Untuk rokok,
RM 4 sehari? RM 5 sehari? atau RM15 sehari?
Ada seorang perempuan nasihat kat kekasih dia supaya berhenti merokok dengan alasan membazir. Mereka pergi dating naik motor je. Dia cakap kalau untuk rokok sehari RM10, sebulan dah RM300. Setahun dah RM3650 kalau 5 tahun dah RM18,250. Dah boleh buat down payment kereta atau rumah. Then lelaki tu tanya balik kat perempuan u, "awak merokok?" perempuan tu menggelengkan kepala. Lelaki tu cakap "dah ada kereta?" Perempuan terkesima "erk tak ada" phuii ketepek sekali kat batang hidung perempuan tu. Kecian kan.
Okay saya seorang perempuan tak mau dah lah beriya kira-kira akaun untuk nasihat lelaki merokok. Cuma saya ada cadangan yang baik. Baik untuk lelaki dan perempuan. Apa yang nak digantikan dengan belanja rokok kepada perokok biasa (rm4), perokok sederhana (rm10) dan perokok tegar ni (rm15)?
Daripada menghisap rokok yang boleh membawa 1001 kerosakan tubuh pada dan minda korang saya nak cadangkan korang minum pati kesihatan yang super duper awesome.
RM 4 sehari bagi Perokok Biasa -----> Rm 4 sehari Pati Prune Iner Shine Brand's
RM 8 sehari bagi Perokok Sederhana -----> Rm 7 sehari Pati Kolagen Lenox
RM 10 sehari bagi Perokok Tegar -----> Rm 9 sehari Pati Kinohimitsu Kolagen
KINOHIMITSU : Bagus untuk memperbaiki kulit, bukan muka sahaja tapi seluruh badan. Membantu menghilangkan parut, kedut, jeragat dan sebagainya. Elok untuk pencegahan jika diamalkan sejak awal. Kalau tunggu tua baru nak amal, lambat lah sikit kesannya. Paling mahal, tapi berkesan. Abis dari perabih beli rokok? Sekarang ada promotion sekotak 6 botol dapat free 2 botol dengan RM79.90. So sebotol, RM7.80 macam tu.
LENNOX : Sama dengan Kolagen Kinohimitsu, sekarang ada promotion kat Watson/Guardian tak ingat, 2 botol besar gedabak, dalam botol besar tu ada 24 botol kecik kecik, hanya RM239. So RM239 untuk 48 botol. Balik beli cepat karang takut habis. Hanya 4.97 sebotol. Lagipun minggu pertama je kena minum hari hari, lepas tu hanya sebotol untuk 3 hari. Cubalah!!!
INNERSHINE : Ehem, yang ni pulak sapa tak pernah dengar meh tenyeh mata. Comfirm tak pernah tengok TV ni. Sekarang ada promotion jugak, dalam sekotak ada 6 botol pati prun (untuk muka) dan 6 botol pati berry (untuk mata) hanya RM48.90 so sebotol RM4.70 sahaja. Elok minum hari hari. Selain rawat kulit dan mata, elok untuk penghadaman perut juga.
Kebaikan benda ni banyak sangat. Lebih lebih buat lelaki yang susah nak makan sayur, buah, omega, susu dan lain lain makanan berkhasiat. Pil suplement? Lagilah susah. Tah berapa je lelaki yang sanggup nak hadap pil setiap hati. Air pati ni sedap, macam minum madu je. Manis.
Kulit anugerah Allah, disamping ambil air wudhuk, bacaan doa dan sebagainya, kita kena jaga pemakanan juga. Janganlah main hemtam sahaja.So ini jawapan bagi yang tak suka nak tepek pelembab muka setiap hati, sapu serum ke, masker ke. Dengan minum setiap hari (minggu pertama sahaja) dan maintain minum sebotol setiap 3 hari, insyaAllah kulit akan terjaga. Ketiga-tiga produk ini halal dan Kinohimitsu dapat certificate dari Jakim.
Ini rupa bentuk pack promotion itewww..
12 Kotak kecik kat dalam. 6 Prun + 6 Berry.
Pati Prun Inner Shine.
Pati Beri Inner Shine.
Tak cukup glowing lagi, muahaha.
So apa lagi cepat cepat grab kat pharmacy berdekatan sebab sekarang diorang dok belumba lumba buat promotion akhir tahun. Sila jangan tunggu lagi. Kang rugi.Buat lelaki yang merokok, hah jimat-jimat lah beli rokok tu untuk bulan 12 ni. Try benda ni dulu baru tahu. Merokok dok meghitamkan bibir, mulut busuk bau longkang (serius tak tipu) baik korang beli minuman kesihatan ni. Kesihatan ni anugerah Allah, jagalah baik baik. Okay bye!
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE
26 ulasan:
A'ah kan.. dari dorg pakai duit merokok, baik beli makanan kesihatan ni..lagik bagusss
nasib baik tak merokok
bagus punya promosi... ahakss
kan.. rokok itu mambazir je.. dlu pnah minum prune tu.. best jugakk rasa dia
salam, dah follow blog ni, good entri :) mai la follow blog sy lak, huhu
banyak org kata innershine ni berbaloiii..
@Sha. N. tulah kan bagus kalau lelaki pandai jaga kesihatan...
@sergeant keroro wah baguslah tak merokok... semua orang suka..
@delarocha ini bukan promosi, diorang tak bayar pun kat saya, saya yang kene beli kalau nak minum haha.
@sue perbs.. berkesan tak prune ni?
@Zairy's Collections yeke awak dah follow blog ni? terima kasih lah... nanti saya lawat awak pulak ye,,
@syakey berbaloi ke? harap menjadi lah huhuhu..
wow...bleh jadi duta ni, tak pun perunding kecantikkan ni, hahaha
memang membazir. Suami akak merokok sejak form 5, boleh berhenti selepas sebulan kawin. Akak jumpa bomoh...hehe
azza, namee makan yg prune punya. sgt halus kulit jadi. hehe.mmg berkesan cuma ia jangka masa lama :)
nice one :D nasihat sambil promote.hihi
wahhh dh lama idam nk beli xbeli2 lagi...nak nak lah...
kalau laki2 terpengaruh dgn glowing2 edward mesti nak beli jgk nih..hihihi
org laki nie ego lebih... baik punyer promosi....
kinomitsu (j'pan beauty) laki bleh minum gak ke?
@Tanpa Nama iya lelaki pun boleh minum, boleh tanya soalan lanjut di facebook kinohimitsu, dia jawab soalan secepat mungkin tau. bagus sgt..
@Paris Lipton malangnya lelaki selalu anggap Edward tu gay hahahha...
@cikza huhu bukan promosi cik za, saya tak dapat apa apa pun dari syarikat produk ni. cuma nak share knowledge je, kenkadang geram dengan jawapan orang merokok ni, dia je nak menang..
@Namee Roslan yeke namee? yeah tak sabar nak kulit halus mulus macam namee...
wakakaka..nice!say no to smoker!
nice info. kite pernah try pati inner shine *ok untuk sistem penghadaman* sekarang ni nk try collagen pulak :)
gud info. kite pernah cuba pati inner shine *mmg baik utk sistem penghadaman* sekarang kite nk cuba collagen pulak, maklumlah umur pon dah semakin banyak :)
Catat Ulasan