29 Disember 2011

Pengaruh Filem

Salam,


Mak : Atoi diam la , adik kamu tengah tidur nie ,
Atoi : lu kasi wa mampos dulu la , baru wa diam ..

Ayah : Atoi ! itu mak kamu , ckp baik2 ta boleh ?
Atoi : wa tak kira lu mak ke , ayah ke , yg penting tempat nie wa pegang !

Ayah : ish budak nie , aku rembat kang !!
Atoi : lu ade nmpak lutut wa goyang ? mari laa wa tungguuuu

Ayah : ( membuat gaya untuk merembat Aiman) eyah !!
Atai : Lu rembat Atoi , Wa rembat LU !!

Ayah : ish , lagi sekor nie , aku tembak jugak nnti !
Atoi : Lu ada pistol ha? lu kasi tembak. sini!! sini !!



Source : Cerita Lucu


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

28 Disember 2011

Busy

Assalamualaikum, 




Buat kawan-kawan, pembaca, blogger dan pengomen yang baik hati, Azza nak bagitau je yang Azza betul betul tak ada masa nak bukak blog, apatah lagi tulis entry dan berjalan di blog yang lain. Mintak maaf sangat sangat. Sekarang ni pengujung sem faham faham sahajalah.




Minggu ni, Sabtu dan Ahad ada family day di Cameron Highland, Isnin balik Universiti, Selasa jumpa encik supervisor walhal kerja research satu apa pun tak ada progress, Rabu jumpa encik co.supervisor nak marking exam paper (di hari jadiku pulak tu) malamnya jumpa family, khamis study sikit sikit, Jumaat exam, sabtu balik rumah untuk hantar adik masuk PLKN, Ahad pergi jemputan orang kahwin di Melaka. Hadoi...


azza azman masa kecik..


Tengoklah, entry ini pun berbaur peribadi. Nanti Azza dah tak busy baru Azza update entry, maybe sesuatu yang berguna buat pembaca. Jangan lupa blog ini ye...Wassalam.




** Eh dah pukul 12 lah, Heppy Besday buat diri sendiri. Yahoo dah tua!! Alhamdulillah...




XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

26 Disember 2011

Candy Buffet, Anyone?

Assalamualaikum, 


Meh nak cerita haritu ada buat besday adik saya Anis, kelam kelibut pat pat pat tetibe dah Maghrib, semua sibuk masak, yang laki beli barang, so tak ada sapa nak hias meja to make it fun. Papa dan Paan reti buat ala ala formal je, biasa lah orang lama. Ala nak yang funky monkey tu. Apa tah nama dia..





Oh ya teringat masa gambar orang kahwin kat blog hafizudin hamdan. So saya terfikir ada tak orang yang boleh buat party yang ada Candy Buffet tu sebab nak buat sendiri memang tak ada masa. Macam-macam nak kena pikir. Siapa nak potong bawang. Siapa nak beli ais kat kedai. Nak cari hadiah untuk birthday girl pun makan 3 hari dengan Nani. Huhu.


Ehsan gambar dari Hafizudin Hamdan
Ehsan gambar dari Hafizudin Hamdan
Ehsan gambar dari Hafizudin Hamdan


Berminat sangat dengan Candy Buffet tapi serius bila pikir pikir semula, semuanya kena buat sendiri. But then saya ada terbaca di Entry Afiqah tentang penerangan yang bagus pasal Candy Buffet. Hmm nice... Lepas tu baca yang dia ada ambil tempahan Candy Buffet / Dessert Buffet. Awesome!


Dia cakap Candy buffet ni sebenarnya satu meja khas buffet untuk dessert. Selalunya digunakan ketika :
  • majlis perkahwinan, 
  • hari jadi, 
  • cukur jambul, 
  • majlis hari raya
  • lain-lain yang bersesuaian.

Ehsan gambar dari angeltreat

Ehsan gambar dari artistiquecakes

Perghh boleh lah rehat sikit macam ni. Ala setakat nak layan bebudak bukan nak makan mee kari sangat pun. Bagi je kek sebijik, gula gula sebijik, they might be feel like heaven ya know? Mak bapak dah boleh le melahap makanan lain tanpa risau lagi. Lagi satu, candy buffet ni cantik sangat. Rasa berseri seri album perkahwinan kalau ada gambar ni. Ingat tak kat entry ni saya ada cakap nak buat candy buffet. Yess!



Just name it, babe, antara Dessert yang Atiqah boleh sediakan adalah:
  • kek
  • cupcake
  • macaron
  • fancy cookies
  • puding
  • homemade chocolate
  • candies
  • lolipop
  • apam polkadot
  • chocolate fountain with fresh fruit, marshmallow
  • lain-lain dessert yang anda inginkan. 

Ehsan gambar dari manolobrides


Oii macaron pun ada ni yang excited ni. Semua dia boleh buat dan uruskan. Takyah lah pening pening kepala lagi kan. Meja dan hiasan meja disediakan oleh Cik Atiqah. Tema akan berdasarkan apa yang kita nak, imagine je hehehe. Dessert yang akan disediakan juga berdasarkan pilihan kita.



Tunggu apa lagi? TEMPAH SEKARANG. 
Servis ini bermula Februari 2012 !


Sebarang pertanyaan, sila sms ke 014 7939261 atau emailkan ke atiqahkj@gmail.com


For more information just go to...




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

22 Disember 2011

Nervous Bila Jumpa Dia

Assalamualaikum, 




Hehehe menyengih je dari tadi. Sebab potong rambut. Terasa muda la pulak sebab gaya rambut masa 15 tahun yang lepas. Buat fringe je. Tapi yang buat menyengih lagi sebab buat kat salon Chinta pelakon kegemaran saya. Kak Pasah!


Sebijik cenggini jadinya hoho!


Terpikat dengan cara dia, seperti tahun 2004 dulu kali pertama jumpa dia di postparty ABPBH. Sangat cantik dan tak sombong. Fasha Sandha! Saya suka tengok awak. Erm mesti awak ingat saya bukan peminat awak kan sebab saya diam je ambil gambar pn tak. Nerves la... Padahal peminat no satu kot.


Sesiapa yang tak tau lagi, kalau pergi salon Fasha ni dia memang ada setiap masa kalau tak ada shooting. Kalau ada shooting pun dia akan singah sini sekejap tengok apa yang patut. Sangat disiplin. 




Salon dia ada di tingat dua dekat berisan kedai di Wangsa Walk. Barisan kedai tau bukan dalam complex Wangsa Walk tu.




Wassalam.




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

21 Disember 2011

Cerpen Paling Sedih Sepanjang Hayat

Assalamualaikum,


Tahun lepas saya ada terbaca cerpen ni di facebook sebab semua orang pakat pakat share, memula ingat cerita lawak... hmm baca je lah. Tak sampai separuh saya dah terketar ketar tahan sebak. Phuii (sekarang trend tua muda sebut Phuii) sedih sangat cerita ni. Silakan baca.



Tajuk Cerpen : Aq da kwen skrg!!


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..




Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..




Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..




Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.




Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.




Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.




Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.




Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..




Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab saying bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.




Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..




Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??




Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!




Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!




Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..




Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..




Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.




Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!




Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!




Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..




Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Haffiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??




Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!




So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..




Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!




Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??




Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.




Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!




Aku buntu..




Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..




Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.




Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..




Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..




Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!




1 Julai 2007,


Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,


Dan Ara menangis bila abang melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,


Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,


Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,


Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa


Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..


Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.




*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..




Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?




4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?




Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.




Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.




Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.




“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”




Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..




Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..




Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..




(T.T)


Jap lap air mata.



Persoalannya, saya tak tanya siapa penulis sebenar cerpen ini? Nak suruh dia buat skip hantar kat Tarantula Picture, suruh Osman Ali baca pastu buat filem laku ohh.



Korang ni main share je tanpa kredit kat penulis asal.




Updated : Penulis asalnya dari http://tuahmohdbakheet.blogspot.com thanks Atiqah bagi info.


** Terbayang Ara yang ini masa mula-mula baca cerpen ni dulu.


XOXO, Azza Azman

Jika Suka Jom LIKE

19 Disember 2011

Macaron Murah Oii

Assalamualaikum,


Saya rasa saya dah terkena sumpahan macaron berdasarkan Entry Ini, Entry Itu, Entry Sana, dan Entry Situ. Sebab nya saya berlagak kata macaron ni biasa biasa je tak sedap dah malas nak beli dah. Okay fine memang lah tak beli kat Harrods dah tapi kau pergi borong kat tempat lain tak apa pulak khennn....


Walau tak gebu montok demokk macam kat KLCC tu, macaron yang ini boleh tahan lah sedap dia cuma dia kempes sikit, kurus dan krim sikit je. Patut, kalau krim dia banyak melimpah luah baru bernafsu beli sampai soploh bijik.




Sempat ambik gambar yang dua bijik ni je dari 6 bijik. Yang lain dah selamat dalam perut dua ekor manusia yang rakus. Err thanks Mr. Nice Gur belanja itew macaron comey niew (cubaan ejaan gedik). Lagi satu kan, sebab nafsu menguasai diri, dah tau saya suka perisa coklat je tapi saya tetap nak pilih perisa lain sebab tergoda dengan colorful dia. Haihh!


Hanya 2.00 sebijik korang boleh dapat macaron versi murah ni kat kedai LilDaisy di Complex Axix Atrium, Ampang kat tepi MRRT tu on the way to Cheras tu. Tepi jalan je. Kedai dia pun cute sangat. Selain macaron berduyun-duyun berwarna warni, dia ada jual kek dan cupcake. Grrr sila kawal nafsu anda bila pergi sana. Okay.


Oh ya kalau ada sesiapa nak tempah macaron untuk apa apa majlis boleh tengok kat sini,




**rasa macam blogshop makanan pulak asyik cerita pasal makanan je.huhu




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

17 Disember 2011

Contoh Entry Kurang Matang

Salam, 


Ini contoh entry kurang matang. Layan..


Hari itu saya pergi KLCC. Dengan mama papa dan adik adik sebab nak tengok cerita ong bak windu.


Kemudian saya berasa air liur saya menjerit hebat mahu makan manisan. 
Macaroon-so small yet so expensive.


Pergi Harrods mahal kemain (RM23-6 bijik) . Kat kisok depan Garret pun mahal (RM3.90-sebijik) Akhir nye ternampak satu kiosk Fine Dessert kat dalam Parkson. (RM30-10 bijik)


Sedap oi.. rasa nak simpan dan awet kan sebab comel sesangat.


Makan sambil posing yakni berlagak persist blogger model plus cun melecuns.
(gambar kene kecik je paham2 jelah)


Ini perisa Green Tea kalau tak silap. Perisa coklat paling sedap. Sila ke KLCC sekarang untuk dapatkan satu sebelum dia naikkan harga. Sekian.


Lepas ni kalau malas nak menulis wat entry cenggini je. Penat oh tulis panjang panjang bukan ada sapa nak kesah pun hik hik hik.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

16 Disember 2011

Kahwin oh Kahwin

Salam,


Plz baca habis sebelum komen...bukan saya lah nak kawen, ni pendapat jer.


Ni pekebende ni asyik cakap pasal kahwin saja. Ni lah antara topic hangat antara saya dan kawan-kawan. Maklumlah semua pakat pakat nak tunang dah kahwin bulan 12 ni. Entry ni saya buat untuk mengulas entry perkahwinan kebaratan dan entry risiko kahwin atau tak kahwin.




Pertama, entry perkahwinan kebaratan, saya tidaklah menafikan sepenuhnya tidak menyukai trend perkahwinan sekarang. Seperti yang saya cakap di akhir entry itu, ada trend yang saya nak ikut dan ada yang saya cuba nak elakkan. Yelah, takkan orang lain semua pegang bunga aku pegang pistol pulak... cuma pointnya saya nak cakap,tidak dinafikan kebanyakan trend perkahwinan orang kita sekarang datangnya dari budaya omputeh sana.Macam baju putih tu, sah sah dari sana. Sebab pengantin orang Cina warna merah, orang India pulak warna terang. Kalau Jawa warna-warna tanah. Tapi sebab trend kan, persetankan semua itu, sekarang semua pengantin kena pakai baju putih, kalau tak cencel kahwin sekarang juga! Lagi satu banyak idea tentang majlis tu datang dari ibu bapa juga. Tak mudah la nak buat simple simple, anak jiran dia tunang dulu buat 8 khemah mesti dia nak buat 10 khemah pulak. Kang sedara mara mengata.




Kedua, entry risiko kahwin atau tak kahwin. Saya ada pendapat sendiri kenapa ibu bapa tangguhkan umur yang sesuai untuk membenarkan anak-anak berkahwin. Kita tengok ye, cara pembelajaran kita di sekolah sekarang. Dari tadika sampai tingkatan 5, apa yang kita belajar semua menjurus kepada pelajaran formal. Cara-cara mengira, cara-cara menulis sampailah cara nak masuk universiti. Semua untuk segulung sijil sahaja. Kalau cikgu rajin adalah ajar sikit macamana nak temuduga. Itupun untuk mintak kerja. 13 tahun beb. Satu dekad kita belajar atau menuntut ilmu kononnya, tapi kalau kena campak kat negari lain lepas SPM tu, mampu tak kita berdikari? Dalam 10 orang mungkin ada seorang sahaja yang takkan call mummy daddy mintak tolong. Anak-anak sekarang belajar bukan untuk cara nak survive. Tidak. Mana mungkin ibu bapa sekarang akan benarkan anaknya berkahwin tanpa berfikir 20 30 kali dalam zaman sekarang ni.




Ini hanya pendapat saya. Pendapat kamu boleh diberi di ruangan komen.




Oh ya tak ya, kepada semua geng, jangan marah ye kalau Azza tak singgah lagi di entry terbaru korang. Sangat busy sekarang ni, esok pun ada kelas apedehal? Hujung minggu baru Azza komen ye. Wassalam.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

14 Disember 2011

Risiko Kahwin atau Tak Kahwin

Salam,


Semua orang tahu, kebiasaannya pihak yang melarang kahwin muda kebanyakannya mempunyai hujah yang sama, iaitu belum cukup pengalaman, tidak matang, tidak ada kemampuan, tak cukup duit, tak ada rumah kereta, masih study dan yang sewaktu dengannya.

Kita tidak menafikan bahawa ini merupakan satu risiko, disebabkan perkahwinan itu suatu perkara yang berat.

Tetapi dalam masa yang sama, Anak Muda berdepan dengan satu lagi risiko yang lebih besar, iaitu zina. Zina ialah suatu maksiat kepada Allah yang sangat besar dosanya, bahkan ia mengakibatkan rosaknya keturunan, penyakit kelamin, gejala buang bayi dan aids. Mudharat atau risiko ini sangat2 besar berbanding mudharat atau risiko tidak berapa matang, kurang berkemampuan , belum bekerja, masih belajar dan sebagainya.


picture credit to aswad


Maka kita menggunapakai kaedah fiqh , iaitu menimbang antara dua mudharat. Selepas ditimbang, terbukti mudharat kedua iaitu zina lebih besar, berbanding mudharat pertama. Maka, mahu atau tidak, kita wajib mengambil mudharat kedua yang lebih ringan. Jadi berkahwin diusia yang muda adalah langkah terbaik.

Rezeki itu di tangan Allah, bukan manusia. Asalkan mereka ada tekad yang baik, niat yang ikhlas, bersedia menanggung tanggungjawab, bukan bermain2, serius mahu berubah, maka mereka wajar ditolong. Salah satu caranya adalah dengan mempermudahkan perkahwinan kepada mereka

Credit : Ustaz Hafez Sabri


** my 2 cent, zina, buang bayi terjadi sebab manusia postpone ikatan halal selama sepuluh tahun. dulu atuk nenek kahwin umur 18-20 tahun even diorang tak tau apa-apa. sekarang umur 10 tahun dah tau macam-macam tapi kena tunggu umur 28-30 tahun baru boleh kahwin.


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

11 Disember 2011

Trauma K-POP

Salam, 


Sebab Kpop, mangsa trauma, keluarga mangsa trauma, pengomen obses K-Pop trauma, si Penyamar pun trauma.
ka-rena yo-seob sa-orang

Mangsa trauma, ada yang kelar muka dia, bunuh dia, tampar dia..
Keluarga mangsa trauma, kasihan Amirah murung, ada yang nak bakar rumah dia..
Pengomen obses K-Pop trauma, menyesal ugut kat mangsa, rupanya mangsa tak bersalah..
Si Penyamar pun trauma, si keluarga mangsa sudah report polis dan tau lokasi anda.. hehe.





First sekali saya dapat tau kewujudan blog BUDAK GIGI RABBIT ni, impress jugak, berani betul dia kutuk K-Pop, tapi bila tengok komen... eh asal ramai sangat marah dia? Dia cakap sikit je yang lain hambur macam macam. Bebudak je semua, perempuan pulak tu. Terpikir juga, artis K-Pop yang dikutuk itu alim ulama kah?


Saya pun beri komen di entry itu, saya kata saya sokong entry ini (maaf peminat k-pop). Saya saja bagi komen itu sebab semua dah kutuk Amirah , biarlah saya jadi penyedap hati Amirah (mangsa) lagipun saya tak gemar sangat dengan orang yang obses artis K-Pop.


Tapi tu sebelum dapat tau yang Blog  BUDAK GIGI RABBIT tu palsu belaka. Beberapa hari lepas baru tau itu hanyalah penyamaran dari orang yang tak bertanggungjawab. Amirah tidak bersalah. Yang bersalah sekarang ni si pembenci K-Pop tu dan peminat tegar K-Pop.




Yang pembenci K-Pop kutuk K-Pop di blog palsu sampai sanggup guna identiti orang lain yang tak ada kena mengena, yang si Obses K-Pop pulak bermati-matian pertahan kan artis kecintaan depa sampai maki hamun Amirah (mangsa) macam orang hilang akal. 2000 komen untuk satu entry tu.


Sekarang bila dah tau keluarga Amirah buat laporan, mencicit pengomen si Obses K-Pop ni gigih padam komen maki hamun tu. Takut ye dik? Ni antara komen dari peminat K-Pop tegar, tapi kebanyakan yang teruk teruk sudah dipadam. Rasa nak tergelak je tengok telatah budak budak ni bercakap.











Suka komen ini, sempoi.
         " Nur Syamimi Aqilah said...sudahlah kutuk dia ni..dia kena hacked la..she's innocent..kalau betul memang dia yg tulis post ni pun,tak yah la sampai nak ugut2..aku layan je kpop..tapi takdelah taksub bebenor..bila aku baca komen2 yang kutuk atau yg ugut dia ni,terserlah yg kpoppers ni cepat melatah..buat malu je..dia dah report polis kot..see??kan dah jadi kes polis..udah2 la..kpd amira afiqah..be tough okay..! "


Komen dari Ibu Amirah.
Cooking With Love said...

Salam & sejahtera untuk semua. Setelah melalui beberapa jam yang amat memeritkan, memilukan & menyedihkan buat kami sekeluarga terutamanya untuk anakanda kami Amira Afiqah yang teraniaya, malam ini kami sedikit merasa lega.Terimakasih adinda kami Zulhazri. Sebagai ibu kepada Amira hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kami berserah, berdoa & sokongan dari ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai sajalah yang menjadi kekuatan buat kami.



Bayangkanlah bagaimana terkejutnya anak saya pada jam 5.30petang 7/12/2011 apabila mengetahui seseorang telah mereka cipta sebuah blog menggunakan nama dan fotonya yang dicuri dari laman web sosial Facebooknya?Bayangkan pula bagaimana perasaan kami sebagai ibubapa kepada Amira apabila membaca komen-komen yang cukup ‘manis’ & ‘beradab’ dari penyokong-penyokong K-POP yang menganggap blog itu benar-benar rekaan dari tangan ‘kreatif’ anak saya?
Bayangkan pula bagaimana tanggapan ahli keluarga kami ketika mengetahuinya dan membaca komen-komen yang ‘cukup sempurna’ pada pandangan pemberi komen-komen tersebut yang pada ketika itu berjumlah hampir 1000 komen. Antara perkataan-perkataan yang dipetik dari ‘kamus’ mereka :-
1. Kau pehal betine?...muka mcm ……”(tak sanggup saya nak tulis)
2. “hei pompuan bodoh…ko cermin muka kau yg hodoh tu!”
3. “kasi rogol…”(Nauzubillah…saya mengucap panjang)
4. “pompuan gedik!”
5. “muka mcm taik anjing” (Sedih saya membacanya…mereka mengutuk ciptaan Allah yg cukup sempurna ini)
6. “kita bako umah dier”
7. “ci… , lan…, “ (maaf bahasa lucah)
8. “budget lawa konon nenek aku lagi lawa”
9. “kasi cincang lumat!!! Sampai mampos…”
10. “budak berok”
11. “baik kau delete sebelom aku toerh muka kau…..”
12. “mak bapak ngan keluarga anjing…..”
13. “publisiti murahan…muka pun dah mcm pompuan murahan…”
14. “lu jgn sampai gua cari lu….kasi jahanam..” dll
Maaf dah tak tergamak lagi saya sebagai ibu yg membesarkan Amira dari dua jari tapak kaki sehingga berusia 14 tahun ini, dikeji sebegitu, dihina, dimaki hamun sesuka hati.
Maaf juga kerana saya tidak dapat menghentikan kutukan demi kutukan dari peminat yang kegilaan K-Pop itu dari terus menghentam anak saya yg tidak bersalah, WALAUPUN saya telah berusaha secara baik memohon kepada mereka melalui catitan di dinding Facebook Amira dan saya. Sebaliknya mereka menuduh dengan pelbagai tohmahan, mencabar kami dan kredilibiti pihak polis dan mempertikaikan Undang-undang Negara.
Namun di sebalik itu ada hikmahnya…kami sanak saudara, keluarga dan rakan-rakan serta anda semua yang memahami telah memberi kami kekuatan untuk menghadapinya TETAPI tidak buat anakanda kami Amira Afiqah.
(continue)
December 9, 2011 1:08 AM





Cooking With Love said...








(continue from previous comment)




Mereka kini ada yang memadam komen-komen di blog, memohon maaf tapi adakah mereka rasakan saat anak saya menghadapi trauma, ketakutan, tidak tidur, hilang selera makan selama 2 hari, murung dan menangis? Paling menyedihkan sewaktu kami membawanya ke IPD Kulaijaya dia enggan makan setelah selesai Inspektor Nora mengambil statementnya. Dia hanya mau pulang ke rumah, pulang ke rumah dan pulang ke rumah. Perkataan itulah yang diulang berkali-kali sewaktu kami singgah makan di sebuah kedai makan di situ. Dia tidak menjamah walau sebutir nasi pun.
Mereka bersatu hati menghentam anak saya SEORANG ! Anak saya bukan artis, selebriti, ahli politik atau tokoh yang terkenal. Dia hanyalah seorang gadis berusia 14 tahun, menurut dan mendengar kata kami, seorang pendiam, disayangi teman-teman di sekolah, meminati siaran kartun dan salah seorang peminat K-Pop juga tetapi bukan terlalu taksub dengan laman web sosial facebooknya jauh sekali memiliki blog! Apatah lagi email dan password anak-anak saya turut saya ketahui untuk dipantau.

Wajarkah kemaafan kami berikan kepada mereka yang membuat hidup anak saya menderita?
Wajarkah kami melupakan begitu saja pada semua komen yg menghentam (lebih dari 1000)itu?
Wajarkah kami menutup sebelah mata…oh kerana mereka itu semua anak-anak yg rata-ratanya berumur 11 tahun – 16tahun?
Wajarkah saya menutup kes, tutup cerita?
Saya yakin, kebenaran itu akan tiba. Allah itu Maha segalanya. Sebagai seorang Islam, seorang ibu juga saya amat sedih dengan sikap anak-anak ini. Mungkin keluarga mereka pun tidak tau. Ya, biarlah Undang-undang mengadili mereka sebagai pengajaran kepada semua. Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata…….TIDAK TERKATA-KATA DIBUATNYA.



Persoalannya, kalau betul pun Amirah ni berniat nak luahkan perasaan dia kat Artis K-Pop kat blog, dia punya sukalah. Mana ada dia kacau ganggu hidup peminat K-Pop yang lain. Pelik betul sampai maki hamun macam ni kat dia. Lebih lebih lagi sekarang dah tau ia blog palsu je, masih ada yang kutuk dia. Bebudak sekarang...Okaylah, saya doakan keselamatan adik Amirah, semoga anda mendapat ketenangan seperti sebelum ini. Amin.


** rindu nak tengok All About Eve dan Sassy Girl, zaman lelaki korea masih JANTAN.


XOXO, Azza Azman
 Jika Suka Jom LIKE