03 Oktober 2013

Yes, Kelumumur Sudah Pupus!

Assalamualaikum, 


Stress adalah punca kelumumur? Ada satu masa, kelumumur pula jadi punca stress sebab kena shampu rambut hari-hari. Lepas tu nak kena keringkan dengan towel, bila dah lembab baru keringkan guna hair dryer. Kemudian sarungkan kepala dengan tudung pulak. Haih semua ni tak siap selagi belum sejam berlalu. Dah, bila masa pulak nak letak serum lah minyak la essence tah pe kebenda lagi yang nak ditaruk atas rambut. Leceh gila.


Saya dah guna banyakkkkkk gila jenis shampu untuk hilangkan kelumumur. Kiranya dari first year sampai "6th year" masalah kelumumur tak hilang kecuali masa cuti di rumah. Stress kot belajar tu yang beranak pinak kuping kelumumur euuuwww geli gila.


Gambar selingan sila tutup dengan tangan kalau geli haha

Pernah satu masa tu 3 hari lepak kat studio tak mandi tak tidur. Hari ketiga baru perasan baju kurung saya koyak kat ketiak, nasib ada pshmina kawan boleh tutup koyak tu. Dah ko dah kenapa buat buat pelik pulak bila kelumumur muncul atas kepala. Stresssss tau tak.


Tapi sekarang kelumumur dah hilang weh. Serius. Memula tak perasan tapi eh, dah dua hari tak shampu asal segar je lagi ni? Cek punya cek eh eh memang tak ada lah. Dah tak stress kot. Selain tu ada benda lain yang saya amalkan......


Kerap Shampo
Mestilah shampo, kalau nak clorox rambut nanti ter'blonded' pulak rambut kau. Tak yah citer pepanjang. 


Berjenis Shampu Dalam Satu Masa
Sekarang saya memang guna banyak jenis shampoo dalam satu masa. Dalam bakul mandi ada dua jenis shampo. So ikut mood saya lah nak wangi macamna masa tu. Lepas tu kat rumah lain, dalam toilet bilik lain, dalam toilet tetamu lain. Memang ikut keadaan semasa nak mandi dimana. Saya hemtam saja asalkan shampoo. Lepas tu kalau travel je tak kuasa nak bungkus shampo kegemaran bawak pergi sekali jenjalan. Rembat je shampo hotel atau shampo Mama, Anis waima Daniel sekalipun. Tapi saya rasa ada shampo yang membantu jugak dalam setelkan masalah ni.


Shampo Schwarzkopf
Dulu shampo ni jual kat salon je atau kedai khas penjagaan rambut. Tapi sekarang dah ada "ready made". Takdelah cecah RM100 kan. RM8 dah dapat yang "ready made" ni. Adik saya ada beli yang memahal tu jugak cecah rm100, pun elok hilangkan kelumumur. Bagus la shampo ni. Lepas pakai shampo mesti rambut gugur, situasi tu macam dah lali. Malas nak pikir, biarla rambut nipis asalkan bersih :) Tapi kalau nak kurangkan rapuhnya rambut pakailah serum atau yang seangkatan dengannya.



Serum @ Minyak Rambut
Bagus tau pakai ni, macam pakai losyen pulak. Sesiapa yang amalkan pakai losyen kat tangan mesti tangan di cantik. Muda 10 tahun. Tak macam kulit tangan saya cantik lagi tangan Ah So kat pasar. Jadi rambut pun sama, nak kena lembab juga baru kuat. Kalau kering dia rapuh. Dah banyak sental bahan kimia kat rambut mesti dia jadi crack crack gitu. So sila rajinkan diri letak serum. TAPI...... jangan letak kat kulit kepala atau yang berhampiran. Kulit kepala akan menghasilkan minyaknya tersendiri dan boleh menampung sehingga 3 inci ke kawasan rambut. So rambut 3 inci di pangkal tak perlukan minyak yek. Minyak berlebihan pun jadi punca kelumumur jugak.


Okay semua sila la praktikan tips saya di atas. Bila kelumumur tak ada baru keyakinan pun tinggi. Rambut pun wangi. Tudung pun wangi. Boleh pakai baju hitam yeay yeay!! 


Jemput Like Page The sweet Kurung :)




Sekian, terima kasih ya..


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

2 ulasan:

Hanie berkata...

3 hari tak mandi... waaa..dasyat tu.. hihihi.. tekun sungguh bekerja yer..

http://rujukvitaminku.blogspot.com

Nyamuk Terbang berkata...

nice tips..btw geli tengok gambar tue