01 Mei 2012

Duit oh Duit - Tips Pelajar PTPTN

Assalamualaikum, 


Sejak jadi pelajar postgraduate ni, pengurusan kewangan semakin merosot. Punca pendapatan banyak, berganda dari zaman undergraduate dulu, tapi simpanan nya nan hado. Saya dapat simpan rm100 sebulan sahaja, yang lain joli katak. Joli kat mana pun saya tak tau, sebab dari dulu nak beli handbeg, kasut sukan, tshirt zumba, tapi sampai sekarang tak beli beli. Duit tetap habis.


So tadi saya ada baca buku tulisan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir. Bagus betul bukunya yang bertajuk KE MANA WANG ANDA?


Segera saya mencari panduan untuk pelajar IPTA. Banyak tipsnya.


1. Tabungkan 20% yang diterima awalnya.
Hmm yang ni aku dah buat... so rm100 aku asingkan dari pemberian PaMa.

2. Beli polisi takaful untuk memberi perlindungan jika terjadi kemalangan pada diri.
Serius, mana cukup duit aku nak beli insuran. Tunggu kerjalah.

3. Guna kad prabayar untuk talian bimbit dan hadkan penggunaannya.
Iya, aku masih belum ada seru lagi nak tukar postpaid. Leceh!

4. Elakkan makan luar berlebihan.
Sebenarkan aku kena elakkan keluar dengan rakan rakan yang dah berkerja. Hehehe. Aku tak kerja lagi tapi try too hard nak ikut rentak diorang. Mana boleh!

5. Sesekali makanlah roti untuk menjimatkan wang.
Aiyak! ini lah paling aku tak tahan bab makan. Aku rasa duit aku banyak habis kat makanan je. Lepas ni aku cuba ikat perut.

6. Untuk riadah elakkan daripada pergi main bowling atau menonton wayang atau karaoke. Sebaliknya pergilah main badminton atau berjogging.
Hok ni aku setuju, tapi tu lah kawan kawan aku suka sangat tengok movie dan karaoke. Tak boleh jadi ni.

7. Amalkan puasa sunat sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.
Nak mulakan tips ni mulai bulan Mei. Amin...

8. Lakukan kerja sambilan seperti menjadi wakit takaful, lebih lebih lagi sewaktu cuti semester.
Maaf yang ni aku memang tak ada bakat.

9. Buka akaun berasingan untuk tabungan anda yang TIDAK ADA KAD ATM.
Semestinya mama dah buat akaun Tabung Haji, aku sendiri ada ASB dan akaun bank Islam pulak aku suruh orang lain simpankan.


Insyallah dengan tips ini, saya akan berjaya menguruskan kewangan saya setiap bulan. Bukan apa, dah teruk sangat dah ni. Merepek betul lah kan kalau sehari boleh habis rm100, lainlah kalau saya anak datuk tan sri yang dipertuan ke hape. 


Oh ya cakap pasal PTPTN nasib baik aku berhutang 8k aje, belum masuk bunga nya lagi. InsyaAllah dah kerja nanti aku bayar.


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

3 ulasan:

NIZAM berkata...

mkn roti? mslhnye kalo mkn roti nak mkn roti yang kat bakeri tu je. HAHAHA. ngade gler kan. nak chickeb floss la. egg tart la. :p sama la, byk duit abes bab makanan. taktau la kenape. tp mak sy ckp: duit abes utk mknn takpe, jgn joli benda lain cth hisap rokok.

Yuyu Suwit berkata...

haha..nice entry..samela kite..sye follow sini yep..saye baru dalam dunia blogging..follow sekali jom ! =)
http://noridayumohamad.blogspot.com/

Harith Iskandar berkata...

pengurusan kwangan dr mula mmg penting ,gunakan sebaik2nyer ya duit tu :)