Punya lah excited dalam bab makan, sangup buat entry khas untuk Opah Strawberry Farm sebab opah tengah menyediakan makanan yang sangat enak untuk kami sekeluarga. Dah memang sejak azali lagi Azza suka kek kek ni, plus aiskrim dan benda-benda manis sebagai desert yang lain. Opah Strawberry Farm ibarat syurga bagi saya.
Selain memetik strawberry, antara produk yang boleh kita beli adalah..
@ Ais krim strawberry
@ Dadih strawbery
@ Muffin strawberry (panas!)
@ Scone strawberry
@ Jus strawberry
@ Topping paste strawberry
@ Jem strawberry
@ Madu lebah
Untuk aiskrim dan dadih, kita boleh request untuk tambah topping strawberry, baru terangkat rasa dia. Harga RM2.
Untuk scone, ia disediakan dengan jem dan butter. Harga pun RM2.
Muffin pulak, lebih enak dimakan begitu saja.. *ikut rentak lagu gardenia*
Antara tips lain tentang strawberry
@ Tempat lain untuk memetik strawberry adalah Kasimanis Strawberry Farm, Healthy Strawberry Farm, EQ Strawberry Farm, dan Big Red Strawberry Farm. Tak silap saya, EQ Farm boleh dipetik strawberrynya pada sebelah pagi sahaja.
@ Tapi di strawberry farm lain, kebiasaannya mereka jual strawberry celup coklat, itu aje. Kalau nak makan bend alain fresh fresh, boleh lah pergi Opah Strawberry Farm di Taman Sedia.
@ Secucuk strawberry celup coklat, ada 3-4 bijik strawberry, dengan harga RM2. Kalau nampak kat pasal malam, secucuk ada 2 bijik strawberry je, plus coklat cair macam kicap, tok sah beli. Mengarut!
@ Standard harga sebekas besar strawberry RM10, kalu beli 3 bekas RM20. Tapi kalau dapat lagi murah lagi bagus.
@ Elak pergi Cameron Highland musim hujan, strawberry tak menjadi sangat. So tak syok lah bila petik semua strawberry menghijau lagi.
@ Oh ya Strawberry Park bukan tempat petik strawberry tau, itu nama resort je. Teehee..
**Sejak buat entry jalan singkat ke cameron highland, banyak pula keyword 'tips ke cameron highland' , tu yang saya cerita panjang lebar ni, mana tau experience saya yang tak seberapa ni boleh jadi berguna juga kepada sesiapa yang mencari informasi.
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE
14 ulasan:
sayangnya...sy bkn peminat strawberi. kek pun kurang. klu citarasa sy mcm azza...mesti dah terliur sakan ni :)
bila lah nak g memetik strawberi nie.
ceh.. meleleh air liur ni ha..
bestnyaaa :)
Sedapnya strawberri..
Nama je duk pahang, aku pun tak pernah pergi Cameron lagi..hahaha
nampak sedapnya azza. :( nak jugak. hmmm. skang ni macam teringin nk makan smua bdna yg berkaitan dgn strawberry. :/
akan pergi ke sana. Insya Allah... thanx kongsi info.. :)
jeles2..!!! nak strawberi..!!
aduih.. sedap nye tengok.. teringin nak rasa
Tak sabar tunggu hari Rabu ni nak ke sana jugak. Kunjungan kali ke 4, ada tak lagi laksa kat pasar malam...sedap giler
...sayangnya saya tak minat kek2 dan benda manis2 tapi anak2 & wife minat pulak...kena pulak anak yang bongsu...strawberry tu sekali dia hadap jer orang lain tak merasa...
salam
bercuti ek.. hehe
jom baca;
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/01/dimana-engkau-kawan.html
bila musim strawberi boleh dipetik..adakah ianya sentiasa ada...
Tempat tu kat mna?byaran msuk?
Catat Ulasan