28 Februari 2011

10 Sebab Kenapa Aku nak Tengok Filem Azura Versi 2011

Aku akan buat research jap lg. tgguu...


Okay aku dah bace review tentang filem melayu romantik terbaru, Azura. Filem ni jalan ceritanya sama dengan filem Azura yang dilakonkan oleh Ogy Ahmad Daud & Jamal Abdillah tu. Cuma yang baru ni moden la skit, up la skit, cara la skit. Rakaman pun buat kat London & Paris kau. Cerita yang dolu-dolu tu buat kat Sabah je paling jauh. Huhu 'bias' lak aku. Inilah sebab2 yang aku senaraikan kenapa macam perlu jek aku tengok cerita ni.




1. Hey,come on yo! Open up ur eyes yo! Shahz Jaszle (dulu dia tak private kan pun photo FB dia, la ni da terkenal kedek kau)tu sangat-sangat lah handsome tahap gaban. Mesti la aku nak tengok cerita ni sebab dia berlakon, hik hik hik! Gatai!


Amacam? handsome tak? ala tak la tu.. Tapi serius macam Chuck Bass dalam Gossip Girl kan? Tak caya korang klik la kat sini > Chuck Bass (malas nak letak gambar nanti serabut diari aku ni)







2. Ramai gak la pelakon yang akan berlakon dalam cerita ni. Afida Es pun ada, ala mak kepada pengarah cerita ni lah, Aziz M Osman. M Osman tu mesti suami Afida Es kan? Erma Fatima ada, kononnya Ogy dan Jamal Abdillah pun blakon jugak jadi mak bapak Shahz Jaszle.








3. Filem ni berlatar belakangkan Kota London dan Paris. Sweet je tengok Neelofa dan si Jaszle ni berjalan berdua-duaan ditemani chipmunks dan pepohon maple. Adus, inilah negara2 yang aku nak pergi sangat. London dah jejak, Paris bila lagi? Mama Papa nak duit...








4. Walaupun aku tak suka sangat dengan Neelofa mase dia dalam Remaja kt Astro dulu, tapi sejak kebelakangan ni aku rasa dia macam cantik plak. Dulu ingat Anzalna menang sebab dia sangat cantik. Tapi bila dah tau kehidupan sosial dia, siap ada gambar peluk-peluk dengan pelakon handsome Si Jaszle ni, aku dah tak suka. Jealous? Mungkin.






5. Aku teringin nak tengok Si Jaszle main paintball. Kalau cerita lama, Jamal Abdillah jadi mat rempit eh eh penunggang motorsikal berkuasa kuda, yang moden ni si Jaszle main paintball. Isn’t that cute enough huh? Mesti comey dia pegang pistol. Iya pistol, sebab aku tak tau nama2 khas dalam bidang paintball sori.








6. Rasanya memang patut remake cerita ni sebab bagi penonton-penontong muda dapat merasakan dan menjiwai kisah percintaan Zack & Azura. Kalau disuruh tengok cerita versi filem yang pernah diterbitkan pada 1984 memang sebelah mata depa tak layan. Muda-mudi la ni depa suka sangat tengok Baim Wong & Marshanda je. Tak Satu Malaysia langsung.








7.Sebab kita mesti support filem Malaysia ok?




8.  .......Tengah fikir...




9. Ok aku dah tau!


10. Sebab aku tak suka sangat Azura 1980an tu. Eii pesen lame hueh hueh hueh sila ketawa dengan suara bajet sengau.






Comey kan? cute kan? romantik kan?

Comey ke? cute ke? romantik ke?


Jap gambar Chuck Bass tersesat




p/s: kepada peminat filem2 otai jangan lah marah, makan hati & berduka lara ok,serius aku gurau je.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Okay Jom LIKE 

3 ulasan:

Azza Azman berkata...

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap ulas.

Jom Masak Channel berkata...

aku rasa shah jaszle wat rambut cam gambar atas skali tu baru kacak. kalo cam skrg tak hensem...huhuhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

dorang sgt sepadan..klu real kapel pon xpe..(^_^)