17 Februari 2011

Alamak Terbagi Nama Anak Dengan Nama Syaitan


Salam, 


Tadi terbaca laman OhBayu.com pastu ada satu entrance ni cakap pasal 5 nama syaitan yang harus kite waspada. Jadi sesiapa yang kurang arif dalam bahasa arab kenelah hati mase nk bagi nama anak. Bunyik mcam sedap tp makna nama syaitan. Kalau boleh cek dulu sebelum bagi nama anak..


 Kecik-kecik dulu baca majalah Asuh, sekarang ni Al-Islam

 Suka sangat bile syaitan tu kalah. Hahah!

Kebiasaannya memang mula-mula hero dalam komik 
ni termakan hasutan syaitan, tapi akhir beliau bertaubat..




Dapat dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud. Apa yang nak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang merupakan wakil Iblis untuk menggoda umat manusia.



1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.




2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian.




3) Al-A’war
Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.




4) Maswath
Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.




5) Zalnabur
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

Thanks, sekian saja tazkirah hari ini.




XOXO,Chempaka Sari
Share dengan kengkawan dengan klik LIKE

3 ulasan:

Syed Azharul Asriq berkata...

Nasib baik al-a'war bukan al-anwar..huhu..

buku muhammad isa dawud mu ada kumpul ke? buku paling best: Segitiga Bermuda dgn buku pasal event2 akhir zaman

Azza Azman berkata...

Buku segi tiga bermuda tu dah khatam dah hehehhe...

Tanpa Nama berkata...

saya sekadar ingin berkogsi ilmu... Jika kita mahu ucapkan salam dengan cara yang betul,adalah dengan menyebut... As salaam ataupun Assalaamualaikum.. Jika diawal perbualan/pertemuan kita itu diucapakan dengan kalimah Salaam.. ianya bermaksud 'Selamat Tinggal'.. Apapun,tazkirah kali ini sangat menarik & i like it.. (^_^)