24 Oktober 2012

Manusia yang Sukar Mandi

Assalamualaikum, 


Masih ramai yang 'sukar' mandi walaupun umur dah besar panjang. Memang ada yang tak cukup panjang dari segi ketinggian seperti saya tapi ada benda lain yang sudah panjang.... Akal panjang misalnya. 


Mandi, benda yang cukup susah nak buat lagi lagi dah malam sejuk ke tulang. Walau duduk di Key Ell je bukan Cameron Highland pun tetapi perangai ini memang sukar diubah walau usia menginhak dewasa. 


Ada banyak faktor yang membuatkan seseorang sukar mandi misalnya faktor budaya, keluarga, agama atau faktor kekurangan kesedaran kebersihan di dalam diri. Faktor ini bolehlah dimaafkan, kerana saya ada rakan rakan dari luar negara yang berasa bingung apabila melihat kami (Melayu) gigih mencapai bakul mandi walau jam sudah mnunjukkan pukul 10 malam dan hujan turun dengan lebat. Kami jawab je 'its refreshing!'.


Ini kerana memang budaya mereka hanya mandi bila perlu sahaja. Saya sendiri pun tak tau bila perlu tu bila. Sebab bagi kita, setiap hari paling kurang kenalah mandi pagi dan petang. Paling kurang.


Tetapi faktor malas adalah faktor yang tidak relevan. Biar malas baca buku tapi jangan malas mandi! Hah amikkau peribahasa baru. Kalau melayu, melayu juga jangan bajet negrito! Peribahasa lagi.


Marilah kita mandi dengan kadar segera apabila balik ke rumah jikalau sudah seharian melakukan aktiviti di luar rumah. Jangan dibiarkan sampai ke pagi dengan busuk belengit baju itu. Euww... Berehat sebentar tidak mengapa (sebab saya pun buat hehe) tapi please mandi before masuk tidur.

Katil itu sepatutnya bersih, janganlah dipalitkan kotoran di badan ke katil pula. Nanti tumbuh jerawat belakang badan, harus keluar duit pula untuk merawat. Badan juga harus 'bersih' dari anasir luar seperti 'benda halus' yang selalu hinggap di badan yang kotor. Biasalah benda kotor dia memang suka.


Tetapi ada juga yang ada masalah kesihatan atau takut nak ke tandas. Basuhlah badan dengan kadar sekejap, atau lab badan dengan tuala basah. Paling koman, lap ketiak, leher dan seumpama supaya kotoran tidak sebati dengan kulit.


Cuba bayangkan ada sos tertimpa di baju korang, adakah korang akan menunggu sampai eso untuk dicuci? Tidakkan? Mesti cepat cepat cuci di singki restauran. Tak hilang banyak, hilang sikit pun jadilah sebab nanti kalau dah lama lagi susah nak hilang. 


Macam itu jugalah dengan badan kita :)


XOXO, Azza Azman
Jom LIKE

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haip. terasa i :)

Muhammad Naim Abdullah berkata...

hehe

pedas tapi betul la 2. hehe

selamat hari raya azza.. lama x mai sini. heehe

Alia Natasha berkata...

selamatt alia rajin mandi .. hahhaa

syakirahmn berkata...

tu orang bukan mesia masam masam kalau lalu tepi depa -,-

Namee Roslan berkata...

hehe. sentap sentap sbb diri sendiri pun sama. :P hehe