26 September 2012

Penasihat Menasihat

Assalamualaikum,


Dalam seminggu saya di dalam dilemma, memprotes diri sendiri dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihidapai adik saya. Beliau yang sebenarnya yang seharusnya keliru, bukannya saya. Tapi adik beradik, cubit peha kanan, peha kiri pula yang lebih terasa. Apa-apa pun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Masalahnya simple sahaja, bagi sesetengah orang. Beliau ada dua pilihan untuk menyambung ijazah. Sama ada ke Unisel (IPTS) selama dua tahun setengah sahaja atau ke UPM (IPTA) tetapi mengambil 4 tahun lamanya. Beliau yang sudah berusia 21 tahun sungguh lah terasa. Umur 25 baru habis degree sedangkan saya insyaAllah memiliki ijazah sarjana. Eh?


Bukan dia yang terasa sebenarnya saya kot. Okay back to main point. Unisel walau 2 tahun setengah sahaja, tetapi ia IPTS dan mengenakan yuran yang sedikit mahal. Berhutang pun mahal. Course pula sama dengan course semasa beli ambil diploma dahulu which is Bioteknology. DI UPM kursus yang ditawarkan adalah kursus Perhutanan yang mempunyai sedikit kaitan dengan Bioteknology. Boleh lah awak jadi pengarah kat FRIM nanti kan ^_^ ameenn...


Apabila beliau meminta pendapat daripada saya, saya pula yang keliru. Dalam hati saya cuba 'berada dalam kasutnya'. Saya pilih UNISEL! Sebab saya fikir, umur 23 dah habis degree, kemudian masuk ajalha IPTS mana mana untuk menyambung master. Tapi saya tidak 'menghasutnya' begitu. Saya tidak tau kemana minatnya (walau dia dah sebut, mulut tak sama dengan hati), apa plan dia, dimana kesanggupan dia, di mana semangatnya. Saya memilih untuk mencari pros and cons setiap pilihan itu. Dan akhir sekali dia juga yang harus buat keputusan. Dia yang pilih UPM. Bukan saya. 


Begitu lah sebagi penasihat. Kita hanya menasihat. Bukan buat keputusan. 


Teringat kisah si Hammam penasihat Raja Firaun. Beliau bukanlah menasihat tetapi menghasut mengikut nafsunya sendiri. Beliau yang membuat keputusan. Sudah terdetik di sanubari Raja Firaun untk memeluk agama tauhid. Semalaman beliau berfikir dengan kata kata Nabi Musa a.s yang membawa berita suci tentang Tuhan yang satu. Tetapi atas nasihat yang salah dari si Hammam, beliau sebaliknya mengarahkan Nabi Musa dibunuh kerana termakan dengan hasutan bahawa Nabi Musa itu sendiri mahu merampas tahtanya. Begitulah kuatnya kuasa penasihat. Jika Hammam menasihatnya dengan betul, bukan nasib raja Fiaun sahaja yang berubah malah satu sejarah besar dunia!


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

8 ulasan:

ku-cit berkata...

keputusan dah dibuat, so yg pnting skrg kt support je dia...

Azzam Fadzil berkata...

apa2 pun sebagai ahli keluarga kite kena sokong die.. mmg susah nak buat keputusan tambah2 demi mase depan..

hehe senyum selalu..
meow singgah sini ye ^_^

Mar Mansor berkata...

ucapan tahniah buat adik..

shafiqabdshukor berkata...

x kisah ape pun.. kn la spport each other..

Tanpa Nama berkata...

pilihan terletak pada istikharah kita .. buatlah dengan sebaiknya .. InsyaAllah .. bantuan dari ALLAH hadir untuk setiap hamba-Nya

ril3x berkata...

jadi apa keputusan muktamad?...yang penting support..minta dipermudahkan..

Namee Roslan berkata...

Azza sambung mana Azza ? :D apa2 pun bet of luck. solat istikharah jangan lupa untuk pilihan terbaik :)

Wan berkata...

silalah lawati blog nie untuk koleksi dress chiffon yang menarik :) http://koleksibajudandresswan.blogspot.com