18 April 2011

Berjalan-Jalan Tanpa Arah Tujuan Terjumpa Kecik Raja Lawak

Hari ini saya dan adik dan kezen saya telah pun membuat perkara tak bermaruah dengan berjalan-jalan di Bukit Bintang tanpa arah tujuan. Selain "Menternak Lemak" bak kata Cik epal, kami juga mengabiskan boras di butik butik murahan di Times Square. Walaupun murahan tapi, banyak juga wang yang lebur membeli barang tak berfaedah tersebut. 






Semasa balik dari bershopping yang tidak bermoral, kami terserempak dengan classmate kami iaitu  Kecik. Eh tipunya, mereka bukan classmate kami pun. Mereka ni adalah Johan @ Juara Raja Lawak Musim Ke 4.  Masa jumpa tadi pun sempat buat lawak.



Inilah dia kumpulan Kecik yang digembar gemburkan olah Cik Chemp



Masa adik saya, Nani meminta kebenaran mengambil gambar 
" Nak ambik gambar sama-sama boleh?" tanya adik saya.
"Apa nak pasport" Sambil meraba raba beg dia. 



Masa ambil gambar tu saya telah menunjukkan kebodohan diri saya sendiri dengan cuba beramah mesra, saya tanya 
"Orang Sarawak kan, duduk sini dah ke?"
Kecik jawab "Orang Sabah.... tak duduk sini (sambil menunjukkan bangunan BB Plaza) kami duduk Sunway



Soalan yang lagi bodoh dari saya adalah, " Masuk tak maharaja lawak?"
Pastu diorang entah cakap apa entah, saya tak ingat sangat tapi macam tak jawab soalan lah. Then kawan diorang cakap dari belakang " Hah ni mesti tak tengok Maharaja Lawak ni" Saya pun senyum jelah. 



Bila dah blah, adik saya bisik "diorang masuk ala maharaja lawak tapi baru keluar semalam, ahahha". Saya pun "ahahah mana tau tak tengok TV pun". 





Kami jugak terserempak dengan mereka semasa nak banyak auto parking fee semasa beratur. Masa turn saya tiba, slumber je si Kecik ni nak potong line. 
"Hey mana boleh.." Gedik tak saya cakap macam tu?
Walau saya tau diorang hanya bergurau. 



Okay tu je.
Si Teha ni sampai balik bilik pun asyik dok,
"Kesiannya kat Kecik"
"Sedihnya Kecik"
"Cian..."



What the...bukan salah saya pun.
Ini masa saya tulis entry ni pun dia yang tengah 
baring boleh bangun lagi dan termenung, cakap "Kesiannya Kecik....."








XOXO, Chempaka Sari 








 ________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

6 ulasan:

Anif Abdullah ® berkata...

wah!!mesti tak disangka2 an..huhu..

Jay berkata...

kesian pulak den kat kocik ni hah..tapi best dapek begambo dgn kocik ni kan cik Chempaka sari??hehehehe

SYAM COOK berkata...

kesian kat kecik.. hehe..

-atiQah- berkata...

hahahaha ye ke teha duk kesian2 kat kecik? :P
ooo..geng raja lawak rupanya..xbrape kenal..

BroZooL berkata...

wah, ni mesti siap amik tandatangan kumpulan kecik ni..hehe

Tanpa Nama berkata...

mmg kesian sgt kat kecik..huhuhu...