26 April 2011

Pencuri Buah Ranum Yang Keji

Salam,




Ah sedapnya buah tu. Gebu je, ranum wangi pulak tu. Kalau tak dapat rasa, dapat pegang pun dah nikmat. Tapi...tapi..tapi...buah tu bukan milik awak. 



Awak tak ada hak.... T__T






Ini adalah wajah-wajah yang mencuri hati saya. Curi yang ini tak apa.
Picture edited by Hafiz Hamdan




Awak semua tau tak pencuri ni wujud di mana-mana? Dan yang dicuri juga bukan sahaja barang tapi macam-macam lagi. Ha..tulah tak tau meh baca.




Curi Buah
Okay, sekarang cuba awak bayangkan. 20 tahun lepas awak ada tanam sekebun durian. Nak tunggu dia berbuah memang berbulu, berjanggut kira semua bulu keluar. Awak, baja, awak siram, awak tuai... eh durian kena tuai ke? Pastu bila durian tu dah berbuah tetiba ada orang nak tuntut kebun jadi milik dia. Bengang tak? Okay kalu takpun, ada mamat indon curi durian awak. Tiap pagi awak nak kutip satu biji pun tak ada. Padahal malam tadi berdentum dentum dengar buah durian gugur. Mesti marah kan bila ingat balik usaha awak 20 tahun yang lepas.




Curi Idea
Itu pencuri yang nampak lagi terang berspotlight. Cuba bayangkan pulak awak memeras idea nak tulis kat blog. Bila dah terkenal follower dekat 20ribu, view berjuta-juta. Tapi ada orang copy paste selamba badak je. Lepas tu claim dia yang tulis idea tu.ei tak malu. At least bagitau penulis asal dan  jangan lupa credit. Itu memang dah procedure kot. Kalau penulis asal tu dah cakap awal -awal boleh copy sesuka hati tak apalah. Tapi elok tulis je nama asal sekali. Baru nampak lebih menghargai skit.




Curi Suami
Last sekali, isu paling sakit adalah CURI suami. Wow wow wow! Perampas suami la senang cakap. Ambil barang tanpa mintak izin dikira curi kan? Kalau kawin dengan suami orang tanpa mintak izin pun samalah. Lepas hati isteri pertama pula sakit...menderita.... apa dosa pencuri yang ini ye? Perampas suami orang ni tak kenal dosa pahala ke atau tak ada perasaan? Pencuri macam ni kalau kita jumpa jom bagi pelampang tahap dewa 8 kali dekat muka tak malu dia. Ada pulak kes sanggup bercerai dengan suami sendiri habis edah je kawin dengan suami orang. Nak cari kebahagian tapi bagi derita kat perempuan lain. Keluarga sendiri hancur, lepas tu hancurkan keluarga orang lain pula. Ish ish ish....




Kesimpulannya, jangan lah mencuri. Buah yang ranum masak mewangi tu memang sedap. Tapi dah bukan hak kita jangan bermimpi. Usaha sendiri. Mana yang nak durian g beli sendiri. Kat bentong ni berlambak durian haha. Mana yang nak artikel best buat research sendiri. Lecturer saya ada pesan, penulisan yang terhasil dari satu sumber bukan lah research namanya, melainkan penulisan dari pelbagai sumber dan nyatakan sumber itu. Seterusnya, kalau nak keluarga bahagia, cari penyelesaian dengan suami sendiri, bukan rampas suami orang lain. Belum tentu awak boleh bahagia atas penderitaan orang lain. Sekian.






*** Kalau sumber setakat dari google image tak apa. En. Google bukan penulis atau researcher pun. En. Google ni search engine je. Hehehe...






XOXO, Chempaka Sari








 ________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

3 ulasan:

Jay berkata...

betul tu..saya pun ada juga copy paste dari google..tapi lupa nak bg kredit kat bawah..mmg salah saya juga..tapi nasib baik ada yg tegur..saya manusia x sempurna :)..berkaitan rampas suami tu..mmg berdosalah..melainkan kalau si lelaki tu betul betul dah duda sebelum kenal lagi xpelah...apa perasaan korang kalau suami or boypren kene rampas???
fikirkanlah ye..

Azza Azman berkata...

kalau xde ikatan tu xpe lagi. ni kadang anak anak da besusun, tapi tinggalkan anak tinggalkan suami pastu rampas suami orang pulak. Adoi sedihnya...

Jay berkata...

yups..itulah yg menyusahkan org lain..xpernah nak fikirkan perasaan org lain...selalu kes ni terjadi..puncanya jatuh cinta..lebih baik jatuh cinta pada agama dari jatuh cinta pada suami org..kalau pegangan agama kuat..xkan dia abaikan tanggungjawab dan kepercayaan yg diberi..