30 November 2011

Share : Perkataan Yang Digemari Perempuan

Salam, 


Perkataan Yang Digemari Perempuan Bila Bergaduh


FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.


LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.





TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.


PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. 


PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.





MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.


MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.



OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.



BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.



TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.



TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.



TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.


Kredit untuk:

Source -sygQu- ƪ(ˆ▽ˆ)ʃ
Source Like Like FanPage




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

27 November 2011

Twilight Saga : Breaking Dawn

Salam, 


Semua dijemput untuk ke majlis Twilight Saga : Breaking Dawn !
Hello party lets start with the lavish event!






Babak yang dipotong
Sangat tak puas hati sebab LPF sudah start main gunting. Saya faham kalau part diorang honeymoon tu kene potong. Tapi babak paling penting yang masa Bella bersalin tu. Why?? tu kan saat paling genting dalam cerita ni. Ibarat filem perang tapi snece perang ke cut pula. Tetiba pihak lawan menang. Pe citer? Yang twilight ni tetiba Bella mati. Pehal lak?


Kalau baca novel, memang terasa sedihnya bila Bella dalam kesakitan nak melahirkan Renesmee. kkesian tengok Edward yang takut kehilangan Bella. Kesian jugak tengok Jacob menangis bila dia ingat Bella dah mati. Pada saya scene beranak tu takda la ganas mana pon. Tak ada nudity, tak ada skin show pun. Rasanya ada lagi filem lain yg lagi ganas tapi terlepas pulak.




Scenes lain yang jadi mangsa gunting : Scene first nite, and scene bella mimpi lepas tu dorang make love for the 2nd time (rasanya kalau combined semua scenes yang dipotong, hampir setengah jam kot, sbb tu filem ni terasa pendek). 




Lagi terjumpa lagi satu scene yg kena gunting, scene bella dalam bilik mandi, dia sedih tgk diri dia dalam cermin. Tapi tunjuk dari belakang je dia bukak robe, takda la tunjuk dia naked ke apa, sangat ku tidak faham kenapa kena potong jugak adegan tu. So, overall ada 4 scenes yg kena cantas...... huhu....
Kepada yg tak minat movie ni. Takyah la cakap cite ni bosan bagai. Kite semua bukan suka  atau minat yang sama kan.




SAWAN
Ada berita, penonton kena sawan tengok filem ni... 


Beberapa wanita dan lelaki di Amerika Syarikat dilaporkan ABC News telah mengalami kejang, sawan dan pengsan ketika menonton adegan menegangkan dalam filem 'Twilight Saga Breaking Dawn: Part One' ini. Mengikut doktor yang merawat, ia berlaku akibat photosensitive epilepsy (sawan kerana sensitif cahaya), disebabkan sistem cahaya terang berkedip merah, hitam dan putih tanpa henti selama adegan filem ini berlangsung.





Dua orang penonton, Brandon Gephart dan Kelly Bauman yang menonton pada 18 November 2011 dilaporkan mengalami kejang-kejang, sawan sambil diikuti suara dengusan dan sukar bernafas ketika menonton filem itu. Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, tetapi keadaan mencemaskan penonton lain sehingga bantuan paramedik terpaksa dipanggil untuk memulihkan mereka.




"Ini seperti penyalaan lampu "on-off" yang menyerang dan merimaskan otak penonton. Ia mungkin terjadi kerana ruang panggung wayang berskala kecil yang gelap dan lampu berkedap-kedip, yang mengganggu sistem saraf otak," jelas Dr. Michael G. Chez, Pengarah Neurologi Pediatrik dan Epilepsi Klinikr CBS Sacramento.



Gejala kejang, sawan dan pengsan gara-gara filem 'Twilight Saga Breaking Dawn' juga terjadi di Utah, Amerika Syarikat. Seorang lelaki yang sudah berkahwin mengalami gementar seluruh tubuh dan pengsan setelah menonton filem ini bersama isterinya.



"Saya tidak ingat apa yang terjadi setelah itu, saya ingat saya pengsan. Menurut isteri saya, saya menggeletar tanpa henti dan mengeluarkan suara berbeza dari mulut," jelas lelaki itu.




Menurut isterinya pula, suaminya mulai mengggeletar kuat, mulutnya mengeluarkan suara yang tak difahaminya manakala matanya berkedip-kedip tanpa henti. "Saya berlutut di depannya dan menampar mukanya bagi menyedarkan suami saya," kata wanita itu.




Dalam keadaan ketakutan, pasangan tersebut meninggalkan panggung wayang lebih awal, ketika adegan filem belum selesai. Dan keesokan harinya mereka mendengar bahawa kejadian serupa juga terjadi kepada beberapa orang penonton lain yang menonton filem berpuaka itu. 




Jadi kepada korang yang bercadang nak menonton filem ini, JR nak peringatkan: sila berhati-hati. Sesiapa yang ada darah gemuruh, sakit jantung dan darah tinggi jangan jadikan diri anda sebagai sebahagian dari statistik mereka yang meninggal akibat menonton filem ini....




JACOB
Secara keseluruhan, dari awal hingga ending Edward mmg charming, cair! Tapi first time rasa jacob pun hensem juga. Tiga movie sebelum rasa Jacob ni tah budak asmi mana tah nak kat Bella.Dalam novel, ada part Jacob frust gile masa Bella nak kawin, Edward bagi Jacob release tensen, dia bagi Jacob guna keta sport dia. Then ada awek nak ngorat Jacob sebab tengok Jacob bawak kereta mewah. Tapi Jacob bolayan! Part yang paling saya suka ialah masa Jacob terpana tengok baby Renesmee... kaki longlai terus. Dah ada bibit bibit antara mereka walau Renesmee baby lagi.






TIGA BAHAGIAN
Mengikut versi novel, plot kali ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, kehidupan Bella selepas berkahwin dan berbulan madu bersama Edward di sebuah pulau. Dua minggu selepas berbulan madu, Bella menyedari dia sudah mengandung tetapi bayi itu adalah separuh genetik pontianak yang membuatkan keadaan tubuhnya mula tidak stabil. Konflik timbul pula apabila Edward meminta isterinya menggugurkan bayi itu tetapi ditolak Bella dengan keras.




Lebih mendebarkan, bahagian cerita kedua menyaksikan tindakan masyarakat Quileute mahukan Jacob membunuh bayi Bella itu selepas percaya anak yang bakal dilahirkan itu akan mengundang mara bahaya kepada generasi mereka. Jacob bagaimanapun menentang keputusan itu sehingga Bella melahirkan bayi yang diberi nama Renesmee.




Manakala bahagian ketiga lebih memfokuskan bagaimana Bella melalui transformasi menyakitkan selepas fizikalnya berubah menjadi pontianak seperti mana Edward. Dia menempuh kehidupan serba baru dan cuba mengenali kelebihan yang wujud dalam dirinya itu.


Tapi dalam filem, dibahagikan kepada dua bahagian je. Part kisah Jacob diresapkan dalam part satu dan part tiga. So jadi dua filem.




ROBERT's INTERVIEW

Rob's Interview.

Première : How long did it take to film both movies ?
RP: 8 months!


P: Not to quote her, but Kristen Stewart told us 6.
RP: I had to stay longer.


P: Were there some mornings when you got up and asked yourself: ‘I can’t believe we’re still filming this movie.’?
RP: For sure, I mean we spent two months shooting in the same room in front of a huge green screen.


P: I hope it was the sex scene!
RP: Nope! This one we wrapped in a day. No, we had to film scenes where nothing happens. We were trapped in this green screen room with fake snow all over the floor and we spent our days barely saying a word, looking each other in the , trying to look as intense as possible.


P: Nobody told you you were part of an experiment?
RP: That’s it exactly, ‘We’re going to put you in this green screen for 8 weeks, we’ll see which one will break down first.’


P: Did Bill Condon come on set with his Oscar beneath his arm?
RP: No, that’s not like him. But I don’t think he realize what he got himself into. He’s someone that doesn’t stress much tho or he’s really good at hiding it!
It’s funny, really. Everyone came to him screaming: ‘Bill did you see this? It’s nonsense!’ He’d just look at them and say ‘I know, it’s crazy.’ And the next second, he was gone.


P: It’s a way like any other of solving problems.
RP: You should have seen him. ‘I completely agree with you. It’s a disaster.’ And then he’d been gone for the rest of the day. Bill is hilarious and he put some of his sense of humor in the movie. The Twilight saga is not really known for its fun side but the previous directors seemed really attached to the angst aspect. The beginning of the last movie is the complete opposite: light, relaxing…


P: The first images of the trailer looked indeed bright and sunny.
RP: Bill is an excellent screenwriter as well. Like Chris Weitz, who was more daring with New Moon. He wasn’t scared of drifting away from the book sometimes. In any other movie, when a line doesn’t work, we change it during filming so it flows better. But it wasn’t always possible with Twilight. If I was ever uncomfortable with a line, I was told ‘You have to say this. It’s in the book!’ Bill didn’t hesitate, ‘We’ll adjust, it’s my movie after all…’ *laughs*


P: You just made millions of fans angry.
RP: Too bad. It just reminds me of something I saw not too long ago, when I stumbled into a picture of a girl who had the famous line ‘And the lion fell in love with the lamb’ tattooed on her. I looked at it twice and she had ‘And the lamb fell in love with the lion’ instead. Can you imagine that, having a movie line ~engraved on your skin and it’s not even the right one?


P: In the first three movies, it’s always about repressing sexuality. In this one, it’s party time: midnight baths, sex scenes where the bed breaks, a rushed pregnancy… I don’t know if I can handle all of this at once.
RP: It scared me a little too, to be honest. When I heard about the last book and was said: ‘You’ll see, they sleep together all the time, it’s rough sometimes too. Jacob falls in love with a baby…’ I was dumbfounded. Summarized like this, you’d think it was the most screwed up story ever. But when you read it, it’s not as shocking/scandalous. For those who don’t know the books, I’m sure this movie is going to be by far the most interesting of the saga. We’re gone from the teenaged fantastic genre and enter a weird drama that ventures into horror at times. There are scenes were Bella looks like an alien. When the baby eats her from inside, she looks so thin and ghastly. Kristen had to wear this horrible makeup and when I’d see her come on set, I’d ask the crew: ‘'Are you sure we're filming Twilight?Isn't it supposed to be harmless and PG-13?'


P: I’m sure David Cronenberg is going to be pleased. ‘Robert just filmed the adaption of Cosmopolis by Don DeLilo.)
RP: I think he’s going to enjoy certain scenes, like the one where I open her up by biting thorugh her placenta. It wouldn’t have played up in one of his feature films, he would have filmed it with a close-up of course.


P: With Breaking Dawn, I think you will attract a new audience. Beginning with those who will want to see it for the twisted plot.
RP: They’re going to get their money's worth. It’s hilarious, No movie this size dares taking those kind of risks. But since the craziest scenes are a big part of the story going forward, it was impossible to not have them included in the film. We would look at each other everyday and say’ I think we don’t have a choice, we have to film those weird stuff.’ There was no way we would tone it down.


P: So you became an in 'oral Caesarean' expert?
RP: It was without a doubt the funniest thing I ever had to do. I’d raise my head up and I was covered with cottage cheese or whatever substance they put in there. Before filming the scene, Stephenie Meyer, a midwife, Kristen and I sat down to talk to a doctor to decide where I was supposed to bite if this situation would ever occur in real life. The doctor looked at us a bit puzzled and said: ‘I don’t think you could ever do this in real life.’ *laughs*


P: I’m getting more and more excited to see this movie…
RP: I’m eager too. I’m probably going to die laughing watching it.


P: Stop me if I’m wrong but I feel like the hysteria surrounding the saga is dying down, that you can now lead sort of a normal life…
RP: Not yet, no. In LA I have at least 40 seconds from the moment I arrive somewhere, before I get asked for my autograph. It’s Twitter’s fault. If this website didn’t exist, I’d be in peace. When I cross a glance at someone, they hurry to get their phone out. I know perfectly well that I’m screwed and that I’m going to spend a big part of my day shaking people off. It’s frustrating.


P: Is it true that you caused a riot in Brazil, when you filmed the honeymoon?
Yes, we did cause one at the airport that almost got us arrested. I still don’t know why but it was kind of scary. The immigration guy told me: ‘You’re in my country, we’re gonna play by my rules.’ ‘Whatever you want just let me leave your airport.’ *laughs*


P: How was it like on set on the last day of filming Breaking Dawn, when you had to say goodbye to 4 years of Twilight?
We were in Canada for the last day of shooting with the entire crew. A normal day on the set of Breaking Dawn, we were shooting at night, it was freezing and raining… When the first assistant announced the end with his clapperboard, everybody locked themselves up in their trailer without even having a last drink. But my last day, strictly speaking, came a bit later and it was amazing. Part of the crew got back together to film additional shots in the Caribbean. It was just Kristen and I, no worries… We were shooting in the sea so I didn’t have to have makeup on or wear my contacts. It was so hot, at the end of the day we all went out for cocktails on the beach, watching the sun rise. I then asked myself why we didn’t do this in those four years. Every difficult moment just vanished.


link : http://robstenation.blogspot.com ... ne-france.html#more


KRISTEN's INTERVIEW
Kristen's Interview.


P: The first Twilight movie was a teenaged love story, the second a love triangle and the third, looked almost like a war movie. How would you describe Breaking Dawn?
K: It’s more a family drama. Contrary to the previous films, everybody is united in this one. The beginning of the movie sets up a ton that literally departs from the other movies, which in my opinion was what the saga truly needed. It’s fun, it’s light, we finally see the characters happy. Of course, it doesn’t last long…


P: I admit I have a soft spot for the first movie. I felt like the next two were just there to stretch the story in vain.
I understand and I agree, the first one had something. It was original and stands out by itself. I felt like the book was well represented, that Stephenie’s hand was visible. It’s the peak of the story we tried to build for 3 movies. It’s the grand finale with all the excitement that goes with it.


P: I read that Stephenie Meyer wrote the grand lines of the fourth book right after the first one, which could explain this ‘padding’ side of the second and third book.
I didn’t know about that. But it’s true that it wouldn’t be absurd in the sense that we could go directly from book one to the wedding in the fourth. At the same time, I remember Stephenie was writing the fourth book while we were filming Twilight. When I think back to that period of time, it seems so crazy to me. Nobody knew anybody, we were all different. I can see us again, actors, directors, screenwriters, going up to each other and said sort of shyly ‘Hello everyone.’ Now that we’re all so close, it feels weird.


P: You were 17 when you filmed the first movie. How did those 4 years of filming the saga changed you?
When you spend time on a project that asks for so much work, you have to feel invested; ready to defend it with your body and soul. That’s how I feel for all my movies. Twilight helped me share this passion with a bigger audience. Like everyone who reaches this level of fame, the saga is criticized a lot, but I realized that it only made me want to defend it even more. This experience helped me open up. When I was younger I felt things more strongly but I wasn’t always able to put it into words. I made tons of progress. In this field, every new project shapes you, helps you fight against your inhibitions little by little. I was a teenager when I started and I think you get better as you learn to know yourself, to make your body your own. It’s after you gain this control over yourself that you’re able to lose it when a scene demands it. Like every movie, Twilight made me grow up, maybe a bit faster than the other ones.


P: Between two movies, you filmed The Runaways and in Welcome to the Rileys. Strong and independent characters…
It wasn’t a conscious choice. Seeing as I’m a natural introvert, I guess I have to compensate by playing those kind of roles. But I’m really not against the idea of playing more weak and vulnerable characters. It would be fascinating.


P: Did some days seem long on the filming of Breaking Dawn?
It was repetitive sometimes to such an extent I felt like I was filming again scenes from the previous movies. It doesn’t mean they’re not crucial to the story but some days I felt like Bill Murray in Groundhog Day. Especially when we had to stay quite some times in a house in Louisiana, Baton Rouge. We filmed all the inside scenes before going outdoors. It was intimate scenes with lots of feelings, dialogues; we filmed them all one by one endlessly. I thought it would never end, especially when you, like me, are used to independent movies that are made in 5 minutes.
Then we left for Canada, where it was freezing. Instead of being happy to finally be outside, we were dying to go back inside to get warm. The timing couldn’t have been worse. Even when we filmed the honeymoon scene in Brazil it was raining season.


P: What were the key moments of filming for you?
The ones the fans are waiting for the most: the wedding, the first love scene, the birth scene. To finally put them on tape was cathartic.




link : http://robstenation.blogspot.com ... ne-france.html#more



XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

26 November 2011

Selamat Tahun Baru Saudaraku Sekalian

Salam, 

Saudarau sekalian, saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 H.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah. kerana saya masih ada lagi saat ini.
Alhamdulillah. kerana saya dilahirkan dalam keluarga Islam.
Alhamdulillah. kerana Malaysia negara Islam.

Alhamdulillah. kerana perlahan-lahan menjadi muslim yang baik.
Alhamdulillah. semuanya kerana Pengorbanan Rasulullah ketika menegakkan agama Islam.



Mari kita berhijrah sama sama.
Mari lah tukarkan diri kepada yang lebih baik. 
Jika semalam baca yasin tak ikut tajwid, esok belajarlah tajwid.
Jika semalam kita suka marah marah, esok cuba kurangkan.
Jika semalam suka mengumpat, esok kita puji orang sahaja.

Saya ada azam baru tahun baru ni. Rahsia. Doakan saya berjaya ya. InsyaAllah.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

Kenapa Minat Twillight.

Salam, 


Kelihatan cliche bukan? Minat Twilight. Tengok Twilight. Baca Twilight.


Saya tulis ni bukan sebab saya peminat tegar pun. Baru ni lah saya google gambar Bella dengan Edward ni sebab nak masukkan dalam entry. Saya tulis pun sebab nak menjawab soalan sinis, "Kenapa Minat Twilight".



Kalau ikut emosional, bolehlah saya menjawab "suka hati lah, korang layan running man terkekeh gelak kuat-kuat ada aku kesah"

Tapi tidak tidak, saya tak pernah tefikir pulak begitu, ini jawapan rasional saya.

Bagi saya cerita ni 'rare'. Kalau filem Melayu biar buat cerita teknologi tinggi , lain dari yang lain baru kita rasa syok. Tapi kalau cerita omputeh, bila dia buat benda lama ni yang saya rasa syok. Kira macam pemikiran lama lah.

Penulis novel dia perempuan. No wonder dia menulis sama dengan hati perasaan kami orang perempuan. Dia tau apa yang perempuan nak dan impikan. Novel dia ditulis dengan kata ganti diri pertama, kira macam novel tu diari Bella.


Macam biasa kalau bagi omputeh peliknya, pakwe makwe masih teruna dan dara. Tapi Twilight iya. Mereka mengekalkan teruna dan dara. Rare kan? Dan ini cara orang lama. 

Pastu, mana ada adegan minum minum arak, hisap rokok, disko... diorang dating dalam hutan celah celah baru dan bunga liar. Pastu diorang borak borak. Pemandangan sangat cantik! Paling suka bila Edward bawak Bella jalan jalan dari pokok ke pokok yang tinggi. 


Borak borak pulak tu tak guna bahasa straight dan kotor macam cerita omputeh lain. Yang ni macam puitis sikit. Maksud mendalam. I like. Lagi satu background muzik pun sedap, terutama lagu Edward Piano dan River Flow In You.

Ni muzik yang edward mainkan kat bella, ulang scene ni 80 kali sehari masa mula mula dulu. Roomate saya pun perasan. Silalah tengok, dijamin tiada adegan terlarang. Klip 3P filem kita lagi teruk. Huhu.


Hero tak gatal, lebih cool, tak buat lawak bodoh dan misteri juga.
Heroin tak seksi, selekeh, cuai, kaku dan pemalu. Semua macam saya je.

Hoho menjawab soalan tak ye "Kenapa Minat Twilight". Okay lah tu kot.
Ok bye.


** Buat hater Twilight jangan komen harsh ye. Pergi cari peminat obses Twilight kalau nak gaduh.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

24 November 2011

Dua Tawaran Photoshoot Free Menanti Anda!

Salam, 


Hey yo!
Ini free yo!
Siapa tak suka free yo!
Bukan satu tapi dua yo!



Kengkawan, setelah dua hari mengadap laptop untuk buat assigment, sempat juga jeling jeling blog dan facebook. Mustahil lah kalau dalam satu jam tu terus menerus buat assigment. Pastilah setiap perenggan taip, bukak facebook, setiap perenggan taip, bukak blog. Habis cemana nak pandai.




Saya dengan bangganya telah men DETECT DUA CONTEST SUPER DUPER OHSEM dimana hadiahnya dapat satu sesi photoshoot free. 


Wow Wow Wow! 


Kalau nak tau, dah lah dua-dua ni photographer kegemaran saya, plus, dah pernah kerjasama dengan diorang. Service memang baik punya!


Pertama Contest untuk Bloggers <--- *klik* contest ni memerlukan korang pilih gambar di blog Hafizudin Hamdan dan buat entry yang sedap, sebab pemenang dipilih berdasarkan siapa mengarang paling sedap.



Kedua contest yang tak berapa nak contest sebab pemenang dikira berdasarkan keTUAHan korang kalau dapat jadi fan di facebook page Lembayung Senja Photography <--- *klik* yang ke 2000! Senang bukan? 
Kedua-dua aktiviti anjuran En. Ahmad dan En. Hafizudin ni menawarkan service photoshoot yang menarik. Mana tak menarik usha lah sendiri di laman web mereka.




So apa tunggu lagi cepat buat sekarang!




** Edited : Ramai yang segan segan nak join sebab tak pandai posing, malu atau tak minat, come on... Kalau kamu menang, tak semestinya kamu yang kena photoshoot. Boleh deal dengan photographer nak shoot gambar baby ke anak sedara ke, shoot anak murid korang ke wat kenangan, gambar kampung halaman tak pun pandai pandailah korang buat idea sendiri. Kalau saya, saya nak photoshoot dengan family kat rumah, tanpa posing, sempoi je. Kenangan bila tua nanti...




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

22 November 2011

Spot Check

Salam, 


Kami tengah bengang ni. Staff hostel masuk bilik kami masa kami tak ada. Untuk kelmarin je berapa ribu tah dia saman. Kawan saya bengang sebab tengah tidur, tak sempat bukak pintu, diorang dah masuk pakai kunci spare. Bengang ke idok? (nada zizan dalam melodi).


Dua minggu lepas, saya pun sama, tengah tidur, tetiba bunyi dumdamdumdam orang ketuk bilik. Sakit jantung mak. Tak sempat bangun, diorang dah bukak pintu guna kunci spare. Tak ada privasi langsung. Rupanya masa tu diorang nak ambik langsir je untuk basuh. Okay fine. Tapi yang masuk bukan staff tapi makcik cleaner sampai 2 3 orang. Dipanjatnya meja saya yang penuh dengan buku dan laptop untuk tanggal langsir tu. Mak ai sabar jelah. Staff tadi tah ke mana tah pergi bilik lain kot. Kalau time tu saya tak ada kat bilik macamana? Kalau ada barang hilang macamana?


Okay dah ada feel bengang tak? Er itu intro je, padahal ni baru nak mula cerita sebenar. Masa form 2 dulu, saya dipilih masuk kelas taranum. Oleh yang demikian (hik hik hik) saya diarahkan untuk beli Walkman. Hoi, zaman tu walkman kira barang mewah oi. Tak pernah terpikir pun beli walkwan plus, saya tak suka dengar muzik. Nak dijadikan cerita ada spot check kat asrama. Warden bidan terjun tu (staff ofis asrama ganti warden sementara tunggu warden baru) tetiba semangat gila buat spot check. Gila kuasa betul. Dia rampas walkman saya walau dah cakap alasan sebenar.

Dia kata tak apa, dia faham, nanti tuntut lah semula. 

Esok saya tuntut, dia suruh tunggu.
Esok esok saya tuntut, dia suruh tunggu.
Esok esok esok saya tuntut, dia suruh tunggu.

Lepas lepas tu saya tuntut lagi dia cakap, "pergi cek kat kotak di luar" maksudnya kat luar ofis warden terjun tu. Saya macam "apa kat luar?? dalam hati.

Saya cek kat luar memang tak ada. What the fish!! tsk tsk tsk. Bengang sangat masa tu. Allah je lah yang tahu. Saya tanya semula, dia jawab, saya yang lambat maybe orang lain dah ambil. (T_T)

Saya sedih, saya mengadu kat Mama, Mama suruh saya mengadu kat ustazah taranum tu. Ustazah taranum kata nak ambil tindakan, tapi sampai dia pindah tak ada satu tindakan pun.


Sedih tak? Sedih kan. Bengang pun ada jugak. Ingat lagi Form 4 pun pernah terbawak gelang kristal ke asrama. Sebab kelam kabut bali lepas cuti raya. Tak perasan gelang tu kat tangan. Zaman tu kristal je ada, takde lagi manik tiruan ni. Warden asrama rampas. Bila hari untuk tuntut diumumkan, saya pergilah ke rumah dia untuk tuntut. Dia pun cek kat tempat yang dia simpan tu, kekdahnya..... hilang. Dia kata maybe anak dia dah main dan hilangkan. Hampanya....


Pengajarannya, kalau kamu rasa ketidakadilan berlaku kepada kamu, sila report terus ke pihak atasan. Tak yah pakai orang tengah lagi. Habis cerita.


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

20 November 2011

Akhirnya Berjaya Buat Macaroon

Salam, 




Yeah!! akhirnya, saya berjaya juga buat macaroon. Jangan salah faham, berjaya buat je, tapi bukan macaroon yang berjaya. Ingat senang ke nak buat, baca method dia dalam internet pun boleh bikin pening kepala, setiap orang ada cara sendiri. Cara English, cara France cara Italy, belum masuk cara Mak Jah lagi.


Ini macaroon Chef Harrods masak..


Walaupun dari segi rupa, macaroon saya kurang cantik, tapi rasa dia hampir sama. Skirt dia tak menjadi. Ala... come on, it just a homemade macaroon. Dan, I lost the part of marshmallow (chew texture) dalam macaroon shells tu. Crunchy sangat jadinya. 


Ini macaroon Chef Azza masak..


Gambar semasa membuat tak ada sebab memory card camera rosak. Tapi tengok gambar hasilnya pun korang boleh percaya kan saya buat sendiri. Huduh betul. Oh ya, ni nak cerita pantang larang dalam pembuatan macaroon.


@ Jangan buat semasa cuaca sejuk, hujan atau malam. 
@ Jangan guna mangkuk, sudu dan alat lain yang beminyak.
@ Jangan ada sedikit pun air pada alat memasak macaroon.


@ Pada proses terakhir, jangan tekan2 atau putar adunan,cuma bolak balik kan secara lembut.
@ Jangan biarkan oven terlalu panas. Nanti crack. 
@ Jangan guna fresh white egg. Simpan 2 3 hari dulu dalam peti.


@ Ratio adunan kene betul, ish kena beli penimbang digital ni.
@ Kalau boleh serbuk badam tu beli, jangan blender sendiri.
@ Perlu bersabar. Pakar macaroon pun sentiasa ambil risiko setiap kali buat macaroon. 



Sangat berisiko, tak yah buat dengan harapan tinggi pun. Apatah lagi first timer macam saya. Amacam takut kan, lebih baik korang beli je. Rm3.90 seketul. Hik hik hik. 




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

19 November 2011

Blogger Mengaku Buat Pembedahan Plastik

Salam,




Ini bukan gosip tau, betul. Dah saya bukan nak mengaibkan pun, cuma teruja dengan pengakuan seorang blogger yang membuat pembedahan plastik untuk mengubah beberapa bahagian di mukanya. Hasilnya? memang ohsem!




Tabik spring kat dia sebab tak berusaha nak tutup perbuatan dia macam kebanyakan retis. Dia walaupun bukan retis tapi blogger retis tau. Pageview cecah 40,000 sehari. Hebat kau... Pastu dia ni berani, boleh pulak tulis entry, TOP SEVEN MOST DISGUSTING BLOGGERS. 



Ce tengok wajah dia sebelum buat pembedahan.




Dah tengok? Terjah blog XIAXUE untik lihat kecantikan baru dia. Kalau nak baca entry berani dia, tengok di TOP SEVEN MOST DISGUSTING BLOGGERS. Teruja saya baca ENTRY INI bila dia bercerita pengalaman dia membuat pembedahan di sebuat klinik di Malaysia. Murah katanya.




** Klik untuk lihat transformasi wajah Xiaxue dari umur 13 sampai sekarang.




Erm untuk peringatan dia juga banyak edit gambar dia untuk diupload di dalam blog, sebab boleh lihat jelas dagu dia agak besar di dalam video, tetapi runcing di dalam gambar. Maybe next surgery kot unruk kecilkan dagu. Hik hik hik.



XOXO, Azza Azman
 Jika Suka Jom LIKE

18 November 2011

Membaca Jambatan Ilmu, Ilmu Jambatan Apa?

Salam,




Salam, hari ini saya berjalan-jalan cari buku. Iya buku. Ada lah satu dua buku yang menarik hati lalu membeli tanpa rasa ragu-ragu. Di Kinokuniya, tempat yang selalu dilepak oleh kita bila kehabisan idea nak jalan kemana lagi kalau dah ada dalam KLCC tu.

Mari kita lihat apa yang telah saya dan adik saya, Nani beli.






Ni semua buku yang saya beli untuk diri sendiri, novel triller, cinta dan romance-history. I like!
Hahaha tah bila ada masa nak baca.


Ni pulak buku untuk adik beradik yang lain. Buku Incredible Hulk tu tak menahan.
Mesti untuk budak paling kecik dalam family, Daniel.



Erk, ini buku yang dipinjam dari Library.
Persoalannya, yang ini pun tak habis lagi, beli lak yang lain.



Antara dua, mula mula nak beli macaroon depat kedai Popcorn Garrett tu, tapi baru teringat dekat Harrods pun ada. So beli kat Harrods lah. Harga dah naik ke hape tak tau lah, cuba tengok harga asal berapa kat Blog Kak AIN si comel. Mengarut betul.


Rasa takdelah sedap sangat. Mungkin bukan peminat setia macaroon, saja nak ingat rasa macaroon before buat sendiri esok. Eh yeke? Pastu nak bagi kat Daniel suruh dia bawak pergi jamuan akhir tahun.



Oh ye, sebut pasal popcorn Garrett yang popular tu, kira hot item lah kat KLCC sebab baru lagi. Memula datang, balang popcorn dia kosong. Habis. Masa dok mengadap study perisa popcorn depan kaunter dia,  tak sampai seminit toleh belakang tetiba ada ramai beratur panjang. Macam magic je. Sedap sangat agak nya. Diorang semua kene tunggu 5 minit sebelum popcorn tu masak. Ramai tunggu Macedamia Crispy something like that lah. Saya, tak minat sangat popcorn. Esok esok je lah beli. Dah rasa tester dia cukup lah.






Oh ye, menjawab kepada persoalan di atas "Membaca Jambatan Ilmu, Ilmu Jambatan Apa?" Ilmu jambatan duit, beli buku kena ada duit, pas dapat ilmu pun boleh buat duit...


Zaman sekarang Ilmu & Duit dua dua penting.


Itu zaman sekarang, tapi dalam Islam, ilmu penting dari zaman dulu, sekarang dan masa akan datang.


Okay bye. Wasalam.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE