06 Januari 2014

Sebab Musabab Tidak Update Blog

Assalamualaikum...


Ingat tak lagi saya pernah bagitau sebelum ni, azam saya tak nak tangguh tangguh lagi. Just do it. Ambil peluang bila ada. Juga dalam menulis disini, jangan ler ko tunggu tunggu sebab kesudahnya ko tak ingat dah apa nak tulis. Grrr...


Jadi tadi semasa nak mengulit tidur. Saya berfikir (Ala biasalah kan sebelum tidur macam macam fikir). Saya fikir yang saya malas nak share apa apa cerita di blog sebab "saya tak seuntung orang lain". Tah apa apa kan... So saya capai handphone dan terus tulis entry ni. Hehe.

Saya fikirkan saya ni cepat sangat rasa down. Susahlah cenggini. Tulah. Sebab banyak sangat baca blog socialite dan orang orang popular, orang kaya. Macam blog Hanis Zalikha, Vivy Yusof, Syazwani Hamid, Mak Merah dan lain lain. Bila baca cerita diorang, saya rasa happy dan berangan. Jadi, saya rasa macam tak perlu nak tulis apa apa dah dalam blog kurang glamour ni. Sebab saya tak rasa apa yang saya tulis nanti akan buat orang lain rasa happy. Dengan pemikiran ini, blog saya pun bersawang.


Tapi sekarang saya rasa dan sedar tu semua silap. Kita tak boleh jadi orang lain. Kita ada kehidupan sendiri. Saya tak shopping handbag Prada. So? Just write anything. Its my blog, right?. Share your happiness seikhlasnya. If they are not happy with your blog, its not your problem.


Tulis blog bukan macam tulis thesis. Lepaskan je la semua. Bahasa Melayu lingtang pukang. Hada haku hesah? *lidah pendek*. English kelaut, lantok ler deme. Bukan dapat markah pun tulis sedap sedap. Bukan kena denda pun tulis haram jadah.


Tak kan semua rakyat Malaysia nak baca blog orang kaya sahaja. Untuk jadi motivasi, pembakar semangat iya. Tapi bila nak rujuk sesuatu, kena patah balik kepada kemampuan diri sendiri. Contoh, terasa cantiknya langsir rumah Ummi Aida. Okay berangan. Lepas tu rujuk balik blog middle class, yang biasa macam kita juga. Kat mana nak cari langsir yang cantik tapi at reasonable price. Contoh blog Kak Nani sangat memberi inspirasi dan boleh menjadi rujukan. So blog 'orang biasa' pun sangat berguna okay.


Tampar diri sendiri sebab rasa blog diri sendiri tak berguna. Sekarang tak dah. I love my blog! Kehkehkeh.


*suka baca blog DIY sebab lebih murah dari beli atau sewa di kedai.


Azza Azman

2 ulasan:

Yana Halim berkata...

alaaa...pasni x yah baca blog blogger kaya sumer tu. hahaha..
Akak tulis bila ada masa lapang je. skrg ni x berapa lapang sbb bz. tp hentam je la tulis, x pk sgt psl apa org kata. setiap individu adalah special. setiap individu boleh bahagia dgn cara masing2. tak gitu? :)

Unknown berkata...

Betul2...Tanam sikap sayang kat blog.hehe