25 April 2011

Bukan Susah Pun Nak Rasa Kaya

Salam,




Bukan susah pun nak fikir diri sendiri tu tak susah. 
Bahagialah dengan diri sendiri. 


Chemp nak luahkan pendapat je. Kalau tak setuju, berilah komen ye. Kritikan membina tu amat penting. Bagi silent reader, tak pe tak bagi komen tapi fikir fikirkan lah apa saya nak cakap ni. Ini mengenai manusia yang tak penah rasa cukup. Dah senang nak kaya, dah kaya nak kaya raya, dan itu pun belum rasa cukup lagi. Alasannya, hidup ni duit tak pernah cukup.




Itu alasan bagi yang kuat nafsu. Nafsu awak besar sangat. Kalau gaji pegawai kerajaan, janganlah asyik memikirkan nak beli Lambo. Memanglah tak cukup. Pastu awak mula rasa yang awak ni miskin papa kedana. Hey come on! Cuba pandang orang bawah awak. Ramai lagi yang lebih susah lebih payah. Bersyukurlah.




Awak boleh je bermewah tapi mewah dengan kemampuan diri. Kalau gaji kecik, tetiba rasa nak belanja kawan makan, pergilah ke gerai-gerai. Gerai pun makanan dia sedap. Harga pun murah. Jadi boleh belanja makan sebanyak banyaknya. Kan dah mewah tu. Kalau rasa tetiba nak bawak restauran mahal. Kan awak dah rasa miskin. Pastu nak kena ikat perut pulak. Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan cuba nak jadi orang lain. 


Kalau kita pergi tempat ni mesti tak pasal pasal kita rasa sedih, padahal diorang tak rasa papepun. Mana yang susah tu memang betullah susah. Tapi ada sesetengahnya dah rasa itu memang kehidupan dia, kalau kita bagi banglo sebikjik pun dia tolak. Maknanya, dia sangat happy dengan kehidupan dia sekarang. 




Tadi teman mama pergi hospital. Saya memerhatikan je sebuah keluarga ni. Seorang baby dia umur setahun lebih asik merengek-rengek. Keadaan mereka sangat daif. Tak payah lah saya cerita pulak keadaaan tu lebih teperinci. Urm daripada nak cerita orang tu sangat menyedihkan nanti awak semua ingat saya nak mengutuk pulak. Huhu sebab tak pandailah nak mengubah ayat-ayat ni.




Masa sibuk memerhati, saya fikir diorang ni macam bahagia je, muka tak ada masalah pun, diorang tak rasa ke diorang tu susah dan pastu rasa rendah diri. Terselit rasa kagum pada anak-anak pasangan tu. Yelah mungkin diorang masih kecil tapi saya dapat rasakan yang diorang bahagia je, rasa kaya je. Paret diorang pun tak muka muka simpati ke apa ke. Wah kagum, tapi campur sedih pun ada. Teringat pulak mana-mana yang asik rasa duit tak pernag rasa cukup.




Baiklah, berceramah pulak saya malam yang hening ni. Maklumlah, mood ceramah belegar-legar dalam kepala sebab kerap pulak saya ikut mama papa pergi masjid. Hehe. Ingat, terutama pelajar, kalau rasa duit PTPTN tu tak cukup je, cube fikir ke mana dah awak laburkan duit tu? Gi salon ka... teater ka... melancong ka... pastu mengagau cari duit bila lecturer mintak beli buku. Pastu merungut. Lu pikirlah sendiri. 




Salam 1 Malaysia. Malaysia Boleh. 




***Yang penting, usaha untuk menjadi lebih baik dan bersyukurlah. Sebab miskin pun boleh membawa kemungkaran. Pesanan ni khas untuk yang dah kaya, tapi still merungut dan fikir diri tu miskin.




XOXO, Chempaka Sari 








 ________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

5 ulasan:

kimiez berkata...

salam
x bermakna kaya boleh bahagia..yg tue jawapan yg tepat.. kalau dr segi maturity thinking, kalau nk kaya agar kehidupan keluarga lebih selesa.. apelah salahnye..
x salah if u dream high but kalau lagak jer ala2 org kaya mmg dh salahlah..dalam erti kata lain, yg lebih sedap didengar, nak hidup lebih selesa
************************************************
kaya x semestinya bahagia
miskin x semestinya susah
ketawa x semestinya gembira
muran x semestinya bersedih

http://freedomismine-kimiez.blogspot.com/

nurul ain berkata...

saya pun susah jugak,tapi saya bahagia..cewahhhhh.saya bersyukur dengan nikmat yang diberi.alhamdulillah

Jay berkata...

yups..kadang2 tu yg dah kaya menindas yg miskin utk lebih kaya..kekayaan di dunia hanya sementara..harta kekayaan xboleh bawa mati..tetapi harta akhirat akan berkekalan untuk selamanya..itu lebih tinggi nilainya di sisi allah s.w.t

Chempaka Sari berkata...

alhamdulillah.... jay, nurul ain, kimiez thanks ye..

farhan berkata...

btultu..hati tu ade pakcik dtg mintak derma..kesian aku tgok dia... aku mampu bagi 3 ringgit je..aku pun takde duit..