20 September 2011

100 Sebab Korang Mesti Tengok RAYA TAK JADI



Salam, 


Kui kui kui, lenguh sangat dah pipi ni ketawa memanjang, rasa perlu makan Panadol Advance akibat lenguh berlebihan. Sedar tak sedar dah habis.Uwa...! Tengok cerita Raya Tak jadi ni memang berbaloi-baloi.


Terus terang saya cakap, mula-mula rasa macam malas nak tengok Raya Tak Jadi sebab pengalaman pahit tengok Hantu Bonceng tu. Tapi ikut jelah kata orang yang nak belanja. Itulah orang dah cakap, kalau belum tengok jangan komplen lagi, tengok dulu baru tau. Hasilnya, perghh!!!




Saya dah cakap dah, saya ni bukan anti filem Melayu. Ramai yang ingat saya macam tu berdasarkan entry 10 Sebab Korang Tak Payah Tengok Hantu Bonceng. Dah cerita tu memang hampeh tak kan nak tipu kan. Raya Tak Jadi lain, best lah pulak rasanya.


Oh ya, ada juga yang kata, kalau tak bagi tengok Hantu Bonceng kenapa saya bagi link download? Hehe saya terlupa nak cakap yang maksud saya korang tak payah bersusah payah tengok Hantu Bonceng kat panggung wayang. Membazir dan tak berbaloi. Tengok kat TV atau download okay je. Sekarang saya rekomen, sila pergi tengok cerita Raya Tak Jadi sebabnya....


1. Cerita ni menghormati Agama Islam dan Budaya Melayu. Ada satu scene, sorang penjahat tu suruh bos dia orang Jepun, bukak kasut sebelum masuk rumah Melayu. Terbaik! Pastu, botol arak pun dibalut surat khabar. Genius!


2. Johan sangat lawak okay. Saya tak tau lah dia ikut skrip ke tak tapi memang tak kaku. Mimik muka dia pun dah buat saya tersengih macam kerang busuk. Adeh nak pecah perut bila ingat dia marah Apek sebab beli arak.




3. Apek pun masih best agi. Rasa macam segar je lakonan dia. Dah tak berulang lawak-lawak lama. Bukan stok lawak bodo & basi lah kiranya. Syabas Apek.


4. Walaupun cerita ni arahan Razak Mohaideen, saya rasa dia dah buat come back lah sejak cerita Mami Jarum dulu. Skrip terbaik tak tau sapa penulis. Even pelakon Jalaluddin Hasan pun lawak dalam cerita ni.




5. Pelakon tambahan fresh dan tak kaku. Pandai gak diorang pilih pelakon. Noreen Nor pun ada. Lawak gak gedik-gedik dia tu. Huhu.


6. Tak perlu nak reka reka sangat lawak-lawak baru. Buat skrip sempoi je udah. Tak de pun perkataan tag line baru macam... Ape Celoppp... Tokkk...


7. Plot cerita tersusun. Sebab tu tak rasa boring. Scene masa Johan berimaginasi terbaik dan tak bosan. Teruk betul imaginasi dia masa Jalaluddin tengah cerita, senget!




8. Cerita ni berlatar belakangkan kehidupan orang kampung biasa yang susah  di kota pastu kumpul duit untuk beraya. Semangat raya pun kuat dalam cerita ni. Buat saya nak beraya lagi hujung minggu ni yeah!


9. Kepelbagaian watak, buat saya tak cepat meluat. Ada orang tua, adik perempuan, polis hensem, penjahat 3 suku, orang jepun.... tak delah nak mengadap mat rempit je 24 jam yang bergaduh kesana kemari macam tak ada tujuan hidup. 




10 - 100. Raya Tak Jadi sangat lawak, lucu, sempoi, selamber, kelakar habes!!!


Banyak lagi nak cerita tapi tak nak jadi spoiler kat sini. Baik korang tengok je sendiri. Kepada peminat Johan, supporters filem melayu, rasanya tak rugi kot kalau korang melabur sikit untuk 'rasa' Raya Tak Jadi. Tak mau kasi korang link download... hehehe..



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

13 ulasan:

Teha Nur Fateha berkata...

sbb awk tgk hantu bonceng kt laptop je kot jd fell die kurang berbanding wayang.

raya tak jadi tgk iklan pn dah gelak.dah kutip 4 juta kot..caya razak mohaideen!

mmg trend skrg org suka tgk ctr lawak2 gelak pecah perut kot..

Azza Azman berkata...

hmm... kome tengok Hantu Bonceng kat wayang kot... tu yang menyesal tu.. trauma pun ada...

NADIA RAJAMI berkata...

nk tgkkkk...;p

Tanpa Nama berkata...

dah tengok gak citer ni. memang beza dengan citer prof A razak Mohaideen yg lepas2.

memang gelak tak henti2. Bukan sekadar lawak kosong je.

safurara berkata...

amboi.smpai 100.hehehe hebat.

... berkata...

nk tgk!!!tp skunk nga final exm..wuuu~

Namee Roslan berkata...

razak mohyiden yg buat kan film ni? kadang2 rasa dah putus asa nk layan film directed by him ..mengarut.

Azza Azman berkata...

Namee : Huhu try dulu baru tau, razak dah insaf ni oi...

Dhia : Okay, fokus kat exam dulu ye.

Rara : mengadakan saya buat sampai 100.

Mak Ngah : Betul tu!!

FaKArePa!n berkata...

" aku shuib, aku abg kau "
" kau Bob, kau adik aku "
" aku kerja bawak teksi"
" tu teksi aku "

hehehe

tamlegend berkata...

ni y buat aku tingin nk tgk wayg ni...tp takde partner lak...huhu...malas g tgk wayg sorg2

Nurfatin Liyana berkata...

slamat beli je kat astro first. selamat..selamat..

ayat best n kuangjaq johan mase pakcik (jalaludin hassan) kejut dye time tdo kat gerai :

bob : "apesal kau kejut aku?"
shuib ; "bkn aku aa. pkcik yg kejut.."
bob : (smbil usha panas kat pakcik) "org tua nie lame gak aku perhati pangai dye"


HAHAHHAHAHAHAHAA

All Thing Viral berkata...

hantu bonceng ok bagi saya, tak sabar nak tengok raya tak jadi

gengstudent berkata...

filem melayu ni bkn bole sangat. tgk iklan meletup habis,last2 hampeh..tapi bkn xsuppot terus,sma mcm cik cempaka jgk la..hehe..kalau da sampai 1 puluh ratus sebab da cik cempaka bagi..mesti tgk nih ;)..