06 April 2013

Kerja : Nak Rehat Sekarang Atau Dah Tua Nanti?

Assalamualaikum, 


Sedang enak terlantar atas katil macam orang sakit, diri ini tertanya sendiri. Sedang badan sihat pemberian Allah ini larat untuk bekerja, aku memilih untuk berehat sahaja pada hujung minggu. Kononnya inilah masa untuk kita berehat dan enjoy semasa muda. Esok dah tua barulah berkerja sepenuh masa sepenuh hati sepenuh nyawa.


Tapi itu pendapat yang salah? Kenapa tidak mula dari sekarang dah berhenti awal bila dah nak masuk umur tua. Sekarang sementara masih single, kenapa mahu berehat sahaja? Aku tiada anak yang kena hantar pergi tuisyen, aku tiada bil elektrik yang perlu dibayar, aku tiada suami yang perlu masak special special, aku tiada lemak di lengan (wing) yang perlu di'tone'kan. Banyaknya masa....


Why not la kita bekerja keras semasa muda ni, badan tengah kuat, kulit masih tegang, mata tak rabun lagi. Why not sabtu ahad masa umur 20-an ni kita utilize sehabis baik, esok masa dah ada anak boleh spent time dengan anak. Masa dah tua, sabtu ahad sepatutnya di rumah bukan nya sibuk cari sales sana sini, buat OT sampai ke malam. Tah tah ada orang sampai bercucu pun masih bekerja siang malam.


No no aku tak nak macamni! Kalau boleh lepas kawen kerja pun tak nak. Nak jaga anak sendiri, anak basuh kain sendiri, nak masak sendiri dan tengok anak membesar (plus laki men'tua') depan mata. Kalau boleh nak jadi businesswoman yang berjaya. Nak pantau bisnes dari rumah je sambil tengok TV dengan anak. Wah kelas kau berangan.


Sebab tu aku berniaga sikit sikit sambil belajar ni. At least dah ada tapak. Berpeluh-peluh juga nak mula berniaga ni kan. Sampai termimpi mimpi. Sampai ada simptom stress sebab banyak fikir. Mana nak belajar mana nak uruskan customer. Tapi... hehe tak ada lah teruk sangat. Saja sembang. Alhamdulillah. Walaupun tak ada pendapatan macam orang yang dah bekerja, duit hasil bisnes bolehlah tampung nafsu perempuan yang suka membeli belah dan bercuti. Baru2 ni bercuti dengan famili ke Vietnam. Alhamdulillah semuanya tampung sendiri kecuali yang minor-minor tu Papa ada topup sikit. Mama pun ada pinjamkan sikit sebab nafsu perempuanku yang bergelojak tatkala melihat banyaknya kain cotton di Pasar Bin Tay, Vietnam. Gila kau kalau tak beli.


Aku juga tak pernah dapat PTPTN penuh sejak dari degree dulu. So perbelanjaan tak macam orang lain. Kena berjimat. Tak ada majalah setiap bulan, tak ada novel cinta memenuhi rak buku, tak ada alat make-up, tak ada BB cream macam orang lain. Tapi InsyaAllah, bila aku tua nanti aku nak rumah, harga, credit card, percutian ke eropah setiap tahun dsbg. *muntah*


Tak apa... berangan dulu. Nanti kita usahalah.


*sambung balik terlantar atas katil :P*


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

5 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah dh ada bisnes sendiri..
rasanyer unutng2 tolak tepi dulu..
janji kita puas hati dpt berjaya sampi cmni :)

dh tua br best nk rehat..
rehat ngan cucu2 nnti..
haha..
rehat skarang apa ada kn :p

Unknown berkata...

hebattt memang hebat. tahniah tahniah sbb mampu berdikari sendiri.mcm tu lah belia wawasan :)

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Nikmat sihat kekadang kita lupa. :(

Tanpa Nama berkata...

bagus nye pemikiran kamu ye :)

yayanlalah berkata...

wah bestnye boleh shopping kain kat vietnam lagi tu =)