31 Januari 2012

Suka Menyampuk

Assalamualaikum, 




Yeah, betul lah tu apa yang korang baca kat tajuk tu -SUKA MENYAMPUK- satu jenis perangai yang amat mengjengkelkan. Saya yakin semua mesi pernah berhadapan dengan masalah perangai ini samada rakan korang atau pun korang sendiri. Pernah leteww.. hew hew hew..


Kebiasaan nya sikap yang suka menyampuk ini diikuti oleh beberapa lagi perangai tak terkata kejengkelannya iaitu -TUNJUK PANDAI- dan -PERASAN BAGUS- dan  -TAK BOLEH TERIMA PENDAPAT ORANG LAIN.


Okay kalau korang ikut dari awal blog ni, mesti korang tau yang saya menulis untuk memperingati diri sendiri sahaja, janganlah kecil hati dan bermuram durja. Yang baik ambil pengajaran, yang jengkel kita elakkan sahaja.




Teruskan membaca. Ini dalam situasi yang biasa kita alami.




Berita Terkini
Ko tau Fasha Sandha seksi gila kat Bali, dia pakai.... (tak sempat habis)


Weh slowpoke nya ko, aku dan tengok berapa kali dah gambar dia pakai bikini tu, ko tau dia pergi dengan bla bla bla bla........tak malu bla bla bla... jejai nora danish kan bla bla siput..




Parasan Sama
Makcik dulu suka melaram, Azza tau tak makcik buat rambut macam.... (tak sempat habis)


Hey, mama Azza dulu pun macam tu tau makcik, macam makcik jugak lah Mama suka buat rambut ala Saloma, kalau nak tau dia pun macam makcik, selalu menang ratu kebaya kat kampung... makcik nak tau bla bla bla bla.....




Lebih Hebat
Aku rasa aku nak bercuti g.... (tak sempat habis)


Hello mesti ko nak g Bandung kan? Ape kelas? Jom ikut aku g Paris. Itu pun kalau kau ada budget. Bla bla flight bla bla air asia tak main bla bla shopping louboutin bla bla makan eclairse....




Ubah Topik
Okay semua cerita pasal lelaki idaman kan, kalau aku pulak suka macam... (tak sempat habis)


Weh korang dah siap assignment tahun lepas? Aku tak reti dowh.. susah gilos!




Warghhhhh situasi yang 'ubah topik' tu paling hazab, sakit hati je kan. Pastu semua lupa apa yang kita nak cerita tadi, kalau diorang ingat pun kita dah tak de mood dah. Keh keh keh. Wassalam.




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

30 Januari 2012

Karaoke Lagu Kisah Hati - Alyah

Assalamualaikum, 




Azza sebenarnyadah lama gila lagu ni, kalau tak kerana lagu Awan Nano, Seribu Sesalan dan Sedetik Lebih yang boleh tahan sedapnya, Azza memang ingat lagu Kisah Hati dari Alyah ni menang. So sebab yang lain pun hebat jugak, tak harap apa-apa ah. Tapi last sekali dapat persembahan terbaik....yeah!




Pastu, saya terberangan jugak kalau-kalau si Remy Ishak muncul atas pentas buat macam dalam video klip Kisah Hati. Tapi tak kan lah Ramy nak datang kot. Sekali bising bersorak semua dia memang datang weh! Wuwuwuw...




Jom layan karaoke lagu Alyah sebentar mengenai cinta yang tak sesampaian...buzz!






Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

27 Januari 2012

Sebab Pahala

Assalamualaikum,




Harini nak buat kuih lah, boleh hantar rumah jiran sikit, mana lah tau anak bujang dia suka kat aku. Untung ler aku.. 
(kalau makcik tu tau habislah aku keh keh keh)


Assignment ni baik hantar awal sikit, biar lecturer tau ingat rajin. Dapat lah markah bonus sikit kot. 
(mintak mintak Prof tak tau niat aku)


Jalan jalan sambil dukung baby ni biar nampak polos dan nampak aura keibuan. Mesti semua orang pikir aku sweet. 
( jangan kantoi sudah, malu beb)




Malam ni nak solat berjemaah lah, untung-untung dapat 27 kali pahala. Lepas tu nak sedekah durian sebakul kat masjid, dapat lagi pahala. 
(....................)




Tadi Azza dengar ceramah dalam radio, buat lah sesuatu ikhlas demi Allah swt, bukan berniat sesuatu waima kerana pahala sekali pun. Kerana pahala itu urusan Allah.




 XOXO, Azza Azman
 Jika Suka Jom LIKE

25 Januari 2012

Bengang Dengan Peniaga Melayu?

Assalamualaikum, 




Saya pernah terbaca kisah seorang Yahudi ni, sangat menyentuh hati. Bukan lah sokong Yahudi, cuma kesal kenapa bangsa Melayu  tak macam mereka. Begini,,,


Ada seorang Yahudi baru tiba di Airport di US, dia mencari-cari teksi untuk ke destinasi. Di situ ada 10 buah teksi sedang menanti pelanggan. Dimulakan dengan teksi depan sekali, orang Yahudi itu bertanya kepada pemandu, "Adakan kamu orang Yahudi?" Jawab pemandu tu "Tidak.." Orang Yahudi tu beredar dan terus ke teksi di belakangnya, dia menerima jawapan yang sama. "Adakan kamu orang Yahudi?" Jawab pemandu tu "Tidak.." Akhirnnya, dia tiba ke teksi yang kesepuluh. Apa ke payah bebenor nak naik teksi pokcik ni.


Tiba di Teksi yang kesepuluh, dia tanya macam biasa, "Adakah kamu orang Yahudi wahai pemandu taksi yang kacak bergaya?" Pemandu itu jawab "Iya aku orang Yahudi", hmm baru lah pokcik masuk setelah letih berjalan dari teksi ke teksi. Yang pemandu tu pun pelik, "kenapa pakcik tak naik je teksi teksi tadi, apa diorang tak boleh bawak pakcik ke tempat yang pakcik nak ke?"


"Erm tak ah, sapa pakcik try cari bangsa pakcik sendiri, sebab orang bangsa kita (yahudi) ni sikit je, kalau kita tak tolong bangsa sendiri nak harap siapa lagi?" Jawab pakcik Yahudi itu.


Cerita ni pengajarannya, bukan lah saya nak korang jadi rasics, tidak tidak. Cuma kita buka mata kita jangan terlalu sombong dan kurang percaya dengan kemampuan Peniaga Malayu. Macam dah ada skekulasi sendiri bila jumpa dengan Peniaga Melayu. Peniaga Melayu nak cepat untung, tak hormat pelanggan, barang mahal, bla bla bla... Saya pun selalu berhadapan denga kes macam ni. maluat jugak. Tapi tak semua macam tu sebenarnya.




Ada seorang Forumer yang juga seorang CEO/ Usahawan bagi cadangan...


Kalau kita tak puas hati:


1.BERITAHU USAHAWAN Tersebut.jangan beritahu pekerja..mungkin pekerja akan buang tong sampah.tapi usahawan akan ambil berat aduan/komplen pelanggan.kajian aku menunjukkan majoriti usahawan akan ambil berat aduan…

2.buat pilihan dengan bijak.

3.jangan marah jika kena harga mahal.jangan pergi lagi ke situ.

4.jangan burukkan pengusaha tersebut.mungkin kerna sikap kita,mereka bangkrap dan papa kedana..kasihanilah mereka kerna mereka juga seperti kita,ada tanggungan dan sebagainya.

5.gunakan hak sebagai pengguna.boikot/buat aduan kepada tribunal pengguna.setakat ini aku belum jumpa kes orang buat aduan sebab makan mahal.x taw la kalau aku silap.

6.bersangka baik.mungkin usahawan tersebut anaknya mengidap sakit jantung dan perlukan kos rawatan yang mahal dan mereka ambik untung lebih sikit untuk menampung kos perubatan anak .
7.niatlah sedekah.setiap sen yang kita sumbangkan untuk usahawan islam adalah sedekah.

8.fikirkan masa depan bangsa melayu.dalam bisnes,bangsa lain kuasai 80 % dan melayu hanya 20 %.

9.jika kita tidak menyokong bisnes bangsa sendiri,siapa lagi?

10.cari alternatif.jika makanan mahal di kawasan kerja,bawalah bekal.mulut pun x kecoh,hati x panas,pahala pun dapat,dosa pun tiada.

11.banyakkan bersabar.fikirkan kesusahan seseorang usahawan…macam usahawan restoran,4 pagi dah bangun pi pasar borong sebab nak dapatkan harga lebih murah dari pasar biasa.bayar premis,bayar pekerja,sediakan mcm2 untuk pelanggan.pelanggan datang makan dan bayar,kemudian pergi dengan senang…

12.jangan terpengaruh dengan ayat “customer always right”.ramai pelanggan menipu dengan pelbacai cara.contohnya beli laptop dan jatuh pecah,tp masih ada warranti,dia minta tukar baru sdgkan dalam perjanjian warranty,jika jatuh,mana boleh ambil ganti.
Pernah ada pelanggan beli blous premis lain dan nak tukar kedai aku dan mendakwa ia dibeli kedai aku.kedai aku semua ada cop harga dan nama kedai…dah beribu pelanggan aku jumpa..macam2 karenah.

13.fahamilah bahawa hanya usahawan yg memahami betapa susahnya kehidupan seseorang usahawan.pelanggan tidak pernah merasai pahit manis kehidupan usahawan.mereka hanya mahukan harga murah tapi berkualiti..dalam dunia ini,tiada benda berkualiti dan murah!

14.apabila menulis dalam forum /fb hingga menyebutkan nama dan lokasi,ia dikira mengumpat dan mengumpat adalah dosa besar.jika org diumpat tidak memaafkan,pergilah haji 100 kali dan bina masjid 100 buah,amat susah menemui syurga….kerna dosa mengumpat tidak akan terhapus selagi manusia diumpat tidak memaafkan.



Kredit to GuaAnakMelaka
Source Dari Sini


Kang tak pasal-pasal ada yang bankrup sebab kita. Minta ampun ler bebanyak tapi memang ada kes usahawan bankrup sebab pelanggan sendiri. Ada makcik ni pergi pasaraya, berusaha dengan anak dia geledah rak Mee Kuning nak cari mee buatan cap Ah Keong yang belum pasti halal haram, katanya sebab mee Ah Keong ni tahan lama. Iya memang Mee buatan Melayu tahan 3 hari je, tapi Mama saya tetap beli sebab tahu ia takde bahan pengawet dan HALAL.
Nasi ayam ada ganja
Tomyam campur air rebusan sependa
Nasi lemak ada lipas
Cashier bermuka garang  
Ada yang tak puasa hati tapi pengecut sebenarnya, ni nak cerita pasal orang yang jaja cerita kat orang lain tentang makanan ada ulat lah, harga mahal siap hasut kawan jangan pergi tempat tu, tulis kat Blog hentam kedai tu siap bagitau nama alamat semua... Alahai kesiannya. Kalau IQ tinggi pergilah terus terang kat diorang, cuba bagi sms, nota kecik ke, tepon ke, email ke. Kalau diaorang degil jugak report je kat Tribunal Pengguna. Okay?




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

17 Januari 2012

Fasha Sandha dan Nora Danish Berlakon di Paris

Assalamualaikum, 




Amboi industry seni Malaysia sekarang dah maje ye, drama TV pun dah buat kat luar negara. Bukan indonesia bukan singapore tapi Paris u all....!





Sinopsis 5 Tahun 5 Minit 

Sinopsis tak dapat dikesan

angan lupa saksikan drama "5 Tahun 5 Minit" 
Setiap Isnin - Khamis, pukul 11.30 pagi, 
mulai Rabu 23 Mei 2012 di TV1.
Jom layan gambar je lah hehehe














Sinopsis Ariana Mikhail


Drama Ariana Mikhail bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.

Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dariAmerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah.

Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah.

Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Saksikan Ariana Mikhail mulai 16 Januari 2012 pada setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 8.30mlm dgn barisan pelakon yang mantap seperti Nora Danish dan Hussein Ruffedge.






Mood sekarang tengah bengang dengan Drama Bicara Hati, bertahun kutunggu sekali keluar drama macam quality drama spektra zaman 90-an dulu je. Baik layan Vanilla Coklat laju sikit ceritanya. Apa-apa pun cerita Bicara Hati, Ariana Mikhail dan Vanilla Coklat semua ditayang serentak padam malam Selasa. Layan....




XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

15 Januari 2012

Rumahtangga Berkecai Sebab Famili?

Assalamualaikum, 


Kahwin tanpa restu keluarga, kemudian menghadapi pelbagai masalah sehingga membawa pertelingkahan, kemudian bercerai, nauzubillah...


Cerita macam ni bukan asing lagi, malah saya sendiri melihat dengan mata kepala sendiri. Isunya sangat sensitif, tapi semuanya sudah selesai dengan cara yang amat bijak. Ternyata pasangan yang terlibat dalam kes yang saya lihat itu menyelesaikan masalah dengan wajar. Siap ada adegan program Jejak Kasih lagi. ~Tsk tsk tsk~


Sebenarnya kan, bila kita dah buat silap, buangkan lah rasa ego dan amarah. Yelah kita yang buat silap, apa lagi yang kita expect? Tak kan nak orang lain tatang kita bagai minyak yang penuh pastu tunjuk tabik hormat kat kita kan? Kesilapan berkahwin tanpa restu keluarga memang bukan jenayah besar, tapi ia melibatkan hati dan perasaan famili yang menjaga kita sejak kecil.  Mak, ayah, adik, kakak, abang kembar *tetibe* mana yang suka kalau kita kahwin tanpa beritahu mereka, pulak tu bila dah buat silap, kepala semakin ego mendabik dada macam kita ni 'innocent'.


Comel nye couple ni..


Seterusnya, kalau ada masalah akan datang dalam rumahtangga yang kita bina tanpa restu keluarga datang bertimpa, anggaplah itu ujian dari Allah. Penceraian bukan jalan penyelesaian. Mudah sahaja, ambil hati semua ahli famili selama mana yang mereka perlu. Memang lah ia mengambil masa yang banyak, tapi ia menunjukkan kesungguhan. Yang penting buat kerana Allah swt. Kita tak ada hak menyalahkan mereka jika keluarga itu jika tidak berapa sukakan kita pada permulaannya. 


Sebagai contoh dengan kes yang saya lihat depan mata tu, pasangan itu kembali ke famili setelah beranak dua. Walau dulu keluarga tu telah membuat pelbagi spekulasi, dendam amarah, dan macam macam lagi tanda protes, tetapi setelah bermaafaan, dendam itu padam perlahan-lahan.


Mereka juga tidak meminta maaf sambil lewa tapi bersungguh-sungguh. Setiap hujung minggu mereka bawak anak-anak yang comel tu balik jumpa nenek dia, mak sedara dan supupu sepupu yang comel *wink wink wink*. Walau ia memakan masa yang bertahun lama, ia berbaloi. Famili mana yang tak tertawan dengan kebaikan dan kejujuran mereka. Secara tak langsung, percintaan mereka akhirnya direstui keluarga alhamdulillah..




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

14 Januari 2012

Opah Strawberry Farm!

Assalamualaikum,




Punya lah excited dalam bab makan, sangup buat entry khas untuk Opah Strawberry Farm sebab opah tengah menyediakan makanan yang sangat enak untuk kami sekeluarga. Dah memang sejak azali lagi Azza suka kek kek ni, plus aiskrim dan benda-benda manis sebagai desert yang lain. Opah Strawberry Farm ibarat syurga bagi saya.




Selain memetik strawberry, antara produk yang boleh kita beli adalah..
@ Ais krim strawberry
@ Dadih strawbery
@ Muffin strawberry (panas!)
@ Scone strawberry
@ Jus strawberry
@ Topping paste strawberry
@ Jem strawberry
@ Madu lebah






 



Untuk aiskrim dan dadih, kita boleh request untuk tambah topping strawberry, baru terangkat rasa dia. Harga RM2.
Untuk scone, ia disediakan dengan jem dan butter. Harga pun RM2.
Muffin pulak, lebih enak dimakan begitu saja.. *ikut rentak lagu gardenia*

Kebanyakan product dia ni jual sikit sikit je, maklumlah home-made dan fresh. Kalau buat banyak-banyak kang tak fresh pulak, kualiti pun kurang. Sebab dah habis, kami pernah tunggu family dia hantar muffin yang baru masak dari rumah dia, berbaloi. Bila sampai je muffin tu, tak tahan digoda aroma vanilla dan strawberry dari muffin panas tu. Hoi!




Antara tips lain tentang strawberry


@ Tempat lain untuk memetik strawberry adalah Kasimanis Strawberry Farm, Healthy Strawberry Farm, EQ Strawberry Farm, dan Big Red Strawberry Farm. Tak silap saya, EQ Farm boleh dipetik strawberrynya pada sebelah pagi sahaja. 

@ Tapi di strawberry farm lain, kebiasaannya mereka jual strawberry celup coklat, itu aje. Kalau nak makan bend alain fresh fresh, boleh lah pergi Opah Strawberry Farm di Taman Sedia.


@ Secucuk strawberry celup coklat,  ada 3-4 bijik strawberry, dengan harga RM2. Kalau nampak kat pasal malam, secucuk ada 2 bijik strawberry je, plus coklat cair macam kicap, tok sah beli. Mengarut!


@ Standard harga sebekas besar strawberry RM10, kalu beli 3 bekas RM20. Tapi kalau dapat lagi murah lagi bagus.


@ Elak pergi Cameron Highland musim hujan, strawberry tak menjadi sangat. So tak syok lah bila petik semua strawberry menghijau lagi.


@ Oh ya Strawberry Park bukan tempat petik strawberry tau, itu nama resort je. Teehee..






**Sejak buat entry jalan singkat ke cameron highland, banyak pula keyword 'tips ke cameron highland' , tu yang saya cerita panjang lebar ni, mana tau experience saya yang tak seberapa ni boleh jadi berguna juga kepada sesiapa yang mencari informasi.




 XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

13 Januari 2012

Amoi Sangat Seksi Bila...

Assalamualaikum, 


Rasa macam pervert pulak, tapi jangan salah faham plishhh... : )


Setiap kali cuti, saya ditugaskan jadi pemandu rasmi adik saya untuk menjemputnye balik dari sekolah. Jammed nya tak tau nak cakap macamana, macam ada rusuhan pulak kat sekolah tu. Dalam kesesakan jam, sempat juga menjeling kiri kanan tengok awek sekolah. Teringat zaman muda muda dulu, masa Azza kurus ramping, kulit putih bersih, zaman jerawat segan nak tumbuh. 


ini adalah dua orang amoi..


Yang sering menjadi tarikan bila usya aweks aweks ni, bila tengok amoi berbaju kurung. Geram tau sebab lebih cantik dari kita yang melayu ni. Sweeeettttt.... sangat! Persoalan juga muncul di benak fikiran, apakah rahsia di sebalik keputusan mereka berbaju kurung itu ye?


@ Adakah kerana baju kurung murah?
@ Adakah kerana sejuk semasa di kelas?
@ Adakah kerana nak tutup parut di betis?
@ Adakah kerana pengaruh kawan melayu?
@ Adakah kerana menjaga kecantikan kulit dari sinaran UV?
@ Adakah kerana kamu mahu nampak comel?


Iya, comel dan seksi itu sudah pasti. Tak dinafikan, memang ayu, comel, anggun, lawa, kemas dan segala perkataan yang cantik lah katakan. Saya suka sangat tengok mereka beduyun-duyun keluar dari pagar sekolah, ada terselit 2 3 orang aweks amoi dan India yang berbaju kurung. 


ini pula adalah dua amoi yang seksi..


Yang Cina, siap dengan rambut lurus ikat tinggi di belakang (poney tail) , fringe di depan. 
Yang India, rambut lebat ikal mayang diikat rendah, dilepaskan di sebelah bahu. Oh ohsem!


So adik adik se-Melayu sekalian, berbaju kurung tu sangat cantik tak kita rupa paras kulit atau berlainan bangsa. Lepas sekolah nanti jangan berangan nak berskirt pendek, baju dedah cleavage ye... Sungguh tak sweet!


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

12 Januari 2012

Lagi Lagi Bicara hati

Assalamualaikum, 


Dari mula-mula saya buat entry tentang pelakon Bicara Hati, banyak pula keyword Bicara Hati masuk blog ni. Saya rasa malu pulak entry tu entry biasa biasa je tak memberi sesuatu pun kat pembaca. Mesti diorang nak dengar review tak pun sedikit kritikan pasal drama bersiri adaptasi novel popular ni.


Bicara Hati Episod 1

Sorry to say, saya rasa drama ni agak lembap. Saya tengok di Youtube tanpa iklan pun rasa lembap. Maklumlah kita ni mana pernah puas hati dengan sesuatu, asyik nampak buruk je. Yang filem Ombak Rindu rasa singkat pulak, banyak scene kena potong. Itu pun orang komplen juga. Teehee...


Tapi ini baru ditayangkan episod pertama dan kedua, mungkin boleh pergi jauh lagi. Hero dan heroin pun belum bercinta lagi kan. Tu yang slow sikit. Karang bila diorang dah bercinta baru tersengih sengih depan tv kot. 


Kalau sebelum ni saya rasa Sharnaz sangat tak sesuai jadi Tengku Shahran, tapi sebelum tengok saya dah setting dalam kepala "azza please sharnaz seadanya okay" pastu saya pun rasa "hmm okay juga kot sharnaz ni". Cuma dengan Zahlia rasa pelik sikit. Maybe first time tengok dia berlakon. Azza rasa dia jenis kasar sikit, cara bercakap pun kurang sifat ayu Zahlia dalam novel. 


Sinopsis Bicara Hati
Bicara Hati. Sebuah drama Melayu yang baru ditayangkan di Astro Prima baru-baru ini. Drama Bicara Hati menceritakan sebuah konflik rumahtangga yang dihadapi oleh sepasang suami isteri. Jom layan sinopsis di bawah dan download sekarang juga.

Sinopsis Drama Bicara Hati Astro Prima

Bicara Hati mengisahkan Tengku Syahran dan Zahlia bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.
Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia terima tetapi dengan syarat, iaitu hak–hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijab kabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?

Pelakon Drama Bicara Hati Astro Prima

Sharnaaz Ahmad Basir, Cristina Suzanne Stockstill, Marsha Milan Londoh, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Nazeera Sardi, Abby Nadzri, Josiah Hocan, Zarina Zainuddin, Mislina Mustaffa, Dazrin, Meor Muhd, Mama Rock, Lash Mokhtar, Balkish, Shakila Khoriri.

Download Drama Bicara Hati Astro Prima

Bicara Hati – Episod 01
Bicara Hati – Episod 02
Bicara Hati – Episod 03 akan datang
source : http://www.sedut.org/free-download-drama-bicara-hati-astro-prima.html


Tapi tak apalah, masing masing ada pandangan sendiri kan. Kalau ada sepulu ribu orang baca novel Bicara hati, macamana lah pengarah nak ikut imaginasi semua pembaca, kan? Mau pitam dibuatnya.


Dan lagi satu, cerita ni diolah sikit untuk sesuaikan jalan cerita di dalam tv. Contoh, watak Marini yang macam tiga suku tu, rasa nya tak ada dalam novel. Watak Zahlia nak pinjam duit pada mak angkat dia kat restoran pun ditambah supaya cerita leboh panjang dan sesuai. Watak Linda pulak, dilebih lebihkan gediknya. Azza rasa watak LInda tak ada lah se-Bimbo lakonan Marsha Milla Londoh ni, geli kot.


Apa-apa pun cerita ni ditayangkan sekali setiap minggu, malam selasa pukul 9 malam di saluran Prima Astro. Agak bersaing jugaklah dengan Vanilla Coklat TV3. Dia buat seminggu sekali macam ni kat Astro pulak, sah sah lah saya lupa nak tengok. Penat nya nak tunggu minggu depan. Dah lah tak hafal sangat dengan jadual siaran Astro ni walaupun dah 12 tahun melanggan. Jadual Astro memang berterabur sikit kan? Setuju tak?




** Siapa baca novel Gemersik Kalbu best tak?




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

09 Januari 2012

Jalan Singkat ke Cameron Highland

Assalamualaikum, 




Ni ada pengumuman bagi sesiapa yang belum tahu lagi. Bagi orang Pahang, Kuala Lumpur, Kawasan Pantai Timur dan yang berdekatan untuk ke Cameron Highland, marilah kita mencuba jalan baru untuk ke sana dengan memerlukan hanya 3 jam lebih, tol rm8 dan minyak tak sampai RM30 (bergantung jenis kereta). Sepanjang hidup ini, saya orang Pahang pun tak pernah jejak kaki ke Cameron Highland. Maklumlah, Cameron Highland tu terletak di Pahang, tapi kami  terpaksa kena ikut Tapah, Perak lepas tu patah balik ke Pahang untuk ke Cameron Highland. Tak sanggup oh.


Sekarang boleh ikut Raub sahaja. Kami orang Bentong memang suka sangat lah. Dalam masa 2 bulan dah 2 kali kami pergi sana. Seronok sebab tak sejuk sangat, tak panas sangat. Sesuai lah nak rehatkan minda. Pertama kali pergi, kami tak bawak sweater pun. So siapa siapa yang terlintas di hati rasa nak pergi leh je terus pergi. Secara ringkas..


KL - BENTONG - RAUB - CAMERON HIGHLAND


Kalau secara detailnya..

KL - HIGHWAY KARAK - BENTONG - RAUB - SUNGAI KOYAN - POST BETAU - TANAH RATA - BRINCHANG - hoyyehhh!!


Pertama kali kami pergi sana, kami sekeluarga duduk di Country Lodge di Brinchang, kali kedua pulak kami duduk di kampung melayu Taman Sedia. Dua dua seronok. Di Brinchang, kita boleh lah jalan kaki untuk ke bandar membeli barang atau jalan-jalan di pasar malam/pasar pagi. Barang semua murah-murah. Bagi saya, ia adalah syurga makanan sebab banyak makanan kegemaran saya kat situ. Strawberry celup coklat, brokoli-cendawan-kimcan goreng tepung, dadih strawberry, keledek rebus, jagung mutiara bakar, cekodok labu dan macam macam lagi. Sedap!!

Sekor strawberry di Opah Strawberry Farm. Nak buat camne bukan musim strawberry.

Set scone Abg Epul punya. Abg Epu, pinjam gambar ye.


Bebudak sekarang memang susah nak amik gambar, sememeh betul.
Saya kecik kecik suka je posing. Tak ikut mood pun.



Di Taman Sedia pulak, kena naik kereta la untuk jalan jalan. Sebab jauh dari tempat lain. Tapi jangan risau, kat Taman Sedia ada juga kebun mini strawberry. Semua pemiliknya Melayu. Ada satu kebun Strawberry ni nama dia Opah Strawberry Farm. Perh kat sini je kami lepak berjam-jam. Sebab dia ada jual makanan berasaskan strawberry yang dia tanam tu. Sedap sangat sebab fresh! Muffin, *Scone, Aiskrim, dadih, madu dan strawberry jam dan topping strawberry. Semua homemade. Fresh sebab dia buat sikit sikit tetapi kerap. Kalu muffin dia tu memang cepat habis, tapi jangan risau, jap lagi opan tu hantar dari rumah dia. Pekena panas panas memang perghh...

Cakap banyak pun tak guna. Jom layan Gambar. Oh ya ni semua gambar dari trip kedua je. Masa pergi trip pertama seorang pun tak bawak camera. Tu yang semangat nak pergi kali kedua tu. Haih..

Baby Ikmal adalah retis pada dua hari berturut-turut. Untung la kau Ikmal..


The gedik group, dalam camera gambar korang ler banyak sekali. Fine.

Pohon Seram nama dia. Kak Yani ni karang kena sorok dengan hantu kopek baru tau.


Semua nak bergambar dengan bunga yang sama. 
Padahal banyak lagi bunga lain kat Rose valley tu. Motiff???


Tak mekap tapi gatal gatal tangan try eye shadow biru mama punya. 
Semua mata jadi biru. Hampeh betul.

Bersama retis, baby Ikmal.

Gambar terakhir, barulah ada gambar Azza sorang itu pun ada gak hantu jealous nak 
interframe tak belakang.. ambik la nak sangat..



Sekian info dan sedikit gambar dari percutian saya bulan lepas. Maaf ler gambar tak menarik sebab kami tak ada DSLR. Tak mampu + Tak reti.. So yang paling penting yang saya nak highlight kan adalah, kalau korang pergi Cameron Highland sila singgah di OPAH STRAWBERRY FARM di Taman Sedia hokkayyy. Bantu lah perusahaan bumiputera. Sure terpikat dengan muffin made by opah. Sekali rasa pasti beli lagi 10 biji. Keh keh keh.

Disebabkan ada banyak lagi gambar yang nak di share, saya nak buat entry sambungan, khas untuk lawatan ke Opah Strawberry Farm je. Jangan marah ye sebab banyak gambar. Opah Strawberry Farm sangat best!


* Scone - small Scottish quick bread especially popular in the United Kingdom, the United States, Canada, Australia, New Zealand, Belgium and Ireland..




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

07 Januari 2012

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Assalamualaikum, 


Saya mula mencipta blog ini pada 3 Febuari 2011, kira awal tahun jugaklah. Blog Azza Azman hampir mencapai 12 bukan atau bersamaan dengan setahun sudah sebab sekarang dah bulan Januari 2012. Dengan ini, mari saya senaraikan 5 blog yang paling saya kerap baca atau dengan kata sebanar, saya stalker (sbb malas nak komen) pada tahun 2011.



Blog namee yang saya kenal pada awal Namee berblog. Blog namee lahir bulan January, blog saya pulak lahir bulan Febuari. Tapi blog Namee berjaya jauh ganda dari saya hehe. Masa awal-awal, namee jarang sangat update, kekadang rasa rindu. Lepas tu baru saya tahun, banyak masa dia gunakan untuk belajar dari berblogwalking di Blog yang sudah berjaya. Tak hairanlah setiap entry beliau meraih pengaruh yang besar dari pembaca. Caya lah lu! Plus kami kawan sekuliyah.. dari zaman matrik lagi.






Blog yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kalau nak tau, dari blog inilah saya mendapat rakan baru. Even blog Namee pun saya kenal dari Ben Ashaari. Dia juga lah yang banyak membantu memperkenalkan saya kepada orang lain. Terima kasih Ben. Kalau tak Ben yang bantu orang baru, cuba cakap siapa lagi? Tapi yang baru-baru ni juga janganlah simply take for granted, cuba belajar dengan Namee, selain mengharapkan bantuan dari Ben, usaha juga untuk membuat entry berkualiti. Saya pun masih belajar.




Ayeem, selucu namanya, blog ini memang tak kering gusi. Kalau tetiba rasa gundah gulana, boleh lah baca blog Ayeem Ayam. Tak perlu nak berfikir dan serius sangat, baca satu ayat pun dah boleh buat kita tersenyum lebar. Heeee.......




Blog Jo pun sama macam Namee, sekali buka pasti terpaut. Yang penting kedua-dua blog saya baca bukan kerana  mereka terkenal, tapi atas sebab terjalinnya rasa bersahabat dengan mereka. Saya kenal blog Jo dari GengBlogger, walaupun dah pupus dah sekarang, saya masih kerap melawat blog Jo, Sedih la Jo dah nak tutup blog dia akhir tahun ni..



Blog yang saya suka bila rasa nak cuci mata. Hmm segar bugar terus setiap kali bukak.. lepas tu mulalah berangan. Malas nak cerita lebih lebih. Tengoklah sendiri.



Ini pulak senarai 10 Blog yang saya kerap baca belek dari muka surat depan sampai belakang. Buat kakak kakak, adik-adik dan abang, saya minta maaf lah selalu baca tapi jarang tinggal komen. Sebab jari ni syok untuk skrol klik, skrol klik je, menaip memang payah.
  1. Kak Ina KL
  2. Kak Niza Romli
  3. Kak Yana
  4. Paris Lipton
  5. Kak Nur Amina
  6. Syakey
  7. Dunia Sebelah Zara 
  8. Nurizspace
  9. Silampuneon
  10. Naim Ke Arah Keredhaannya
Buat kakak kakak, adik adik dan abang yang tersenarai, meh saya ajak kamu untuk senaraikan blog yang kamu kerap lawati sepanjang 2011 ye. Lepas tu letak lah URL entry di ruangan komen atau >>DISINI<<




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE