13 Januari 2012

Amoi Sangat Seksi Bila...

Assalamualaikum, 


Rasa macam pervert pulak, tapi jangan salah faham plishhh... : )


Setiap kali cuti, saya ditugaskan jadi pemandu rasmi adik saya untuk menjemputnye balik dari sekolah. Jammed nya tak tau nak cakap macamana, macam ada rusuhan pulak kat sekolah tu. Dalam kesesakan jam, sempat juga menjeling kiri kanan tengok awek sekolah. Teringat zaman muda muda dulu, masa Azza kurus ramping, kulit putih bersih, zaman jerawat segan nak tumbuh. 


ini adalah dua orang amoi..


Yang sering menjadi tarikan bila usya aweks aweks ni, bila tengok amoi berbaju kurung. Geram tau sebab lebih cantik dari kita yang melayu ni. Sweeeettttt.... sangat! Persoalan juga muncul di benak fikiran, apakah rahsia di sebalik keputusan mereka berbaju kurung itu ye?


@ Adakah kerana baju kurung murah?
@ Adakah kerana sejuk semasa di kelas?
@ Adakah kerana nak tutup parut di betis?
@ Adakah kerana pengaruh kawan melayu?
@ Adakah kerana menjaga kecantikan kulit dari sinaran UV?
@ Adakah kerana kamu mahu nampak comel?


Iya, comel dan seksi itu sudah pasti. Tak dinafikan, memang ayu, comel, anggun, lawa, kemas dan segala perkataan yang cantik lah katakan. Saya suka sangat tengok mereka beduyun-duyun keluar dari pagar sekolah, ada terselit 2 3 orang aweks amoi dan India yang berbaju kurung. 


ini pula adalah dua amoi yang seksi..


Yang Cina, siap dengan rambut lurus ikat tinggi di belakang (poney tail) , fringe di depan. 
Yang India, rambut lebat ikal mayang diikat rendah, dilepaskan di sebelah bahu. Oh ohsem!


So adik adik se-Melayu sekalian, berbaju kurung tu sangat cantik tak kita rupa paras kulit atau berlainan bangsa. Lepas sekolah nanti jangan berangan nak berskirt pendek, baju dedah cleavage ye... Sungguh tak sweet!


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

11 ulasan:

KAMIHIDUP berkata...

perempuan tak kira bangsa kalau pakai baju kurung memang aura dia lain macam, seriously ikhlas dari hati lelaki. hee. :)

amy azuha berkata...

sy hari2 g kelas pkai bju kurung haha..sbb wajib :P

NUR AMINA berkata...

Siapa pun kalau berbaju kurung memang ayu.

Unknown berkata...

baju kurung lebih selesa dan boleh pakai kat mana2 je..

maszull berkata...

assalamualaikum azza...betul tu hilang sweetnya nanti...:)

Jo Qusary berkata...

Aku dulu pergi sekolah pakai pinafore. Serius.

Pernah tanya member aku yg Cina apasal dia pakai baju kurung... dia kata mak dia yg belikan sebab senang nak basuh dgn gosok. Jimat masa dgn duit nak urus baju kurung berbanding baju pinafore.

Unknown berkata...

lelaki memang suka pandang pempuan seksi dan terdedah kat sana sini..tapi bila kawin kebanyakannya memilih yang sopan kannn

Lisa Nurulain berkata...

cantik ^_^

Hawa Ahmady berkata...

kita pun ada kawan chinese yang suka pakai baju kurung.. cute..!! jeles..!!

Niza Romli berkata...

kan?? saya pun suka tgk amoi cina pakai bj kurung. bila diorg pakai nmpk sweet sgt.
kat tempat keja sy..bila ada majlis keraian yg non muslim lebih suka pakai bj kurung dan byk plak koleksi baju kurung diorg. kagum!

Namee Roslan berkata...

cina pakai baju melayu comel gak kan. hehe. tp melayu pakai cheongsam tak comel plak. haha.