31 Mei 2012

Perangkaan Hadiah Kawen

Assalamualaikum, 


Habislah kena hempuk kalau ada sedara mara baca entry ni. Ampun kan akak ye. Akak tulis ni sebab berangan je dan nak hilangkan boring tatkala buat assigment.


Ini lah dia nya, selepas baca entry Peej time dia bukak hadiah kawen dia tu, berkobar-kobar saya menulis pasal hadiah hadiah yang diidami kalau kawen jap lagi.


Mati lah mati lah...orang tua tak suka sebut pasal kawen mawen ni.
Lagi lagi nenek i cakap gatal tau kawen muda ni. Ececece... dia kawan umur 13 ke bape tah boleh la plak. Comel kan nenek saya. Hik hik hik.


Okay let's start now. Mari kita tengok hadiah yang diidami dan tak diidami oleh Puteri Azman ni.

Television
Huh kalau dapat ni baguih na. 
Nak yang Plasma LED tu tau. 
Iya iya memang la mahal tapi kalau satu ofis kumpul duit okay apa.


Set Cawan & Pinggan
Hmm sebenarnya tak perlu sebab hmm....
Saya ada citarasa tersendiri dalam bab pinggan mangkuk ni.
So dari beli sikit sikit sbb setiap tetamu beli lain lain corak.
Baik bagi angpau je kot. Dengan angpau itu saya boleh beli set cawan sendiri.
Tapi! Tapi! Tapi kalau nak bagi jugak, beli yang plain white je. Senang nak matching gitu.


Barang Hiasan
Barang hiasan pun tak perlu.
Yela kot kot kang ada yang bagi konsep modern, ada yang bagi konsep Bali.
Keliru jugak nak letak kat mana pas dah beli rumah nanti.
So, kalau nak senang, beli je apa apa yang plain white atau yang transparent colourless.
Demand tak akak? Matilah aku takde sapa datang majlis aku karang..


Kain Cadar
Berguna jugak ni.
Tapi kalau tak tau corak apa yang saya suka.
Beli je yang plain white. 
Asrama pun asrama lah.
Tapi yang Ikea atau Ausino lah bahahahaha..


Peti Ais
Ish sapa tak suka kalau dapat peti ais.
Jimat dah gaji sebulan somi isteri.
*verangannya saya macam vangang je kan*
Hmm adik beradik papa yang lagi 6 orang boleh lah kumpul duit untuk beli peti ais.
Yey yeay peti ais yeay yeay peti ais!


Perfume
Hmm yang ni boleh dipertimbangkan.
*bajet retis pulak nak timbang timbang*
Bagi le perfume jenama apa pun. I suka.


Barang Elektrik
Sangat sangat diidami oleh manusia sejagat yang baru kawen.
Sebab barang elektrik yang banyak pilihan, konsep bagai.
So senang lah kan.
Tak kira lah blender tu color apa asalkan boleh blend bawang.
Kalau 10 tetamu nak bagi blender yang sama pun tak apa.
Sebab berguna sesangat.


Buku 
Boleh jadi buku masakan macam Peej dapat tu, atau buku motivasi yang Fasha Sandha dapat hantaran dari encik suami dia. Berguna juga ni. Saya minta buku buku boleh buat hiasan almari... *erkkk?*


Handbag & Kasut
Handbag nak. Kasut kang dia tau ke saiz berapa?
So hadiahkan lah patik handbag but no kasut masut.
Lagipun kasut ni kena try dulu sesuai ke idak...


Kain Pasang
Sangat best kalau dapat kain pasang.
Lagi lagi dapat dua pasang untuk somi isteri.
Boleh pakai raya tahun seterusnya.
Tapi jangan lah bagi dua dua corak munge munge.
Pengsan lah saya kalau tengok somi pakai baju melayu corak munge munge.


Perabot
Biasanya saudara yang terdekat lah bagi benda yang besar gedabak ni.
So adik beradik mama yang lagi 9 orang tu bagi lah i perabot plzzzz...
Nak yang konsep modern color putih sahaja okes?
Tak mau lah konsep baba nyonya ke, bali ke, kayu jati je, english serabut bunga tu ke.
Just plain white, macam biasa.


Angpau
PERLU sesangat.
Diidami oleh manusia sejagat jugek.
Sapa tak mau duit kan.
Boleh lah cover makan minum somi isteri selepas kawan.
Tak pun cover duit yang somi isteri dah keluarkan untuk majlis kenduri.
Dengan berkat duit duit dari tetamu ni, boleh lah somi isteri meneruskan kehidupan selepas kawen dengan lebih mudah. Tak ada lah rasa terbeban sangat sebab berhabis duit simpanan.


Apa apa pun tepuk dada tanya selera. Ini cuma berangan sahaja. Jangan lah pening pening sampai tak mau datang majlis saya nanti. Huhu. Tapi tu lah kan kalau tak tau nak beli hadiah apa. Angpau dialu-alukan. Sekian.


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

3 ulasan:

nabila faryzza berkata...

hahaha. amboi, mintak tv LED tu. :D

Muhammad Naim Abdullah berkata...

hebat la azza haha

kalau naim pulak, nak laptop . haha

Jay berkata...

wah siap buat perangkaan lagi pasal hadiah??hehehe...nak Jay tolong buatkan penyiasatan pasal hadiah kawin apa yang paling bnyak diterima??hahaha