Salam,
Memula saya pun tak kenal siapa Hana Tajima. Kire saya la orang paling last di antara kawan-kawan tau pasal Hana Tajima. Ceritanya bermula begini.....
Ada seorang rakan sekelas yang memakai pakaian yang agak luar biar pada penglihatan normal saya. Saya sangat-sangat terkesima sampai malu-malu kucen nk pandang dan bertanya kepadanya.
Berselendang ala kadar, berseluar longgar ke bawah dan memakai t-shirt serta kemeja di luar dan ikat di perut. Sebagai pelajar universiti awam di Malaysia yang indah ni, memang jarang sekali nak tengok student perempuan yang berani bergaya sebegini melainkan baju kurung dan blouse longgar je.
Selepas habis je kelas, kami pun sempat bertanya tentang penampilan unik beliau, tak kurang jugak ada yang memuji ada jugak yang mendiam seribu kata. Beliau tersenyum. Ketika makan, kawan-kawan yang lain sibuk menperkatakan penampilan terbarunya yang ala-ala Hana Tajima.
Huhu saya terkebil-kebil ternganga-nganga jugaklah sebab konfius sape tah pompuan tu, orang jepun ke orang melayu ke.... pastu diorang pun ada cakap Yuna pun dok terikut-ikut fesyen si Hana Tajima ni.
Saya tak puas hati dengan jawapan diorang bile saya tanya siapa Hana Tajima, diorang cuma cakap dia Pereka Fesyen. Aku pun pelik asal popular sangat sampai orang dok ikut-ikut fesyen die. So.... ape lagi aku pun Google jelah. Ini hasilnya.....
Sempoi kan die?
Macam model pun ada jugak, cutting ada,
rupa ada... apa lagi suma ada.
Tengok die dengan Yuna macam adik beradik je kan?
Masa fesyen show agak nya...Yuna selalu ada dengan dia napa ye?
Tak sempat buat research lagi pasal apa.
Menurutnya , beliau suka pakai mcm ni bile berjalan di London. Sesuai katanya...
Applikasi yang sangat sesuai oleh Fatin Liyana,
seluar ni namanya tapered pants.
So itu jelah yang saya tau pasal dia. Selain tu, saya dapat tau jugak yang dia ni kacukan mat saleh dengan minah jepun. Tu la muka dia ada iras-iras Cik Chemp je..... ahaks perasan. Thanks kalau ada yang terbaca entry ni, walaupun info tak cukup sangat pun. Bye bye!
XOXO, Chempaka Sari.
Jika suka jom like
5 ulasan:
kat tempat study den ramai perempuan pakai tudung ala-ala hana tajima. agak cantik dan sweet
i dah follow u
http://monologueku.blogspot.com/
Hana Tajima berkahwin dengan lelaki muslim.Bila beliau nak ubah penampilan..beliau dapati tak byk fesyen muslim..dari situlah Hana Tajima mencipta gaya sampai org lain pun terikut..
oo act araBella org y last tau kot pasal ni..haha..bw here..follow dah,follow back k......
aa terpike gak sape dia neh..haha
Catat Ulasan