20 November 2011

Akhirnya Berjaya Buat Macaroon

Salam, 




Yeah!! akhirnya, saya berjaya juga buat macaroon. Jangan salah faham, berjaya buat je, tapi bukan macaroon yang berjaya. Ingat senang ke nak buat, baca method dia dalam internet pun boleh bikin pening kepala, setiap orang ada cara sendiri. Cara English, cara France cara Italy, belum masuk cara Mak Jah lagi.


Ini macaroon Chef Harrods masak..


Walaupun dari segi rupa, macaroon saya kurang cantik, tapi rasa dia hampir sama. Skirt dia tak menjadi. Ala... come on, it just a homemade macaroon. Dan, I lost the part of marshmallow (chew texture) dalam macaroon shells tu. Crunchy sangat jadinya. 


Ini macaroon Chef Azza masak..


Gambar semasa membuat tak ada sebab memory card camera rosak. Tapi tengok gambar hasilnya pun korang boleh percaya kan saya buat sendiri. Huduh betul. Oh ya, ni nak cerita pantang larang dalam pembuatan macaroon.


@ Jangan buat semasa cuaca sejuk, hujan atau malam. 
@ Jangan guna mangkuk, sudu dan alat lain yang beminyak.
@ Jangan ada sedikit pun air pada alat memasak macaroon.


@ Pada proses terakhir, jangan tekan2 atau putar adunan,cuma bolak balik kan secara lembut.
@ Jangan biarkan oven terlalu panas. Nanti crack. 
@ Jangan guna fresh white egg. Simpan 2 3 hari dulu dalam peti.


@ Ratio adunan kene betul, ish kena beli penimbang digital ni.
@ Kalau boleh serbuk badam tu beli, jangan blender sendiri.
@ Perlu bersabar. Pakar macaroon pun sentiasa ambil risiko setiap kali buat macaroon. 



Sangat berisiko, tak yah buat dengan harapan tinggi pun. Apatah lagi first timer macam saya. Amacam takut kan, lebih baik korang beli je. Rm3.90 seketul. Hik hik hik. 




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

15 ulasan:

K berkata...

lau dapat free lagi best, hehe :P

Unknown berkata...

fuyoh, slme ni dpt tgok kt tv je, xpenah merasa lagi....ok la tu 1st timer. atleast de rupe...

N'Craft berkata...

saya pun pernah try buat dulu. hoho. 1st time jadi. 2nd time tak jadi. membazir kalau tak jadi tu T-T. memang manis ke??

Chegu berkata...

pasni sapa nak oder macaroon, oder ngan chef azza je la, hehehe

Muhammad Naim Abdullah berkata...

menarik.

Sedap tak Azza. Send dekat naim sama yg dok kedah nie.. hehe

EnciK AxixOu berkata...

sedap x 2?

Tanpa Nama berkata...

apa yang terjulur keluar tu?

at least mencuba kan boleh la ejas kemanisan tu.

boleh buat bisnes dah ke?

Bella Heuheu ❤ berkata...

azza, bella nak! hikhik.

Jo Qusary berkata...

"jgn tekan2 atau putar aduan..."
OK

Azza Azman berkata...

@Jo Qusary adunan maksudnya, ala saya malas lah nak edit. ni memang kelemahan saya dah tak kisah mengenainya..huhu.

LAici KAng Ais berkata...

tumpang lalu :)

sedap lak tengok tuh. tak bekfes lagi ni. eheh

Namee Roslan berkata...

alaa azza. namee tak pernah pun makan macaroons . kesian kan ??ahahah, nk try tp selalu terlupa nk try. :( nk beli kat mana haa ?

Rosalia berkata...

fuyo! dh jd chef la:D byk nye pantang dia mmg kena telitila kan? mmg penyabar la awak ni.:)

-atiQah- berkata...

wahhh..hebatlah..dh menjadi tu, walaupun rasa marshmallow tu hilang. blh cuba buat lg. sy pernah buat sekali, tapi memang fail. jd gempeng. hehe. tringin nak mkn macaron ni. tp mmg tak terbeli lg. hehe.

sue perbs.. berkata...

wow.. pndai buat macaron dah.. boleh la order kat cik azza ni ye