Salam,
Paling benci masalah "kurang komunikasi". Mungkin otak kanan saya kurang berfungsi dengan baik. SPM : Fizik dapat A, Bm dapat B. Jadi saya tak cepat tangkap bahasa bahasa puitis atau berbunga bunga. Kalau masa rehat atau santai tak apa jugak. Tapi bila dalam keadaan genting saya paling benci dengan jenis komunikasi dalam berpuitis ni.
Ini Perbualan dalam SMS.
Tolonglah. SMS yang maksudnya "Short Message Service"
Saya : Salam, raya ni balik kampung tak. Ada kawan nak tumpang.
Dia : Hmm entah lah, kalau nak balik, baliklah. Tak de mood lah nak balik.
Saya : Kalau macam tu nak pinjam kereta boleh?
Dia : Nak pergi mana?
Saya : Balik kampunglah.
Dia : Habis tu saya?
Saya : Okay sekarang nak tanya awak balik kampung tak? Kawan nak tumpang ni.
Dia tak jawab. Berdasarkan mesej terakhir, mungkin saya berotak kiri, setelah membuat kira kira, saya pun tak mengajak kawan tersebut.
Dia : Salam, tanyalah pendapat yang lain. Kalau mereka nak balik malam ni, kita balik, kalau mereka tak dapat cuti, mungkin kita balik esok pas raya. Ikut saya, malas nak balik, tiada mood. Ikut saya, balik raya ke tak balik raya pun sama sahaja. Nak balik raya? Balik tak balik sama sahaja. Dah tak ada erti apa-apa. Bla bla bal... ayam tak beli lagi, tak masak lagi bla bla bla... daging... cuti.... malas... belanja... bla bla bla... ini tangungjawab ramai... bla bla bla... *(mesej ini ada 6 pages)*.
Mesej ni saya dapat semasa saya dah pun dalam bas pada keesokkan harinya. Saya pergi sendiri seorang diri. Sebaik dah jumpa dia, dia tanya "mana kawan yang nak tumpang semalam?
Saya pasrah.
Pasrah dengan otak kanan saya.
*Sekarang sedang mood tension dan keliru atas konflik yang terjadi sejurus kisah di atas.
XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE
15 ulasan:
kawan awak tuu , pening jugak laa T__T tak boleh buat keputusan dengan tepat pada masa terhad ! hahaa
@Alia Natasha Tulah kita pun tengah pening ni... adoi..
maybe dia yang ada masalah otak kanan dan kiri kot. tu yang takleh buat kputusan..
Jadi macam mana ni?? Balik kampung ke tidak? hik3
hahaha macam blur je 'dia' tu. :)
kita rasa kawan awak sebenarnya stress...*positif..hhoho
rrr.. mmg terlalu knflik.
perlu ka dy pikir lama.
klu ta bg tmpg ckp awal2 :)
Iya, Kak Hawa, saya tengah positif lah ni. Huhu, Mungkin otak kanan saya yang tak berfungsi dengan baik... dia betul, saya salah. Hmm kena latih lagi otak kanan saya supaya dapat menganalisis dengan baik selepas ni.
haha saya pun pening XD
Sabar2, die ade pikir mende lain kot, lain kali, kalo x brape paham mksd sms tu, call je trus, nway slamat ari raya
hehehe pening pnye kawan..sabo2 :)
salam
pening naim membaca mesej kawan Azza ini.
Selama ini dia macam 2 ka?
cc:http://www.youtube.com/watch?v=TNdIqT9VQmk
hehe
tak tak tak... azza lah yang pening tak dapat menapis mesej dengan baik... bukan kawan azza, tapi azza yang pening sebenarnya..
bgtau2 last menet ni yang tak best nia.
apa2 sis azza, salam aidiladha ;) slamat menjamu slera :D
/..salam kenal..dari segmen azfa...;d
Catat Ulasan