08 Disember 2011

Blog Serius SudahTercemar T___T

edited : sebelum anda membaca entry ini, sila take note yang ia ditulis pada 8 December 2011.



Salam, 



Blog gempak iaitu Blog Serius(gempak sangat 52 juta view okay) sudah tercemar pada penglihatan saya. Saya tak faham mengapa penulis Blog Serius membiarkan sahaja aura aura negatif berleluasa ni blog itu. Info infonya bagus, penuh dengan pengetahuan am yang kadang kala kita malas nak cari di surat khabar atau laman web luar negara, buka sahaja lah Blog Serius tatkala bosan membuat assigment. Pasti rasa terhibur.


Tetapi pada tanggapan saya, blog ini terus terusan memancarkan negatif, dengan komen caci maki antara komentator, dan kadang kadang kita lihat juga Obe sering tersalah informasi tentang pengetahuan Islam. Obe mempunyai pengikut yang ramai, indahnya kalau kelebihan itu digunakan untuk menyampaikan pengetahuan Islam yang sebenar.


Saya tak kata saya bijak pandai dalam pengetahuan Islam, tetapi kalau tak tahu baik tak payah buat-buat tahu. Jadi saya rujuk sahaja di I Luv Islam, dan blog sahabat saya blog Naim dan Tokwan. Pengetahuan islam mestilah merujuk Al Quran, Hadis dan ulama ulama. Bukan berdasarkan media barat yang sebahagiannya sering menyesatkan kita.


Saya selalu juga komen di blog itu, alhamdulillah tiada lagi kata kata negatif yang saya lontarkan. Malangnya baru baru ini, kata nasihat saya telah dibuang dari administrator blog itu. Pelik saya. Komen caci maki, menghina Islam, menghina Negara, menghina Melayu dari Anonimous kebanyakan nya diangkat untuk melariskan blog, mungkin. 


Ada juga komentator yang bijak dalam melontarkan pendapat, mereka tentu dari golongan yang baik dan pandai mengawal emosi. Kata kata positif berunsur nasihat, ilmu berguna dan berdakwah. Tetapi sering disalah erti oleh pembaca yang lain. Mereka kata, kalau nak berdakwah baik pergi surau atau masjid? Apa, memang ada tempat khas ke nak menasihat orang? Orang yang berada di masjid dan surau sudah tentu tergolong dari orang yang mahu menerima nasihat.

 


Saya kesal, seorang komentator yang namanya OBE (namanya mirip nama penulis Blog Serius) sering memberi pandangan buruk, perkataan carutan dan keji manusia lain. Saya tidak pasti adakah beliau benar-benar penulis Blog Serius atau menyamar sahaja. Kenapa penulis Blog Serius tidak memantau komen-komen beliau yang boleh menimbulkan fitnah? 


Lagi satu, mereka yang membaca Blog Serius penuh dengan hasad dengki kah? Penuh dengan pemikiran negatif kah? Walaupun terpaksa berkata pahit (pahit untuk sesiapa yang ego menerima kebenaran) saya pernah menjadi mangsa serangan komentator lain yang suka bergaduh. Pernah juga saya diserang oleh pembaca-pembaca Blog Serius di blog ini. Saya yang tidak pernah berselindung di bawah nama Anonymous, senang mereka mencari blog saya untuk membuat serangan balas. 


Ah bosan. Saya dah tak mahu baca Blog Serius lagi. 
Tercemar. Terlalu serius nampaknya.
Adios Blog Serius.


Tapi Itu blog orang. Masing masing ada hak nak tulis dan kontrol blog sendiri. Suka hati la memasing nak tulis apa kan. Termasuk la saya, dia atau korang sekali pun. Blog Serius best.  Thanks Obe. Tapi sudah tercemar T___T Wassalam.


edited : sekali lagi diingatkan anda yang membaca entry ini, sila take note yang ia ditulis pada 8 December 2011. dah lama dah cik senah oiii...

 




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

40 ulasan:

NIZAM berkata...

yeah! me too ms Cempaka Sari. masa mula2 saya jumpa blog Serius ni, rasa macam. whoa! macam best. sebab gaya penulisan dia tak sama. gaya indie kot dan banyak istilah pelik2 (atau saya saja yang kurang ilmu linguistik). tapi lama2 rasa macam ada something wrong. but i have no idea where is the wrong point. something likes you started to question.

Jay berkata...

Jay tak suka blog tu sebab cara mereka komen tu terlalu mencarut..memaki hamun antara satu sama lain..

Unknown berkata...

kadang2 sebelum kita nak bagi pendapat tu kenalah berfikir dulu

Jo Qusary berkata...

Ada sesetengah blog ditulis oleh lebih drpd dua org admin, mcm blog Darkbatman dgn blog Gentleman Frog... kemungkinan semasa penulis satu lagi takde, yg sorg lagi mulamenulis ikut sukati dia. Aku ada terfikir nak tinggalkan legasi blog aku kat org lain tahun depan... masalahnya aku tak jumpa lagi calon yg benar2 layak setanding Jo Qusary lagi...

Namee Roslan berkata...

namee kadang2 je buka blog serius. hehe. banyak berita pelik2 tu namee layan lah. kdang2 nampak jugak sesama tukang comment gaduh tikam lidah kat runag comment.

Rosalia berkata...

hurm.mgkn ada rahsia di sebaliknya. jom siasat.hahah jd spy plak.

Era berkata...

Kenapa sentap-sentap ni. *terus baca belog serius. :)

Rean berkata...

tula, caci maki tu xelok.. tp tak tahu lah ape objektif admin tu.. dia patut kawal benda2 mcm tu..huhu

Unknown berkata...

huhu.AT setuju dengan penulis.
tp,kalau nak atasi blog tu,kena lah buat blog yang lebih famous.
anyone up to the chalange?

Amalina Lee berkata...

Betul, kat blog serius banyak komen negatif dan anon. Tp, Lina baca je semua blog :)

ct N honey berkata...

mcm tu ke,saya jarang gi blog tu..

kamal berkata...

u know sarcasm and cara penulisan satira? what is satira? google it..blogserius ditulis dengan dua unsur ini..

kebanyakan pembaca blogserius mensalahtafsir cara penyampaian obefiend (penulis blogserius)

pernah kah anda membaca blognya yg lain F.O.A misalnya.?

berkaitan intipati agama. ianya ditulis dgn gaya penulisan kreatif. mengatakan R.I.P kepada org muslim yg mati contohnya. tiada yg salah. r.i.p itu sendiri bermaksud rest in peace. apa silapnya disana?. jgn terlalu jumud.

seperti yg anda ckpkan, anda merujuk kepada blog iluvislam. pernah kan anda ke blog kereta mayat?.lihat sendiri cara penulisannya.

kesimpulannya, kata-kata yg bermain dalam hati dan otak anda yg sebenarnya mentafsir kan sesuatu itu menghina agama atau sebagainya.

oh ya, bukan kah org malaysia ini tidak lari dari ayat makian? hatta ketika suka sekalipun. best siot! contohnya. lebih2 lagi kalau bergaduh dgn org indon di alam siber. masing2 berlumba siapa yg mempunyai ayat makian paling best.

Mr N berkata...

hahaha... dlam2 byk2 komen kat blog tu.. hanya u punya komen je kene removed... itulah yg membawa saya ke blog u.. neway.. blog tu memang dah serius tercemar.. hahaha adios

Abang Zam berkata...

komentarnya yang buat palat. obe cuma sampaikan apa yang dia rasa patut sampaikan. komentar yang lebih lebih

ambik je lah yang jernih. dah besarkan. enjoy reading sudahlah

Azza Azman berkata...

betul tu, komentar nya emo sangat lah... asik asik babi asik asik babi..


"Suka sebut "babi". Panggil-panggil orang dengan panggilan "babi". Nampaknya kau tersangat suka terhadap haiwan ini. Kasih sayang kau terhadap haiwan ini tidak sia-sia. Barangkali Allah akan MEMPERLIHATKAN KEPADA UMUM betapa kasih dan sayangnya engkau kepada haiwan ini di saat nyawamu bercerai daripada jasad nanti. Allahua'alam."


petikan dari seorang sahabat di facebook haha.

Tanpa Nama berkata...

open your mind please..

Azza Azman berkata...

KIPAS SUSAH MATI BLOG SERIUS tak habis habis dengan dakyah "OPEN MINDED". yeah i hv opened my mind by choosing what i'm going to read. how?

panadol berkata...

banyak komplen la korang, nk bce, bce je lar, xnak bce xya duk komplen panjang...

The Fakhirin berkata...

Mungkin pada blogger baru berkecimpung benda tu dianggap negatif...mmg komen ada yg negatif n ada yg positif...tapi skang OBE dh control daripada anonymous comment...itulah dunia blogger dulu2...

Tanpa Nama berkata...

xpun kn kalau rase nk informasi or berita2 best yg jarang dapat di baca di akhbar anda bole bukak blog serius..jgn bace n abaikan saja semua komen2 org tu...nk ilmu kn..so bce je la info2 nye..xperlu bace komen2 org kat citu :) sory..

LiN IBRAHIM berkata...

Saya stuju sangat psl artikel ni. Dulu mmg saya suka lepak blog obe, tp bl dh bab menampakkn unsur fitnah pd agama, sy dh x rasa nk g sana. Dulu respect kat dia tinggi sbb pnulisan dia terbaik, blog mletup, entri mmg hot n penuh info berguna, tp bl dh slalu nmpk something yg menghina agama, sy rs x sronok dh.. en KAMAL, mnurut komen en KAMAL kt atas ada betul jugak, tp obe x buta kan, bila org bnyk komen kritik psl sumthing yg leh hina n fitnahkn agama, knp dia x buang or bertindak? Kalau pun tu gaya tulisan, mcm org yang tak tahu psl penulisan tu apa benda, cuma tau baca, mcm mana? Apa kesan semua tu kalau org angguk jer benda yg tak betul dlm agama ke apa. Apapun, jgn marah yer fan obe yg komen kt sini. Sy xkisah. Kubur, dosa, pahala masing2. Thanks admin buat artikel ni. Sy ingat sy sorang jer berperasaan mcm awak. Aslkum. Peace no war

Durian Power berkata...

Untuk newbie yang baru berjinak dalam arena hack2 nih...mulakn dgn hack wifi..amacam???...lawat:
http://godamwifi.blogspot.com/
Tutorial ngan segala benda sume dh tersedia..tggal nk launch je...donlod laju berdesupp ngan UNIFI B-)

Durian Power berkata...

Untuk newbie yang baru berjinak dalam arena hack2 nih...mulakn dgn hack wifi..amacam???...lawat:
http://godamwifi.blogspot.com/
Tutorial ngan segala benda sume dh tersedia..tggal nk launch je...donlod laju berdesupp ngan UNIFI B-)

momotarepanda berkata...

saya tak lihat blog obe itu sebagai mencemar islam, he is just giving his point of view. ape yg diberi adalah fact. lagipun bukan salah obe klu komentar nk maki hamun... yg memburukkan blog tu sbb komentar je... tapi his blog is full of information.. sgt bagus... try reading FOA.. dh bace? it makes u think

Fauzan Halim berkata...

ala... biasa la kalau gaduh2... buat pa nak ambil tau pasal komen2 ni semua.. buat rilek suda... kalau hang ni baik sangat.. hang tak patutnya benci kat blog serius or mana2 blog... dalam Islam pun tak ajar kita benci membenci.. buat teruk la hang ni..

Fauzan Halim berkata...

ala... biasa la kalau gaduh2... buat pa nak ambil tau pasal komen2 ni semua.. buat rilek suda... kalau hang ni baik sangat.. hang tak patutnya benci kat blog serius or mana2 blog... dalam Islam pun tak ajar kita benci membenci.. buat teruk la hang ni..

Fauzan Halim berkata...

ala... biasa la kalau gaduh2... buat pa nak ambil tau pasal komen2 ni semua.. buat rilek suda... kalau hang ni baik sangat.. hang tak patutnya benci kat blog serius or mana2 blog... dalam Islam pun tak ajar kita benci membenci.. buat teruk la hang ni..

Nota-nota Mesin berkata...

sy pun pmbaca blog serius tp sy xpenah bc bhgian komentar pun..senangkn? hati pun tak sakit. pngetahuan pun dpt. tp awk xboleh labelkan SEMUA pembaca blog serius tu penuh dgn hasad dengki. hebat admin boleh scan hati org lain. saya mmg pembaca blog serius tp xpernah pun baca ruangan komen Dan meninggalkan apa2 komen malah komen2 diatas pun saya xbaca. jahat ke saya? saya terpanggil utk tinggalkan komen sbb stress tgk admin labelkan org sesuka hati..sekian.

Tanpa Nama berkata...

Yup.betul tu nota2 mesin.sy da lama baca blog serius tu.n hey, why are u so serious abt those commentators? Senang ckp mcm ni la.kita hidup dlm dunia ni ade mcm2 org.mcm2 perangai.admin ni jenis yg xsuka org terus benci ke ape? Klau rasa xsuka jgn baca ruang komen tu n jgn komen pn klau takut kne hentam dgn 'so called' anon2 keji tu. Sama la mcm komuniti.yg xelok kta cuba avoid.bukan keji n kata diorg balik. Who are you to judge other people? Im not on their side or what.but yea, as someone mentioned up there islam xajar kita benci membenci. Selagi blog tu xhina islam sy akan terus baca. Kebanyakan meleis nmpk keburukan je..cuba nampak ckit benda2 positive..xsuka jgn baca. Jgn terus nk label org lain.itu sgt negative ok. Well blog tu full of info.cuba appreciate effort org lain yg ssh pyh kasik kte mcm2 info dlm satu blog.tayah susah2 kita nk google. Kau rajin nk buat tu sume?

Azza Azman berkata...

ada haku kesah? hua hua hua hua...


thanks la ye komen byk byk kat sini huhu...

Tanpa Nama berkata...

Great beat ! I wish to apprentice whilst you amend your site, how can i subscribe for a weblog
website? The account helped me a acceptable deal. I had been a little
bit familiar of this your broadcast provided vivid transparent concept
My webpage - coaching management tool,

Jerangkong Malam berkata...

Standard la komen2 yg mrapu tu..jgn abik pot sgt..kita pun kn pdai tapis apa yg nk dibaca apa yg xplu..hihi

Jerangkong Malam berkata...

Ilek arr..xyah baca komen2 kt dlm blog tu klu xnk sakit ati..obe rsnya pun x terkawal nk jg komen2 tu. Lgpun tu cra dia lariskan blog dia..mcm jg klu bc malysiakini..byak mrapu n sumpah seranah..

Azmil berkata...

Benda yg buruk senang org ikut. Tak hairanlah kat mana2 pun. Iblis syaitan sentiasa memastikan semua anak adam dalam kesesatan,berwaspadalah kita semua.

suhaila berkata...

adeyyhhh banyaknye komen, tak jadi aku nak komen. hew3..

Tanpa Nama berkata...

Butthurt sbb komen kena remove..haha

Tanpa Nama berkata...

maybe sebab dah ramai yang jadi copycat ni, hmm

Unknown berkata...

JELES KE BRO.BLOG KAU X LAKUU!!!

Tanpa Nama berkata...

How you can stop Firefox download window from appearing in Mac?


my blog post ... Transvaginal mesh lawyers

Tanpa Nama berkata...

Greаt gοoԁs from yοu, mаn.
I havе undeгstand your ѕtuff ρгеviouѕ to аnԁ you аrе
juѕt tοo magnifісent. I аctually like whаt you have aсquireԁ here, certаinlу liκе ωhat you
are statіng аnd thе wау
in whiсh you say it. Yοu make it enjoyable and уou still take сarе
of tο kеep it wiѕe. I саn not ωait to
rеad much moгe fгom yοu. This
is геаlly a great wеb ѕitе.



Alѕo visіt mу blog poѕt - payday loans no credit check