17 April 2011

10 Hal Rawak Hari Ini

Inilah adalah entry tidak berkesan dari Cik Chemp akibat kekeringan idea. Ini semua Syaiton! yang menghasut saya buat banyak idea semasa musim exam dan bila habis je last paper, tak ada pulak keinginan waima nak bukak laptop pun. Mari membaca "10 Hal Rawak Hari Ini" dengan lafaz Auzubillah Himinas Shaitonirrajim....


1. Mari kita sebut beramai-ramai depan laptop.... "She Sells Sea Shells at the Sea Shore" urghh air liur awak merecik-recik. Sila lap laptop awak sorang-sorang.




2. Seronoknya sepah-sepahkan katil bila menerai (try) baju baju yang ada, pasti bila nak kemas tunggu dua hari kemudian. Wah bahagianya!




3. Rakyat Malaysia mempunyai fasiliti kelas pertama dengan mentaliti kelas ketiga. Saya akan buat entry bertemakan ini sekejap nanti.




4. Saya ada voucher KFC, Pizza Hut dan Ayamas rm30 sapa nak? Oh gosh voucher tiket filem Cun pun tak guna lagi. 
Sila fokus pada voucer yang berbaris itu, 
bukan pada gambar yang berwajah ayam tersebut. 
Ktok ktok ktok....!




5. Kadang kadang kita ingat kita lapar, jadi kita terus makan dan makan. Tapi sebenarnya awak salah mentafsir signal dari tubuh badan awak. Awak sebenarnya Haus!




6. Menyidai pakaian adalah lebih senang dari membasuh. Baru je merasakan membasuh 100 baju tapi bila sidai rasa macam sidai 10 baju sahaja. Jumlah sebenar baju yang terlibat adalah 15 helai. 




7. Teringin nak tengok telur tiruan. Teringin nak masak. Tapi tak teringin nak makan. 




8. Sedih tengok video "KAMI BENCI POMPUAN GEMUK DAN SUAMI DIA YANG MAKI MAK DIA DI PUSAT KOMERSIAL" di Youtube. Saya sayang Mama & Papa saya sangat sangat.




9. Web Geng Blogger selalu macam kadang-kadang tak boleh bukak. Kenapa entah. 




10. Tahun lepas dah berazam tak nak makan di Kenny's Rogers lagi. Tapi semalam saya dah mungkir janji. Saya benci Pakcik Kenny!




***Sapa nak tengok animasi gempak gila kat sini




XOXO, Chempaka Sari 








 ________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

1 ulasan:

Chempaka Sari berkata...

pecah kaca
pecah gelas,
sudah baca
harap ulas


hehehe