27 September 2013

Isteri Mat Yo Tidak Bersalah

Assalamualaikum,


Pada awal tahun 1900, boleh dikatakan sejarah hitam apabila seorang penjenayah bersembunyi di apartment kekasihnya di New York dikepung oleh 150 anggota polis. Seramai 10,000 orang berasa terkejut dan tercengang melihat aksi tersebut. Lebih dari satu jam kawasan itu menjadi seperti medan pertempuran dengan bunyi ledakan pistol dan senjata api yang lain.


Sebelum ditangkap, penjenayah itu sempat menulis surat beliau tidak bersalah, dan hanya mahu mempertahankan diri. Sebenarnya kesalahan yang dilakukan adalah beliau telah menembak seorang anggota polis yang meminta lesen memandunya, berminggu minggu sebelum kejadian tempak menempak ini. Beliau dijatuhi hukuman mati atas kerusi elektrik tetapi tidak pernah mnyesali dan mengaku bersalah. Kata kata terakhir "Ini yang saya dapat kerana perbuatan mempertahankan diri saya..." Beliau adalah Crowley.


Menurut penjaga penjara di mana tempat Crowley di penjarakan, memang kebanyakan penjenayah tidak pernah mngaku bersalah atas kesalahan melampau mereka. Semua diberi alasan itu dan ini.


Saya berfikir, walaupun penjenayah yang melalukan kesalahan yang terbukti depan mata pun tidak akan sesekali mengaku bersalah, bagaimana pula kita yang bersalah dalam pergaulan? Bersalah dalam perniagaan? Bersalah kerana mengecilkan hati sahabat? Bersalah di atas jalan raya? Semua orang lain salah kita je betul. Kalau kereta mewah yang memotong kita kita rasa dia berlagak, kalau kereta kecil yang memotong kita kita rasa dia tak sedari diri.



Hmmm.....adakah perkara ini juga terjadi kepada isteri MAT YO yang menyatakan kononnya dirinya tidak bersalah. Beliau juga hanya mempertahankan diri sendiri, katanya.


Nanti saya akan sambung semula pada entry baru, kenapa kita jadi begini InsyaAllah...


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes yg anda paparkan tak sama dgn kes
bini mat yo ni! Sah sah dia yg terlampau
sehinggakan tak tahu maksud 'dayus' dan
biadab dalam berbicara, macam budak tak
pernah menjejak kaki kesekolah.......

Mar Mansor berkata...

mempertahankan diri dgn sehingga mengeluarkan kata2 x sepatutnye?

sya isyah berkata...

setuju! manusia sekarang susah nak mengaku salah. apa lah salahnya beralah walaupun diri sendiri tak bersalah. bukan kah itu menunjukkan kematangan kita?

muhammad naim Abdullah berkata...

Naim tak amik 'port' pasai ini sangat, tapi dok follow gak.. Tetapi cara percakapan dia tak berapa elok..

Azza Azman berkata...

Itu cara dia pertahankn diri dan dia rasa dia betul. Huhu

Azza Azman berkata...

Ala baca la sampai habis... pnat tau buat research :)

Azza Azman berkata...

Yup semestinya...

Azza Azman berkata...

Manusia mcm kita pnuh dgn sifat ego... sebab tu la...