Assalamualaikum,
Harini nak buat kuih lah, boleh hantar rumah jiran sikit, mana lah tau anak bujang dia suka kat aku. Untung ler aku..
(kalau makcik tu tau habislah aku keh keh keh)
Assignment ni baik hantar awal sikit, biar lecturer tau ingat rajin. Dapat lah markah bonus sikit kot.
(mintak mintak Prof tak tau niat aku)
Jalan jalan sambil dukung baby ni biar nampak polos dan nampak aura keibuan. Mesti semua orang pikir aku sweet.
( jangan kantoi sudah, malu beb)
Malam ni nak solat berjemaah lah, untung-untung dapat 27 kali pahala. Lepas tu nak sedekah durian sebakul kat masjid, dapat lagi pahala.
(....................)
Tadi Azza dengar ceramah dalam radio, buat lah sesuatu ikhlas demi Allah swt, bukan berniat sesuatu waima kerana pahala sekali pun. Kerana pahala itu urusan Allah.
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE
13 ulasan:
aah nanti kerja pun jadi tak semenggah bile tak ikhlas...
true, true. niat kena ikhlas :)
btl tu..buatlah kerana allah..
alamak...nk ikhlas tu yg rase mcm susah sket tu..mmm
Ikhlas, kerana Allah. :-)
betul tu... buat kerja biar ikhlas.. wah.. gmbr tu mcm ade ciri keibuan la.. ^_*
betul. semua perkara yg kita buat kena ikhlas. tapi kita?? belum sempurna lagi...mesti ada terselit jugak wlpun sikit..kan??
kannn manusia sentiasa lalai! macam kite! hehe cuma kalau buat dgn ikhlas xsuke bgtau kite ni ikhlas, mcm xikhlas...hmmm apekah
setuju ngan harih .. hehe >.<
ikhlas komen kat sini, tak mintak balasan...hehe
betul betul...bila buat sesuatu kena ikhlas...xyah nak harap2 imbalan :)
terselah ciri keibuan disitu hehe :)
hanya Allah je yg tahu niat kita. seeloknya berhati2 bila nak buat apa. niat tu yg penting tuh. :)
Catat Ulasan