23 Oktober 2013

Mama Tak Akan Hilang

Assalamualaikum, 

Pernah tak awak hilang barang? Saya selalu sangat hilang barang. Dari kecik sampai besar. Sampai selalu berangan jumpa Doraemon so dia boleh kumpul dan pulangkan semula barang barang yang hilang tu. Haish syirik betul percaya Doraemon. (-__-')


Kalau nak cerita memang tak kan habis. Tapi mostly bukan hilang terus pun last last jumpa je terselit celah beg, celah katil, celah... macam macam celah lah. Saya sangat clumsy dan cepat gelabah bila tak jumpa kunci dalam beg. Jadi orang keliling mesti ingat saya jenis pelupa padahal saya ni jenis gelabah je. Kunci tu ada tapi tersorok. Bila raba tak jumpa terus kecoh satu family "jumpa tak kunci kereta?".


Dulu kat London pulak tertinggal handphone dalam coach. Nasib baik bawak dua handphone. Ha yang ni tak risau sangat. Sebab kita tau benda tu kat mana. Kawan saya cakap kalau saya hilang barang sure jumpa balik. Sebab tu saya tak risau. Benda benda yang saya tak risau mesti jumpa semula.


Tapi kekdahnya letih gila rasa macam tawaf satu UK nak cari office orang yang terjumpa tu. Chinese-British cantik orangnya.


Jadi kesimpulannya saya mahu menerapkan teori ini kepada case Mama saya. Tak mahu risau sangat sebab percaya Mama pasti akan pulih. Pulih macam dahulu kala. Pasti dapat shoppibg dengan Mama lagi. Iya pasti!


**Tak risau konon tapi tangan menggigil jantung dup dap dup dap bila tengok Mama menahan sakit.

2 ulasan:

Namee Roslan berkata...

insyaAllah azza. buat masa ni banyakkan doa. namee pun doakan azza n mama azza. orang yang paling kita sayang is mak. tak sanggup nak hilang. T_T

Nik Azidah berkata...

Semoga your mama cepat sembuh ye :)