05 Oktober 2012

Saya Pun Ber'Dejavu Di Kinabalu' Juga!


Assalamualaikum, 


Hai. Saya nak cerita ni. Cerita yang dah lama tapi excited jugak nak cerita. Saya pergi mendaki Gunung Kinabalu tau. Best sangat. Tak terkata la best dia.  Adakah sebab saya sampai ke puncak Gunung Kinabalu atau sebab saya dapat pergi secara free? Ha itu yang kita nak rungkaikan sekejap lagi.


Flight pada pukul 7.50 pagi, jadi malam tu kami beramai-ramai tidur di kuliyah (faculty) sahaja. Ada yang lepak di surau, dan ada yang lepak di Urban Lab. Lecturer kami tak bagi pergi sendiri ke LCCT. Takut jadi macam kes ke Sarawak dulu. 7 orang tertingal flight! Termasuk saya T____T.


So bila sampai sana kami dah asingkan barang kami kepada dua beg. Satu beg letak kat rumah salah sorang kawan kami. Satu lagi beg bawak ke Kinabalu National Park. Yelah tak kan nak bawak beg roda tengah tengah hutan kan? Jadi memang kena mengamalkan konsep minimalis la sebab beg tu lah kita nak bawak sampai naik atas gunung tu.


Setelah memindahkan barang kedalam kereta Nuralim (kawan kami yang duduk di Kota Kinabalu) kami terus naik bas untuk ke Kinabalu National Park. Dalam perjalan ke Kundasang, sempat singgah di 3 tempat iaitu, Jambatan Tamparuli, Rumah Terbalik dan One Borneo Shopping Complex.



Inilah Jambatan Tamparuli yang marsha mila london dok nyanyi tu. Tak tau la samada jambatan ni memang terkenal sampai dibuat lagu atau, lagu yang memperkenalkan jambatan ni. Saya tengok sepanjang perjalanan macam banyak lagi jambatan yang serupa.

Ini pulak rumah terbalik. tak masuk dalam pun. Tangkap gambar dari tingkap bas saja. Penat ler dari semalaman tak tidur. Biasalah kan orang selalu bersiap last minit memang takkan cukup tidurnya. 




Dalam pukul 4 petang barulah sampai di Timpohon Gate. Kami lapor diri di sini, bersiap siap pergi tandas dan again, kami cuba meminimakan barang kami sekali lagi! Aduh tshirt, seluar, shampu semua saya tinggalkan. Kumpul semua barang dengan kengkawan lain dan masukkan dalam plastik sampah. Hehe. Mujur boleh simpan barang disini.


Entrance ke Timpohon Gate (Kinabalu National Park) ni memang cantik sangat. Tetengah pergunungan, dengan tangga tinggi ke atas. Ish rugi tak sempat snap. Gara gara punggung pemalas nak bangun keluar dari bas. So kita snap dari dalam dapat tengok dua orang  pakcik ni je.

Segala projek pengasingan barang kami lakukan dalam surau. Sungguh tak sopan. Tapi takpe, kat luar sejuk. Lagipun kang barang tak sepatutnya lelaki nampak kalau buat kat lobi.

Dalam plastik hitam ni barang saya sahaja harap maklum. Bayangkan kalau nak pikul semua ni bawak naik gunung. Pengsan. Telekung juga tinggalkan. Pakai stokin saja sudah memadai.

Ini lobi di Timpohon Gate. Urusan pendaftaran dan lapor diri di sini kot. Tah la semua orang yang uruskan. Saya tau ambil gambar sahaja. tak sedar diuntung. Dah lah datang free.




Kemudian, tunggu sana tunggu sini, perut semakin lapar. Group lagi satu tak kunjung tiba. Kami mintak kebenaran lecturer nak gerak dahulu ke Mesilau Resort. Perut dab berkeroncong lagu asli. Kami tidur di situ sebab kami mendaki ikut trail alternatif . Lebih 2km dan lebih mencabar. Kononnya. *wink wink*

Sebaik tiba dia Mesilau resort. Cantik cantik! Dalam penjalanan ke sini, tak berkelip mata pandang pemandangan. Even longkan pun cantik! Longkang dia macam anak sungai sebab berbatu bulat macam batu sungai tu, pastu air jenis mengalir. tepi longkang penuh tumbuhan bunga segar. Rugi tak snap!

Kabus!

 Motif ambil gambar kepala? Sebenarnya nak amik gambar puncak gunung belakang tu tapi penuh dengan kabus.

Dihadapan lobi Mesilau Resort. Bunga dan pokok dia merimbun. Ish cantik la.

Hutan dia lain macam. Cantik semacam. Mama sempat sms, "sebab itu la orang panggil Sabah negari di bawah Bayu"

Cantik ler gunung gunung disekitar. Orang lain semua berjaket bagi. Saya ke satu lapis tshirt T_T.
Ini lah sebahagian group X-Pert (X-treme Planners Explorer & Recreation Team) Ecececeh!


Awek Kundasang! Love their skin. So flawless. Target nak neli rumpai laut la sebab nak kuilt macam diorang :)

 Kunci! *sila menjerit*

 Lobi! *sila menjerit*

 Gambar! *sila menjerit*

Sebelum masuk bilik, dengar sedikit briefing dari lecturer kami. Aduh sesak nafas nak naik ke kawasan bilik. belum mendaki lagi ni.


Ini restoran Mesilau Resort. Restoran dia pun cantik. Tapi tak dapat dijelaskan dengan gambar. Tukang ambil gambar tak pro nak buat macam mana...

Waktu sejuk. Naik ke tulang. Tapi bila pekena Stimboat perghh, tak ingat sejuk dah. Rasa nak lepak je kat restoran lama lama. Nasi goreng dia sedap semacam. Sebab kami kelaparan kot.

Masa makan ni kami konfius sekejap. Ada yang nak taruk telur terus dalam steamboat tu dengan kulit kulit sekali, ada yang nak pecahkan terlebih dahulu. Aih macam macam cara ye. Ikut saya, pecah la dulu kan. Kulit tu kotor hihi.





Ni bilik saya. Adeh kalau tau tak adalah bersusah payah bawak towel dan toiletries bagai. Buat berat beg je. Semua dia dah sediakan dah. Shaver pun ada. Eh.

Selesa. Tak macam nak naik gunung pun. Tak perlu berkhemah ye kengkawan. Tak perlu masak nasik dalam tin!


Abaikan muka putih melepuk berbanding tangan. Baru mandi pagi haruslah berbedak uolss..

Ni tangga nak naik ke bilik. Ada dua bilik di atas. Setiap bilik 2 katil single. DI bawah ada satu bilik dengan katil kelamin, dan ruang rehat. Ruang rehat/tamu yang ada sofa, TV dan peti ais. Cukup lah.

Ni Chalet Edward Peak. Not sure yang ini ke sampai beribu-ribu bayarannya unutk semalaman. Tapi jenis ni memang cantik.

Dari sarapan dan restoran ke Gate Mesilau trail. Trail yang kami ikut untuk ke puncak! Trail ni lebih 2KM dari trail biasa.

Buffet kami untuk sarapan. Memang harapan la daki gunung nak bagi kurus. Asyik makan je. Makanan pulak sangat la banyak.

Restoran kami di atas anak sungai. Tenang sangat suasananya.

Ini pulak bekalan yang resort sediakan untuk lunch semasa dalam perjalanan ke atas. Saya buang bekas dia ni, sumbat semua dalam beg. Pisang tu dah jadi pisang lenyek akibat disumbat dalam beg. 


Gambar beramai-ramai selepas briefing dari porter dan tour guide. Kami bergabung sekali denga group MIP. Iaitu persatuan perancang bandar malaysia. 




Nanti ada masa saya sambung lagi ya. Panjang lagi perjalanan ke puncak ni... :)

XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

5 ulasan:

Unknown berkata...

nk jerit jugak...huhu pasal xajak kite org g naek kinabalu..huhuhu :)

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam azza.

bilik dia sangat besaq.. hehe

http://pemudattbc.blogspot.com/2012/10/kita-adalah-hamba.html

Unknown berkata...

bestnya dia pergi sana...

ril3x berkata...

hingga kini masih menyimpan cita2 kesana..

Namee Roslan berkata...

seronoknya azza! kalau namee, namee semput dah kot. hehe. tapi teringin gak nak daki.