20 Mac 2012

Otak Bila Kurang Kerja

Assalamualaikum,


Otak bila kurang berfikir, kita akan rasa penat. Siapa kata tak penat? Macam badan juga bila asyik rehat dan tidur sahaja, badan terasa lemah, pening-pening kepala dan  rasa penat. Lepas tu mulalah kita sambung tidur lagi kononnya tak sihat. 


Sama dengan otak. Bila kurang berfikir secara kreatif, matang dan berilmu, otak jadi sempit dan kurang berfungsi. Bila kurang berfungsi, apa yang kita fikir bakal terluah di mulut, yang keluar dari mulut pula akan jadi pointless. Saya rasa mesti korang semua pernah mendengar orang sebegini, yang bercakap tak tau butir bicara kan? Ini maknanya otak kurang bekerja. Dia biar mulut saja yang berbicara.


Saya pun macam itu juga. Bila kurang membaca, berkerja, senam atau pun kurang bergaul, saya tak reti nak cakap apa sebab otak lemah berfikir. Butir bicara jadi tak tentu arah dan pointless. Kalau orang dengar bila kita bercakap pun sekadar menjaga hati atau perasaan hormat saja. Not more than that.


Salah satu kesan buruk dari otak yang kurang bekerja adalah terfikir jauh menyimpang dari maksud asal. Ia sangat memberi kesan negatif kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Sebagai contoh bila orang cakap A, dia faham B. Ini dah terlebih kreatif jadinya. Bila orang ajak pergi bersenam, dia kecil hati sebab dia fikir "eh azza ingat aku gemuk sangat agaknya, kot ye pun jangan lah perli sampai ajak aku pergi jogging...sob sob sob". Kan dah rugi, hati sakit, makan tak lena, tidur tak kenyang, mandi tak pandai *ayat bila otak malas bekerja*.


Kesan sampingan yang bakal menyusul adalah, kurang keyakinan diri, mudah salah faham dan bersangka buruk pada orang lain. Ini lah petanda orang yang berfikiran negatif. Lihat! Ia bersangkut paut bukan? Bila berfikiran negatif, badan juga tidak sihat, kerja tidak menjadi, pergaulan terbatas dan macam macam lagi.


Lebih memburukkan keadaan, dengan teknologi semasa, kita tak perlu lagi mengusulkan ceramah, menghantar cerpen/artikel atau organize pidato untuk menyampaikan pendapat. Dengan kemudahan medium sosial seperti twitter, facebook, dan blog, seseorang itu dengan mudah boleh menyampaikan pendapatnya sendiri tanpa perlu ditapis editor professional.


Setiap dari kita mempunyai tahap akal yang berbeza-beza. Mana yang bagus, baguslah. Kalau bagi yang 'otak kurang bekerja' tu bagaimana? Mulalah bergaduh sesama sendiri di facebook, atau istilah popular sekarang 'meroyan' seorang diri di twitter. Maklumlah benda ini bukannya privasi seperti buku diari pada zaman dahulu. Semua orang boleh baca. Kalau ada 400 follower, 400 orang boleh adili betapa dangkalnya akal fikiran kita.


Jadi, marilah kita mengasah otak (akal) kita, biar tajam. Hasilnya akal yang tajam akan membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka. Kelebihan lain yang bakal dinikmati adalah akan dihormati rakan-rakan, dipandang tinggi, kerja berkualiti dan mendapat pahala daripada Allah swt. InsyaAllah.



 XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

4 ulasan:

ZAIDAHTUL AKMAL berkata...

Sangat2 setuju dengan entry di atas.... terbaek.... (mau asah otak ngan belakang lesung batu jap)

Unknown berkata...

wahhhh mcm pakar motivasi...gud job azza! mcm lama xbetanang je kat sini/....

maszull berkata...

assalamualaikum Azza...jom2 kita asah otak kita cpt2...:)

Namee Roslan berkata...

otak namee makin parah..kalau nk cergaskan otak...kena sentiasa baca dan kalau ada time melukis. :)