18 Oktober 2013

Pengorbanan

Assalamualaikum...


Selamat Menyambut Aidiladha semua. Selamat Hari Raya Korban. Korban. Apa makna korban bagi kita? Saya? Entahlah...


Saya menyambut raya korban di rumah kali ini tanpa Mama. Dan kak ngah. Sebab kak ngah menjaga Mama di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sedangkan rumah kami di Bentong. Hampir 200km jauhnya. Usai solat sunat raya kami siap apa yang patut dan terus bertolak ke Kuantan.


Sebenarnya bukan niat kami untuk berjauhan. Mama sudah 6 hari ditahan wad termasuk 3 hari di ICU. Kebetulan menjelang hari raya kami perlu balik ke rumah sebab sudah kehabisan stok pakaian dah ada beberapa perkara penting perlu diselesaikan. Kami tiba di rumah jam 11pm dan bertolak ke Kuantan esoknya 11am juga. Tidak melengahkan masa langsung supaya Mama tidak tertunggu tunggu.


Kami masak nasi lemak sahaja pagi itu. Sekadar alas perut. Tiada rendang mahupun lemang. Tapi terasa sedapnya walau ringkas berlaukkan telur rebus dan bilis goreng. Sudah muak dengan makanan kiosk dan maggi goreng manak agaknya. Itulah juadah kami sepanjang masa di Kuantan.


Adakah ini pengorbanan saya untuk Mama saya? Saya rasa tidak. Belum cukup rencah lagi untuk dipanggil pengorbanan berbanding dengan pengorbanan buat kami adik beradik...


Bersambung.... sini.


posted from Bloggeroid

2 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Semoga cepat sihat

:)

selamat hari raya azza :)

Jay berkata...

bersabar..ini semua dugaan..semoga ibu awak cepat sembuh seperti sediakala..