12 September 2013

Rindunya...

Assalamualaikum, 


Ya Allah rindunya nak menulis. Rindu zaman aktif berblog. Rindunya zaman berblogwalking. Rindu saling tegur menegur kawan kawan blogger yang lain. Sesungguhnya saya sekarang amat kurang motivasi untuk menulis. Sedangkan banyak sangat perkara yang menarik terjadi di sekeliling saya. Rasa nak share, tapi tangguh tangguh, kesudahannya tidak menulis langsung. Itulah saya yang suka menangguh kerja.


Selepas hari, bulan, selepas bulan,tahun. Setahun belalu, dalam setahun itu saya langsung tidak menulis. Adalah satu dua entry dalam sebulan hehe. Dalam setahun ini, ramai kawan kawan yang pencapaiannya membanggakan. Ada yang buka bisnes, mendapatkan segulung ijazah, master, phd, diluar negara, dalam negara, bertunang, berkahwin dan yang mendapat anak. Mengandungkan baby kembar... Wah tahniah kat semua. Bangga dengan korang. Alhamdulillah...


31 Ogos tanggal negara merdeka. Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia (macam satu Malaysia baca blog ni :) Sahabat rapat saya juga telah memerdekakan dirinya. Alia Farhana....

Ni malam selepas nikah, boleh pulak borak sampai dekat pukul 1 pagi. Dalam bilik pengantin.Padahan bapak pengantin berusaha sewakan homestay kat keluarga diorang supaya tak mengganggu perjalan majlis. Kitorang buat kacau ngeh ngeh ngeh !!

Alia ni kahwin dengan kakak dia. Macam kembar dah kitorang tengok. Imam pun risau je tersalah kahwin kan : p Muka cuak je ke time nikah eh? Hehe.

Kesengalan di malam pengantin. Sorry pengantin lelaki, kitorang pinjam sat. 

Esoknya reception kat dewan sekolah cina. Mak oi besar dan ramai gila orang datang. Yela dua pasang pengantin kan. Best best. Tahun ni dan 5 kawan saya buat kenduri untuk dua pasang pengantin. Kenapa yek? 


Anyway good luck, Alia. Cecepat timang baby. Jangan gaduh gaduh. Jangan ingkar. Jaga mak mentua bebaik ye nak.... Stay slim. Itulah sahaja nasehat dari sahabatmu yang tak kahwin lagi ni. Kehkehkeh!


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

1 ulasan:

Hanie berkata...

waaa.. pengantin 4 yer.. mmg la dik..jimat sikit.. lgpun senang..org dtg sekaliarung.. tu la gamai tu ;)

http://rujukvitaminku.blogspot.com