11 Mei 2012

Updated : Penjelasan Dari Perakam Video Baby Didera

Assalamualaikum, 




Lihatlah gambar baby ni, sedih Allah saja yang tau. Kita yang dah besar ni pun tak pernah dipukul sampai masuk hospital bagi. Tiup wayar bertampal sana sini. Ya Allah...




Tiada siapa yang suka baby. Malah ibunya pun pasti sayangkan baby ni. Percayalah. Kalau dia tak sayang pasti dibunuhnya baby ni selepas dilahirkan. Tetapi bila syaitan menguasai diri, tiada kekebalan di hati, semua yang buat tidak rasional. Kucing kita nampak macam singa, cacing kita nampak macam ular.




Kita doakan adik baby ni tidak trauma sampai ke besar, Kita doakan si Ibu yang bakal keluar penjara sudah insaf, kembali mencinta babynya yang comel ini. Amin.


Latest Penjelasan dari Perakam Video
Source : MyNewsHub
Video klip seorang ibu mendera anaknya yang berusia 10 bulan yang menjadi topik panas beberapa hari lalu telah mengundang marah banyak pihak bukan sahaja ke atas wanita berkenaan, namun juga terhadap perakam klip itu.
Ramai yang begitu marah mengapa tukang rakam terlepas dan hanya ibu kanak-kanak berkenaan dikenakan hukuman penjara 18 bulan.
Disebabkan simpati terhadap anak kecil terbabit, maka boleh difahami mengapa ramai antara kita yang tersinggung dengan keadaan itu.
Namun, laporan muka hadapan akhbar paling terkenal dan pilihan ramai pembaca di negara ini, Harian Metro memperjelaskan bahawa perakam berkenaan, Noor, 30-an adalah sebenarnya penyelamat kanak-kanak itu, bukannya seorang individu yang suka-suka merakam kejadian.
“Saya rakam semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana sudah tidak tahan lihat bayi itu kerap dikasari ibunya,” katanya seperti dilaporkan akhbar berkenaan hari ini.
Kes penderaan itu berlaku Mei tahun lalu di Petaling Jaya dan ibu kanak-kanak itu telah dipenjara 18 bulan manakala kanak-kanak itu kini selamat dan diletakan di bawah jagaan keluarga angkat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan keadaan kanak-kanak berkenaan dan berkata dia kini lebih ceria dan tidak trauma, bertentangan daripada apa yang disebarkan individu tertentu melalui laman sosial Facebook dan Twitter.
Selanjutnya Noor berkata, tujuan dia merakam klip itu adalah sebagai ikhtiar terakhirnya untuk menyelamatkan bayi berkenaan.
“Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya. 
Noor menjelaskan, ketika kejadian itu, dia berpura-pura memegang telefon bimbit kononnya untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), sebaliknya merakam kejadian itu untuk dijadikan bahan bukti kepada pihak polis. 
Katanya, ketika itu, dia ada meminta anak perempuannya yang berusia 9 tahun agar mengambil bayi berkenaan, namun anaknya itu juga dipukul wanita berkenaan yang dikenali sebaga Ira.
Melihat keadaan itu kata Noor, selepas hampir lima minit dia menghentikan rakaman dan bergegas mengambil bayi Ira lalu membawanya masuk ke bilik lain sebelum menguncinya dari dalam. 
Noor kemudiannya menghubungi seorang rakan dan memintanya membuat laporan polis. Kira-kira satu jam selepas itu, polis tiba di rumahnya dan menahan Ira. 
Noor menjelaskan, dia telah berulang kali menasihatkan Ira sebelum kejadian berkenaan agar jangan menjadikan anaknya sebagai tempat untuk melepaskan geram. 
Ira dikatakan bertindak ganas akibat tekanan hidup terutama selepas ibunya meninggal dunia tahun lalu.
Selepas Ira ditahan, Noor sendiri telah menjaga kanak-kanak berkenaan selama tiga minggu sebelum diserahkan kepada JKM.
Noor juga memberitahu, bukan dia yang memuat naik klip berkenaan ke mana-mana media sosial kerana rakaman itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa sebelum ini. 
Nampaknya ramai antara kita telah tersilap dan buruk sangka kepada Noor sedangkan kerana dialah kanak-kanak itu selamat.
Kami di Mynewshub memohon maaf jika ada kesilapan dalam laporan kami kepada Noor dan rasanya pembaca yang mungkin meluahkan perasaan sebelum ini juga harus berbuat perkara yang sama.


Hmm nasib baik la selepas saya tengok video ni, saya tak maki maki terus si ibu dan si perakam. Saya tunggu sahaja berita seterusnya sebab nak tahu sangat kisah di sebalik kejadian ni. Semoga menjadi teladan buat kita. 


XOXO, Azza Azman
Jika Sedih Jom LIKE

4 ulasan:

Bobo berkata...

kesian baby tu.. harap2 skrg ni baby tu sihat.. mak die tak lama lagi keluar penjara, mcm mana lah nasib die nnt..

maszull berkata...

assalamualaikum azza...kesian dgn baby tu terpaksa menjadi mangsa keganasan ibunya sendiri...moga2 ibunya dpt hidayah semasa tinggal di dlm penjara tu...:)

naim berkata...

:(

kesian baby 2.

Namee Roslan berkata...

sedih la tengok baby tu.. :( serious kejam gila perempuan tu.