19 Februari 2011

10 Ragam Gadis Si Pemandu Kereta

Assalamualaikum,




Huh~~ kononnya pemandu wanita terlalu lembap di jalan raya hinggalah dengan tak bestnya menimbulkan kemarahan pemandu lain (lelaki yang gagah kononnya). Malah pemandu wanita dikatakan paling kerap melakukan kesalahan jalan raya. Betul ke? Ish emo lak saya tulis benda ni. Cool Chemp cool, easy girl easy..




Serius, ramai sangat pemandu yang tiba-tiba membrek secara mengejut dalam keadaan memandu laju ketika ingin mengelak subjek seperti orang sedang melintas jalan di hadapannya. Ceh saya baru je tau yang ini teknik yang salah kerana dalam keadaan itu, brek akan terkunci dan menjadikan kereta terus meluncur ke hadapan sekali gus melanggar subjek di hadapan sehingga menyebabkan kemalangan. Nak tengok hasilnya pergilah ke Oh!Tidak.Com..... Omjayy so scary!




Tingkah laku pemandu Malaysia memang agak buruk berbanding negara maju lain. Kat UK contohnya, pemandu diorang lebih berdisiplin. Saya kat sana memang tak pernah lah rasa cuak bila nak melintas. Huh hebat tul berjalan kaki disana. Mungkin juga disebabkan undang-undang yang ketat menjadikan diorang lebih terdidik dan akhirnya meresap dalam jiwa tidak boleh memandu laju untuk mengelak disaman atau emangnya diorang sedar ia boleh mengundang kemalangan jalan raya. Laa...beriya pulak saya bagi nasihat. Ini sudah terkeluar tajuk.




DARI dulu hingga kini tanggapannya masih sama - pemandu lelaki lebih cekap daripada pemandu wanita. Persoalannya, sejauh mana kebenaran ‘mitos’ tersebut? Meh sini saya nak share Ragam Gadis Si Pemandu Kereta menurut pandangan Jejaka~~


1. Kononnya, pantang berhenti kat traffic light, mesti nak pandang-pandang, jeling-jeling kat cermin. So? hehe mestilah orang lain marah sebab traffic light dah hijau korang dok melaram lagi touch up sana sini.  

2. Pemandu Gadis yang baru dapat lesen misalnya, eleh boleh kenal lah. Tengok laju semacam je baru dapat lesen la tu. Baru nak up la katakan. Lepas gian tanpa memikirkan keselamatan diri. Eh, lelaki pun sama jugak lah hookay. Memandai je kutuk perempuan. Cis! 

3. Bila kereta buat hal, memang tak tau lah nak buat apa kan. Nak ganti tayar? hmm terpaksalah tepon boipren. Mane yang tak ada boipren lagi terpaksalah tepon bapak sebab takut nak tepon pomen. Dah lah tak tau nak buat apa, takut-takut plak tu. Bawak lelaju menonong je pandai haha. Kecian bapak dia terpaksa ambik emergency leave. 


4. Mencarut! eh tak tak perempuan jarang sangat mencarut tapi diorang suka mengutuk paling teruk pun maki hamun sorang-sorang dalam kereta. Biarlah, orang lain tak dengar so biarlah dia nak cakap apa pun sorang-sorang dalam kereta.
 
5. Tak bagi signal. Hey ini pun saya hangin jugak kalau sesiapa tak bagi signal main masuk je simpang kau sesuka hati. Laki pompuan sama je. Tapi kan perasan tak bila perempuan buat salah mesti ada mulut tak berinsurans cakap macam ni "eleh dah agak dah, patut lah perempuan..." & "...perempuan memang macamlah ni..." 

6. Hias kereta bagai nak rak siap ber Hello Kitty bagai. Kira penuh la kusyen pink kat belakang kereta. Rimas. Pastu dok terjengul-jengul kepala sebab tak nampak bila nak parking. Mirror kat depan tu memang berfungsi untuk touch up make up je lah.

Saya pun suka kereta ni! Nak purple satu!

7. Wangian nak floral je. Kereta mesti nak wangi. Bila kereta dia lalu memang satu kampung tau dia dah mai. Fenin jugak bila naik sesetengah kereta perempuan yang jenis ini. Saya suka rumet saya, Atul pakai daun pandan je. Chileks je dia (chill + rileks) Wangi pun wangi. 

8. Masalah yang sering dihadapi oleh wanita ialah kurangnya keyakinan diri apabila memandu. Diorang kerap diburu perasaan akan dilanggar kenderaan lain dan ramai juga pemandu wanita cepat panik serta risau pada perkara yang belum pasti berlaku. Namun, menerusi apa yang dilaporkan di akhbar, kebanyakan kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh pemandu lelaki berbanding pemandu wanita.
 
9. Time parking kedepan kebelakang tekedek-kedek membetulkan posisi kereta. Nak perfect la konon. Konon bila orang tengok, tau la dia terror parking sebab tepat2 je die parking. Padahal ada lah dekat setengah sejam di tersekat kat situ. Sampai berpeluh aku tengok. Itu baru kes parking menegak. Kalau side parking pompuan memang kalau boleh nak elakkan. Tidak!!! Saya bukan macam tu. Perempuan lain mungkin.
 
10. Last minit masuk minyak. Saya mengaku ini saya pun buat. Ala malas la nk topup minyak awal-awal. Saya lebih suka tunggu je sampai papa sendiri offer nak topupkan minyak hehe.


 Cik Chemp naik Buggy je...tak mampu. Heheh!



Sebenarnya kalau nak tahu ragam pemandu wanita ke,lelaki lelaki ke sebenarnya diorang sama je dalam semua aspek dan masing-masing ada karektor tertentu, yang membezakan antara mereka ialah sikap dan disiplin ketika memandu. Ceh saya wat analisis pulak. Berdasarkan perhatian saya lah kan. Ramai pemandu tidak kira lelaki atau perempuan yang suka memandu laju, sebenarnya suka-suka atau ingin menunjukkan skil tanpa memikirkan padah bakal ditanggung kalau terbabit dalam kemalangan.


XOXO, Chempaka Sari.
Jika Suka Jom Like







6 ulasan:

zacky786 berkata...

hahaa..` ok2.. mmg benar pemandu pmpn byk melakukan kesilapan ketika memandu.. siyess.. sbb apa ?

sbb mereka terlampau berhati2.. tapi berbalik kpd "INDIVIDU" tersebut tu jugak..

tak semua perfect ketika memandu.. bkn mengatakan bhwa wanita memandu mcm 'hampeh' tapi ke byk kan yer.. jgn silap di situ yerp.. hehe..

peace no war..

Azza Azman berkata...

Hoho betul jugak tu...

HAFIZAL berkata...

hati-hati memandu tak kira lelaki atau perempuan

Tanpa Nama berkata...

bab yg kalo dpt lesen bwk laju tu ak rsa plik ckit....
sbb my teacher pon bwk laju...tp dia da lama dpt lesen...she says it is her habit~

cik azeya berkata...

btw, saye tak ade lesen memandu lagi walaupun sudah berumur 22 tahun. takut kena maki dekat atas jalan raya punye pasal. ahhahaha.

Faeza Dot Me berkata...

haha~ kereta dgn bulu mata kt lamu hdpan.... plik tp unik... haha