnam


Entri Baru Update : Putihnya Cafe Sukan Cakna

indahhiasan berkata...

Assalamualaikum sis, roger bajet pegi vietnam tu boleh???skali dgn harga tiket flight..tq


http://indahhiasan.blogspot.com

Azza Azman berkata...

@norlia mohd yusoff saya dah komen di Blog kamu :)

indahhiasan berkata...

@Azza Azman

Sis..nk roger sis mcm mn????buleh whatssapke..email atau pape la..nk bork pnjang ckit :-)

Unknown berkata...

as salam.. bole share budget ke vietnam x? guna agensi ke?

Unknown berkata...

as salam boleh share budget x? guna agensi ape ye? terima kasih

Unknown berkata...

as salam.. bole share budget ke vietnam x? guna agensi ke?