Dari mula-mula saya buat entry tentang pelakon Bicara Hati, banyak pula keyword Bicara Hati masuk blog ni. Saya rasa malu pulak entry tu entry biasa biasa je tak memberi sesuatu pun kat pembaca. Mesti diorang nak dengar review tak pun sedikit kritikan pasal drama bersiri adaptasi novel popular ni.
Bicara Hati Episod 1
Sorry to say, saya rasa drama ni agak lembap. Saya tengok di Youtube tanpa iklan pun rasa lembap. Maklumlah kita ni mana pernah puas hati dengan sesuatu, asyik nampak buruk je. Yang filem Ombak Rindu rasa singkat pulak, banyak scene kena potong. Itu pun orang komplen juga. Teehee...
Tapi ini baru ditayangkan episod pertama dan kedua, mungkin boleh pergi jauh lagi. Hero dan heroin pun belum bercinta lagi kan. Tu yang slow sikit. Karang bila diorang dah bercinta baru tersengih sengih depan tv kot.
Kalau sebelum ni saya rasa Sharnaz sangat tak sesuai jadi Tengku Shahran, tapi sebelum tengok saya dah setting dalam kepala "azza please sharnaz seadanya okay" pastu saya pun rasa "hmm okay juga kot sharnaz ni". Cuma dengan Zahlia rasa pelik sikit. Maybe first time tengok dia berlakon. Azza rasa dia jenis kasar sikit, cara bercakap pun kurang sifat ayu Zahlia dalam novel.
Sinopsis Bicara Hati
Bicara Hati. Sebuah drama Melayu yang baru ditayangkan di Astro Prima baru-baru ini. Drama Bicara Hati menceritakan sebuah konflik rumahtangga yang dihadapi oleh sepasang suami isteri. Jom layan sinopsis di bawah dan download sekarang juga.
source : http://www.sedut.org/free-download-drama-bicara-hati-astro-prima.htmlSinopsis Drama Bicara Hati Astro Prima
Bicara Hati mengisahkan Tengku Syahran dan Zahlia bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.
Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia terima tetapi dengan syarat, iaitu hak–hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijab kabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?
Pelakon Drama Bicara Hati Astro Prima
Sharnaaz Ahmad Basir, Cristina Suzanne Stockstill, Marsha Milan Londoh, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Nazeera Sardi, Abby Nadzri, Josiah Hocan, Zarina Zainuddin, Mislina Mustaffa, Dazrin, Meor Muhd, Mama Rock, Lash Mokhtar, Balkish, Shakila Khoriri.
Download Drama Bicara Hati Astro Prima
Tapi tak apalah, masing masing ada pandangan sendiri kan. Kalau ada sepulu ribu orang baca novel Bicara hati, macamana lah pengarah nak ikut imaginasi semua pembaca, kan? Mau pitam dibuatnya.
Dan lagi satu, cerita ni diolah sikit untuk sesuaikan jalan cerita di dalam tv. Contoh, watak Marini yang macam tiga suku tu, rasa nya tak ada dalam novel. Watak Zahlia nak pinjam duit pada mak angkat dia kat restoran pun ditambah supaya cerita leboh panjang dan sesuai. Watak Linda pulak, dilebih lebihkan gediknya. Azza rasa watak LInda tak ada lah se-Bimbo lakonan Marsha Milla Londoh ni, geli kot.
Apa-apa pun cerita ni ditayangkan sekali setiap minggu, malam selasa pukul 9 malam di saluran Prima Astro. Agak bersaing jugaklah dengan Vanilla Coklat TV3. Dia buat seminggu sekali macam ni kat Astro pulak, sah sah lah saya lupa nak tengok. Penat nya nak tunggu minggu depan. Dah lah tak hafal sangat dengan jadual siaran Astro ni walaupun dah 12 tahun melanggan. Jadual Astro memang berterabur sikit kan? Setuju tak?
** Siapa baca novel Gemersik Kalbu best tak?
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE
10 ulasan:
gemersik kalbu yang kt tb sekarang ni adaptasi novel jugak ke??
payah la adaptasi ni. mmg takkan puas hati. dh la novel biacara hati tu best sgt! bila jadi cta, tak best. yang best nya bila kita yg berimaginasi sendiri bila kta baca. :D
sy klu psl drama2 tv ni sangat ketinggalan... kdg tgk kdg tak, kdg tahu kdg tak tahu lgsg... :(
Novel bicara hati, gemersik kalbu tu mcm pernah baca je...tapi xda plak novel2 tu kt rumah.
mcm x best je cite ni..
lg best bce novel die..
umah tkde astro, tkleh la nk tgk..bicara hati ni fav novel gak suatu ketika dulu. masih igt jgk jalan cerita.
gemersik kalbu ni mmg takde memori lgsung. dok tgk ptg2 tertanya2 yg raihana ni anak siapa n kenapa mak dia mcm tu..perlu ke cari novel tu blk? hmm..
penah bc gemersik kalbu, tp xingt dh citer dier.. haha
http://nuruldya13.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-2012-belog-nemomimosh.html
tag kamu!!
novel petame! tp spoil la sharnaaz, patot bicara hati angkt ke filem bru eksaited...tlpas dh 2episod...huuu
Akak tengok episod satu je, episod 2 tak tengok sebab ada bola...beralah dengan anak
hihi sy suke lah cite bicara hati.yela kot zahlia tu sdkit kasar.myb still kekok kot.
betul la..!! kita setuju..!! sebab tak sama langsung..!! novel dia lagi best..
hari tu tgk sekali je kat astri, terus rse best. tak payah tgk cerita, tgk iklan pun dah buat kita tertarik nk tgk. hehe. :)
Catat Ulasan